Assalamualaikum....

Hari Belia Negara (HBN) tahun ni akan berlangsung mulai 23hb Mei sampailah 27hb Mei nanti. Hari ni dah start dah la. Bukan nak cerita pasal tentatif hari belia tapi pasal jalan ditutup. Mak aih sesak bila banyak jalan yang dah ditutup.

Start hari Jumaat minggu lepas lagi jalan ditutup tapi tak semua lagilah masa tu, beransur2 tutup. Erm kelam kabut semua kakitangan kerajaan nak pergi kerja.

Semalam pun seorang kawan terperangkap kat basement parking hampir sejam. Kelakar pun ada, orang terperangkap sebab jem kat atas jalan raya, tapi ni terperangkap kat parking opis.

Hari ni sampai Jumaat kata dia tak nak drive, nak suruh orang ambilkan. Takpun naik bas aje la. Sakit kaki nak tekan brek, kalau sape kereta manual tu memang lagi sakitlah. Ke ada yang seronok sesekali terperangkap dalam jem. Hehee

Kata kawan tu lagi, bagilah cuti khas kat kakitangan kat Putrajaya dah nak tutup jalan. Maklumlah time macam tu jalan sehala pun jadi dua hala sebab orang nak mengelak bersesak2. Sanggup ambil risiko asalkan tak terperangkap. Bahaya tu sebab masing2 nak cepat, masing2 dah penat balik nak rest.

*************************

Plan nak pergi hari belia tapi tak tahulah jadi ke tak, tempat ramai manusia berkumpul ni pening sikit. Macam2 peel boleh tengok. Macam tahun lepas, kena rempuh dengan budak2 sekolah yang kurang ajaran. Sabar aje la. Macam2 gejala tak elok jumpa hari belia tahun lepas. Moga tahun ni lebih baik dan kurang benda tak elok.

**maaf aku dah tak dapat nak jengah blog selalu.nanti aku BW.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative