Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ni bukan kisah aku, tapi ada la kisah seseorang. Pasal kenaikan gaji.

Seseorang ni bekerja di sektor kerajaan tapi bukanlah kakitangan tetap, hanya berstatus kontrak sahaja. Aku namakan X jelah. Baru2 ni kerajaan (PM) umumkan kenaikan gaji untuk kakitangan kerajaankan. Tapi X taklah berharap sangat gaji dia akan naik sebab dia pun sedar dia hanya berstatus kontrak.

Masa bulan empat hari tu dia tengok kat payslip gaji diaorang naik, so gaji daripada bulan satu sampai tiga diberi tunggakan gaji dan bulan tu dia dapatlah merasa gaji baru. Dia dan kawan2 pun dah bertanya ke pihak pentadbiran pasal gaji baru tu, maklumlah risau jika berlaku kesilapan. Tiada yang tak kena masa tu.

X sangat bersyukur sekurang2nya dapat mengurangkan beban kewangan dia, maklumlah selama ni hanya cukup2 makan je dengan gaji sedia ada. Dengan kenaikan gaji, adalah lebihan sikit untuk simpanan diri sendiri dan rezeki tambahan untuk keluarga.

Tapi...ada seorang rakan sekerja (baru masuk kerja) yang mengadu gaji dia tak naik pun, so sebab tak puas hati dan rasa perlu dapatkan hak dia, bertanyalah hamba Allah tu kat pihak pentadbiran kenapa gaji dia tak sama macam orang lain.

Bermulalah selidik menyelidiki berlaku, pihak pentadbiran maklumkan sepatutnya gaji diaorang tak naik dan ikut gaji lama. Walaupun belum dapat dipastikan dan belum ada surat hitam putih dikeluarkan, mereka yang terlibat (tak semua) merasa terkilan. Sebab jawapan pihak pentadbiran menjurus kepada diaorang kena bayar semula duit yang dah terbagi tu. Dah macam mereka berhutang dengan kerajaan lak.

Kalaulah dah disahkan nanti (harap sebaliknyalah), X kena bayar semualah lebihan gaji yang tak sepatutnya diaorang terima tu. Tekanan hidup makin meningkat.

Tak ke buruk siku dah bagi tapi nak balik. Lepas tu bagi harapan palsu kat orang, padahal sebaliknya. Mulalah segala pekeliling diaorang nak semak. Dalam kes ni nak salahkan siapa?

Orang yang kat atas takkan rasa apa yang kita rasa. Apa yang berlaku di bawah pentadbiran dia tak semua dia akan nampak apa yang tak kena, akan ada orang2 tertentu yang akan nampakkan semua perkara okey.  Padahal orang bawahan tertindas dan ditindas, terpaksa survive untuk meneruskan hidup.

Ye la orang tak penting punkan siapalah nak pertahankan hak. Dah la kemungkinan untuk disambung kontrak tu tipis, so hidup la dalam kerisauan disamping cuba mendapatkan pekerjaan lain yang lebih kukuh. Tapi bukan mudah nak dapat kerja yang bersesuaian pun.

Kalau dah bukan hak diaorang, dah bukan rezeki diaorang nak buat macam mana. Cumanya kalau memang tak patut naik, janganlah bagi naik. Teraniaya orang yang terlibat.

Mungkin pihak kat atas tu patut lebih peka dengan perkara macam ni supaya ianya tak berulang dan kepercayaan orang tak terjejas.

Betullah cakap orang2 lama,'kalau dah bukan rezeki tu masuk mulut pun boleh keluar balik'.

**ni bukan entry nak kondem siapa2, cuma nak berkongsi kisah realiti kehidupan yang tak semua orang rasa.dah lama taip entry ni tapi berfikir banyak kali untuk publish.ye la isu sensitif.tapi tak salahkan aku tulis secara general je.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative