Menunggu

Assalamualaikum...

Antara perkara yang boleh buat kesabaran hilang ialah menunggu. Mood elok pun boleh jadi kelam macam isnin yang biru. Boleh bertahan lagi sebenarnya kalau menunggu dan segalanya berjalan lancar. Tapi bila tiba-tiba ada perkara yang tak smooth, rasa nak melenting je. Perasaan nak marah orang tu amatlah tinggi.

Ditambah pula dengan kepenatan berkejar ke sana ke mari, dicampak ke sana sini orang orang2 tertentu, tak selesai jugak urusan. Lepas tu kebuluran sebab menunggu terlalu lama lagi, tiba-tiba orang yang baru datang masuk dulu, lagilah berapi perasaan marah tu.

Selalu bila dah marah memang susah sangatlah nak senyum, muka masam mencuka. Mulut mulalah takde insurans melepaskan kata-kata yang pedas dan berbisa. Hilang sekejap kewarasan bila bercakap dengan orang, segala yang dicakapkan walaupun masih lembut suara tetapi tetap bernada sinis.

Segala kesalahan pihak tersebut walaupun kecil dan remeh nampak besar dan berat di mata hati. Sungguh tak adil tapi itulah hakikatnya.

Antara tempat yang menyakitkan hati bila terlalu lama menunggu ialah klinik, hospital, pejabat pos, bank, KWSP dan banyak lagilah tempat2 lain. Kalau semua ikut flow tak pe jugak, ni ada yang last came, first serve. Rasa cam nak lempang je. Grrr.

Korang ada pengalaman tak best tak masa menunggu kat mana2 jelah....

Comments

tunggu org kat cdm..geram aje!
Ujie said…
Hehe..mestila ada. Mmg tension..takleh senyum dah. kalau urusan tak berapa penting saya tinggal gitu je. kalau penting tpksalah tunggu dgn hati terbakar.
Tihara said…
pernah tau masa menunggu nak buat bankcard..sampai bank dah tutup..buat2 baca suratkabo sampai khatam bearapa kali tah, nak tahan sabo la kononnya..last2 plan , nk tunggu staff tu panggil n nak buat dek je...mmg menjadi..alang2 dah tunggu perbodohkan diorang sekali...last2 akk g jugak stelkan kad tu..mmg rasa nak bebel tapi taku setan besar rumah keluar, tak ke naya..sia2 pahala sabar kita..tu pun wallahualam :)
belogkiter said…
serius.. palng tak suka menunggu.. tapi kadang akdang buat orang menunggu jugak :)
Nens Collection said…
maunye xde..kt spital ler yg paling sy x suka..nk2 bila ank demam..sy dtg 5 pagi..semata2 xnak org ramai...mmg org x ramai..tp doktor plak yg lembab..xth ler ape yg die bersiapnye..rs nk sumpah seranah aje..anak dh bising melalak2..adoiiii gerammmmmm....kalo x kerana ubat die yg elok..xde nye ku dtg sana..huhu
biela bell said…
marah btol akak nie..hahaha...
sabar2..
MulutPayau said…
adoiiiii...bab menunggu ni akak paling tak suka...
Cik Yuyu said…
alahii.. menunggu palinglah tak digemari. xnk janji melayu ye. kena punctual! :)
|| NaFiRaa || said…
selalu kena.. sampaikan naik stress menunggu.. geram!!!
Prettywrite said…
semua tempat2 yang k.syah sebut tu memang mostly menyakitkan hati sebab tu lah..servis diorang..hoh!
Juliet_iRa~" said…
setujuuuuu..

rasa nak tumbuk pn ada!huu
J.Syazwana said…
betul2. kalau pergi pos opis tengok banyak kaunter tapi yang bukak satu dua je lagi lah sakit ati. huhuhu

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing