Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Jumaat lepas aku balik Perak. Bertolak pun dah lewat petang, dekat nak pukul 6. Mak aih jam panjang, dah masuk susur ke Ipoh/Sg Buloh baru smooth. Mujur bergerak jugakkan walaupun macam semut. Wrong time la bertolak balik.

Pukul tujuh lebih tu tak keluar dari Selangor lagi, hari makin gelap. Ingat nak singgah makan dulu kat mana2 R n R tapi kejar masa, putuskan tak singgah mana2 la. Kebuluran sebentar.

Malam pemandu masing2 kejar masa terutama bas dan lori. Bas dan lori konker lorong paling laju. What the bengang. Aku pun cool je la kat lorong paling slow (masa dua lorong). Bila ada peluang baru potong lori kat depan. Kalau tak follow je la dulu.

Tapi malam tu boleh naik geram dengan sebuah bas express yang drivernya kurang sivik-MARA LINER. Bila bas yang besar tu himpit kereta yang comel, memang la kena hon sebagai amaran jangan dok himpit tak boleh ke, aku nak lari mana,depan belakang lori, tepi divider silap2 ada penunggang motosikal.

Memang tak boleh terima la so aku ke lorong paling laju bila dia masuk depan aku. Tapi agaknya driver dia rasa tercabar ke apa tah dok main himpit2 lagi dengan sengajanya. Bila aku nak mengalah dok lorong paling kiri boleh dia datang himpit daripada tepi nak dok depan aku padahal depan aku lori. Jarak memang tak muat untuk sebijik bas besar macam dia tu. Sure la dia himpit dari tepi dan aku terpaksa brek untuk bagi dia masuk.

Antara takut dan marah memang pecut dan melarikan diri sejauh mungkin dari MARA LINER yang besar tu. Kecut bila memecut laju sebab selama ni drive malam bawa santai2 je. Petang tu pulak baru lepas baca ondscene tengok gambar accident. Tak sedap hati betul.

Tapi malam tu sebab bas tu aku bengang, aku berani mati la drift dengan si MARA LINER. Adegan kejar mengejar berlaku berlaku antara kereta comel dengan MARA LINER. Tataw la apa yang dia tak puas hati.

Hilang kesabaran beb. Memang mencilok2 antara lori, bas, kereta-perkara yang tak biasa buat tapi terbuat malam tu untuk larikan diri dari dikejar. Akhirnya  MARA LINER terperangkap sebab kereta belakang dia lagi laju, dia terpaksa mengalah. So malam tu pecah rekod drive laju waktu malam.

Kebanyakan bas express/lori bawak laju mencecah 140 km/j or lebih pun ada. Yang tak boleh diterima diaorang ni membahayakan pengguna jalan raya yang lain, nak potong pun ada caranya, jangan dok main himpit2 orang tak boleh ke. Siap bagi lampu bagai konon lambat sangatlah kenderaan yang ikut had laju. Tension beb bila highway jadi dua lorong, lagi susah nak kekal had laju.

Jangka pukul 10/11 malam sampai Batu Gajah, tapi disebabkan adegan drift tu tercepat sampai. Pukul 9 malam dah sampai. Hebat...

************************


  • Tak nak balik malam dah kalau takde hal penting. Ngeri....Kecut...
  • Dari dulu tak berkenan dengan bas express MARA LINER. Belajar dulu selalu jugak naik bas ni.
  • Patutnya ada lorong khas untuk lori dan bas, biar depa potong sesama depa je. Besar sama besar....
  • Nak amek no plat bas tu tapi tak nampak sebab gelap. Nak je report kat bahagian yang sepatutnya...selamat kau pemandu bas...
  • Malam tu mengucap siap2 dah, risau sesuatu yang buruk jadi.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative