Lirik Lagu 1, 2, 3, 4 - Aris Ariwatan

Satu... 
Kasih nan abadi
Tiada tandingi 
Dia yang satu

Dua... 
Sayang berpanjangan
Membawa ke syurga 
Kasihnya ibu

Tiga... 
Lapar dan dahaga
Rela berpayahan 
Setianya ayah

Empat... 
Mudah kau ketemu
Perhati selalu 
Beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu ku ingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

**********************
Antara lagu yang menyentuh perasaan suatu ketika dulu. Al-Fatihah untuk arwah ayah tersayang. Selamat hari bapa untuk semua yang bergelar bapa, tak kisah la bapa sedara ke, bapa orang ke. Jangan bapa ayam sudahlah ye....:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative