Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Isteri nombor dua selalunya akan dipandang serong oleh sebilangan orang yang merasakan mereka tu perosak rumah tangga orang lain, perampas kebahagian orang dan macam-macam lagilah tanggapan negatif yang kadang-kadang sangat keterlaluan.

Tak semua kes isteri kedua tu teruk sangat. Ramai isteri kedua yang sedar diri dan pandai bawa diri serta sedar status mereka. Ramai yang berkorban perasaan untuk memastikan isteri pertama tidak terabai. Mereka sedar mereka berkongsi kasih dengan orang lain yang juga berhak.

Hina sangat ke jadi isteri kedua?  Perempuan mana yang sanggup bermadu. Madu itu  manis tapi bermadu itu pahit bagai hempedu. Tapi mungkin sudah jodoh mereka, mengelak macam mana pun tetap berakhir dengan perkahwinan yang sah.

Berhak ke kita menghukum orang tu dengan menyakiti hati dia hanya kerana dia isteri kedua? Pendapat peribadi aku, kita tak bolehlah menghukum orang sesuka hati kita hanya kerana orang tersebut berstatus isteri kedua.

Dunia ni macam roda, selalunya apa yang kita sangat benci tu mungkin akan berpusing kembali ke arah kita atau orang terdekat yang kita sayang. Kita mungkin akan diuji dengan benda yang tidak tak suka. Mungkin masa tu baru akan terfikir perasaan orang-orang yang telah disakiti dengan sengaja.

**********************

Sangat berharap takkan terjebak dengan cinta suami orang. Minta dijauhkan. Tapi untuk yang dah terlanjur kahwin, takkan kita nak nasihatkan suruh cerai. Bagi aku nasihat terbaik, cubalah jaga rumah tangga sebaiknya mungkin dan bersabar sebanyak2nya serta beralahlah dengan madu dan anak2 tiri. Jadi isteri kedua ni besar pengorbanan yang perlu dibuat.

Tapi ramai juga isteri kedua yang tak nak mengalah dan nak lebih semua kat dia jekan. Suami perlu bijak mainkan peranan dan adil dalam tangani isteri2 tersayang. Kahwin lebih tanggungjawab pun haruslah lebih.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative