Friday, June 15

Kelebihan mandi Fajar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Mandi fajar ialah amalan yang bagus kerana orang yang mengamalkannya boleh mendapat banyak manfaat untuk tubuh badan. Sebelum tu, korang tahu ke mandi fajar tu apa?

Mandi fajar merupakan amalan mandi di waktu awal pagi iaitu sekitar pukul 4 pagi (sebelum waktu subuh). Jika dijadikan sebagai amalan kita dapat merasai kebaikannya. Antara kelebihan mandi fajar termasuklah:
  • Elakkan daripada terkena asma
  • Terhindar dari angkara jahat seperti sihir sama ada daripada jin atau manusia
  • Mendapat manfaat tubuh badan yang sihat
  • Wajah bercahaya
  • Insyaallah doa mudah dimakbulkan Allah
  • Wajah akan kelihatan muda (awet muda)
  • Tidak mudah terkena rabun
Terjumpa pamplet masa belajar dulu pasal mandi fajar ni. Masa study dulu adalah jugak mandi fajar sebab tidur pun lambat. Kadang-kadang lepas subuh baru tidur, so mandi fajar dulu alang-alang. Memang fresh la.

7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama dah tk mandi camtu.

|| NaFiRaa || said...

banyaknye kebaikkan mandi fajar nih.. thanks for the info.. sebelom nih tak tahu pon pasal mandi fajar nih..:)

Tihara said...

pernah jugak mandi sebelum subuh masa keje dulu2...tapi kalo tido lepas subuh badan jadi lemau kan...problemnya time lepas subuh tu la rasa nk tido semula :)

Kakzakie said...

Banyak fadhilat yg tersirat. Kita dah buat hari-hari kan...

Ujie said...

Bagusnya sape yg mampu mandi seawal tu..

Wunny@Fariz said...

singgah sini!good info

~kamilah~ said...

mohon kongsi di blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...