Assalamualaikum...

Seorang budak berumur enam tahun telah dimasukkan ke tadika oleh ibu dan ayahnya. Pada suatu hari tu, si anak bertanya kepada ibunya.

'Ibu, sex tu apa bu?', tanya si anak dengan muka polos.

Si ibu terkedu mendengar pertanyaan si anak. Terfikir di kepala si ibu betapa terbukanya di zaman moden ni berbanding zaman si ibu tadi.

Kebetulan ketika itu pendidikan seks memang sedang hangat diperdebatkan, maka si ibu pun mulalah memikirkan jawapan yang sesuai untuk anaknya.

Si ibu mula menerangkan tentang perasaan cinta terhadap insan berlainan jantina bila si anak sudah dewasa nanti, perkahwinan disebabkan cinta seperti si ibu dan si ayah, pembentukan bayi dalam kandungan  dan kelahiran si anak.

Si anak tidak memberi sebarang respon, terkebil2 memandang antara wajah ibunya dan buku di hadapannya. Si anak kemudian menangis teresak2.

Si ibu tercengang dan bertanya kepada si anak kenapa menangis.

Si anak menjawab,'jawapan yang ibu bagi panjang sangat, macam mana nak tulis' sambil teresak2 dan menghulur buku kepada ibunya.

Erk....si ibu tak terkata sebabnya kat depan buku tu tertulis:

Name:
Sex:
Title:

***************************************

Cerita rekaan semata2. Pernah dengar orang cerita, diceritakan semula ikut suka hati aku dan versi aku...saje nak release tension petang2 macam ni....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative