Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kad bonus link daku guna rosak hasil keganasan diri sendiri. Letak dalam poket, sekali macam terkepak tapi tak patah. Yang sadisnya tak boleh nak swap. So terpaksa la key in manual je untuk menambahkan mata bonus link yang tak seberapa tu sementara menunggu kad ganti.

Hari isnin (4 Jun 2012) hari tu dah request replacement kad tapi belum sampai2 lagi kad barunya.

Minggu lepas aku balik kampung, sebelum bertolak isi minyak RM50, tak penuh tangki pun. Nak cerita la pasal Shell kat R & R Tapah ni, menghala ke Utara. Berhenti kat situ sebab nak topup minyak.

Shell kat R&R Tapah memang besar dan luas la jugak compare dengan shell yang selalu aku isi. So dalam kepala mesti boleh kalau nak key in manual bonus link punya nombor tu. Sekali masuk dia suh isi dulu sebab aku nak isi penuh. So tinggal bonus link dan RM50 kat kaunter.

Pergilah isi minyak dulu, lepas tu masuk semula minta balance dan tanya dah key in ke bonus link. Boleh pulak pas sesama diaorang, last2 dia bagi balance. Tapi bila minta resit, mulalah gelabah cakap tak boleh key in kat kaunter, kena key in kat dalam pejabat diaorang. Ada la yang mencatat nombor bonus link kat buku diaorang tu. Gamaknya kalau aku tak tanya diaorang tak catat kot.

Kebetulan masa tu customer lain pun bengang sebab service yang mengalahkan siput sedut. Sampai ada customer datang kaunter sebab tunggu lama sangat kat pam (dia lambat set la tu). Mungkin kecoh sebab kes aku ke memang diaorang lembabp tak tahulah.

Aku tetap minta resit, nak print resit pun tersedut-sedut, macam tak pandai guna machine tu je Takkan semua pekerja orang baru kot. Ntah dia key in, ntah tak bonus link tu tataw la. Lantak la...

Masa balik semula ke sini, singgah Shell kat R&R Tapah gak, tapi menghala ke Selatan. Okey servis diaorang. Customer lagi ramai tapi steady je. Takde la tersedut-sedut.

Lepas ni kalau tak terdesak tak nak dah singgah Shell tu. Sekali dah terkena terkesan di hati. Semoga servis diaorang bertambah baiklah.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative