Assalamualaikum....

Seorang budak lelaki bertanya kepada ibunya, "kenapa ibu menangis?"

Si ibu menjawap, "kerana ibu seorang wanita"

"Saya masih tidak faham ibu," si anak menjawap sambil memandang ibunya.

Si ibu tersenyum terus memeluk budak lelaki seraya berkata, "kamu akan faham suatu hari nanti."

Kemudian budak lelaki tersebut bertanya pula kepada ayahnya, "kenapa ibu menangis tanpa sebarang sebab?"

"Semua wanita menangis tanpa sebarang sebab," jawab si ayah dengan tenang.

Budak lelaki tersebut membesar dan masih tertanya-tanya kenapa perempuan menangis.

Namun semakin matang semakin dia memahami bahawa perempuan sangat istimewa. Di sebalik tangisan seorang wanita tersebut;

Seorang wanita mampu menggongcang dunia.

Seorang wanita mampu melahirkan anak dan mampu memaafkan serta menerima anaknya walaupun anak tersebut banyak menyakitkan hatinya.

Seorang wanita dengan cekal akan menjaga keluarganya sebaik mungkin tanpa mengeluh.

Seorang wanita diberi kekuatan untuk mengharungi saat-saat susah bersama suami tersayang dan menjadi pendorong serta penyokong kuat disebalik kejayaan suami.

Kenapa perempuan menangis. Tiada sebab yang khusus kenapa seorang perempuan menangis. Wanita dan air mata tak dapat dipisahkan. Nampak seperti lembut tetapi cekal di hati. Air mata bukan penunjuk kelemahan tetapi itulah sumber kekuatan diri.

***************

Tetiba rasa nak nangis... *_*

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative