Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kalau jumpa orang yang meminta-minta yakni peminta sedekah korang ada perasaan simpati tak? Haruslah ada selaku manusia normal yang punya hati dan perasaankan. Terutama kalau si peminta sedekah tu kanak-kanak dan orang yang cacat anggotanya.

Teringat dulu masa selalu naik bas kat Butterworth, ada la peminta sedekah ni yang terdiri daripada kumpulan kanak-kanak perempuan dan lelaki. Rasanya diaorang ni bukan warganegara Malaysia sebab bukan pandai cakap Bahasa Malaysia sangat pun.

Diaorang akan bawa keychain, surah Yasin kecik or something la. Pastu akan pergi kat setiap orang dengan harapan orang akan bagi duit untuk barang diaorang bawa, macam juallah. Tak kiralah siapa pun diaorang akan datang hunjuk barang diaorang bawa tu dan tadah tangan minta duit.

Dalam bas pun diaorang akan naik dan yang tak bestnya, masa naik laju je dia letak barang dia bawa kat atas riba setiap orang sampai ke belakang kemudian kutip duit. Macam paksa kita bagi duit lak dah. Masa pertama kali memang aku kesian dan hulur duit tanpa mengambil apa-apa barang.

Tapi...bila Butterworth menjadi persinggahan tetap aku untuk balik ke kampung, aku semakin rimas dengan mereka. Kalau tiap-tiap minggu balik kampung tiap-tiap minggu la kena hulur kat mereka.Bukan nak berkira tapi terasa tak selesa bila dipaksa dan muka yang sama je setiap minggu. Kalau tengok muka macam adik beradik semua. Kakak dia siap dukung adik yang masih kecil tengah-tengah panas tu untuk meraih simpati.

Kalau tengok kulit diaorang pun memang kesian, kering dan hitam akibat setiap hari terdedah dengan cuaca yang panas dan persekitaran yang kotor dan berminyak kat stesen bas Butterworth tu.

Pengalaman tak bagus masa dalam bas dengan seorang kawan, datang la budak ni letak atas riba tak salah yasin kecik kot. Kawan aku macam tepis dan bertegas jangan letak atas riba dia. Boleh budak tu menyinga siap cakap BABI dalam tak reti berbahasa Malaysia. Lepas tu aku memang mengelak daripada jatuh simpati.

Antara simpati dan Sakit Hati....rasanya simpati memang kena tolak tepi. Pihak berwajib mungkin kena pantau sebab tu mungkin sindiket. Dari gaya cakap macam Myanmar pun ada. Wallahualam... Tak tahu la sekarang ada ke tak lagi mereka-mereka tu.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative