Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012 ataupun lebih dikenali sebagai Floria kembali lagi...Floria 2012 kali ni bertemakan bougainvillea ataupun bahasa melayunya bunga kertas. Bunga yang mak aku suka tanam tu. Temanya berbunyi Bunga Kertas-Tetap menawan.

Nak tahu sejauh mana menawannya bunga kertas, silalah hadirkan diri ke Floria 2012 yang akan diadakan di pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, Putrajaya (tempat yang sama dengan tahun lepas). Bukan bunga kertas je, bunga-bunga lain yang menawan pun mesti ada. Kali ni mesti lagi cantik, lagi unik landskap dari tahun lepaskan.

Festival ni akan berlangsung bermula 30hb Jun 2012 sehinggalah 8hb Julai 2012. So ada masa lagi kalau yang jauh tu nak plan datang Putrajaya. Kalau hari Isnin sampai Khamis festival ni dibuka pada pukul 9 pagi sehinggalah 10 malam. Untuk hari Jumaat sehingga Ahad lak bermula 9 pagi hinggalah 12 tengah malam.

Ringkasan supaya senang nak tengok:

Tempat : 
Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tarikh : 
30hb Jun - 8hb Julai
Masa : 
9 pagi - 10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi - 12 tengah malam (Jumaat-Ahad)

Apa yang penting masuk percuma, nak bergambar pun boleh cuma biasalah masing2 nak tangkap gambar, kena tunggu turn la kalau ramai sangat tu.

************

Bz tak sempat BW...Sorry...;(

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative