Assalamualaikum...

Tadi masa kat hospital tengok Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik (Menteri Belia dan Sukan) ada kat hospital tengah dikerumuni oleh wartawan. Curious je dalam hati apa yang berlaku sampai press dan menteri datang kat hospital hari Ahad ni. Mesti ada sesuatu yang dah berlaku.

So mulalah menyelidiki apa yang berlaku sampai menteri datang hospital hari ahad. Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan penonton perlumbaan untuk hari belia yang berakhir hari ni. Seramai 17 orang penonton terbabit dalam kemalangan tersebut dan menurut sumber 4 daripadanya cedera parah.

Kiranya Menteri datang ziarah penonton yang tercedera dan keluarga mereka la kat hospital. Terjawab sudah persoalan.

Kemalangan berlaku tengah malam/awal tadi di presint 19, Putrajaya. Kalau nak info lanjut korang bacalah kat sini.------> TERKINI Shabeery Chik Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag dan
17 penonton perlumbaan drag cedera. Maklumlah benda macam ni mengelirukan faktanya. Takpun tunggu jelah keluar kat TV nanti sebab Menteri dah bagi statement. 


Wartawan dari pelbagai agensi surat khabar aku tengok cuba dapatkan maklumat dalaman daripada kakitangan hospital, tapi for sure lah diaorang takkan bagi sembarangan maklumat.

Kenapa aku tetiba muncul kat hospital Putrajaya. Aku ada la urusan tadi kat sana kejap. Bukan sebab kemalangan hari belia negara tu ye.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative