Tips Mengenal Madu Berkualiti

Assalamualaikum....

Dulu aku rajin beli madu sebagai makanan tambahan. Tapi beli yang kat pasar raya tu je. Sah2 la memang tak asli madu tu dan dah dicampur dengan bahan lain. Kalau kat kampung lak, ada la pakcik yang jual madu dalam botol yang telah dibersihkan tu. Yang tu mungkin asli dan mungkin jugak tak. Mungkin berkualiti dan mungkin tak----sebab lebahkan ada banyak jenis.

So macam mana nak tahu madu kita beli tu berkualiti ke tak ye? Madu yang berkualiti biasanya boleh diuji kualitinya dengan cara-cara seperti kat bawah:
  • Biarkan botol madu terbuka beberapa lama. Jika ada semut yang datang mengerumuni, itu bermakna madu tersebut tidak berkualiti dan tidak asli.
  • Titiskan sedikit madu di atas kertas. Jika madu itu cepat meresap, ini bermakna kadar air yang terkandung di dalam madu terlalu tinggi.
  • Ambil sebatang anak mancis, masukkan ke dalam madu dan nyalakan. Jika ia menyala, ini bermakna madu itu asli.
  • Goncangkan madu beberapa kali. Madu yang baik tidak akan menghasilkan banyak buih.

***************

Aku pernah beli madu khaula dulu. Cik semut datang je berkerumun kat botol madu khaula tu. Siap ada yang suicide(bunuh diri) lagi kat dalam madu tu. Aku tak ingat pula ramuan madu khaula tu, mungkin dia dah campur dengan herba2 lain kot, tu semut berani datang. Ataupun madu khaula aku beli tu bukan ori punya. 

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
rietta pown ada beli madu dr kawan..katanya ori..tapi ada pernah terbaca...klu ada mendakan gula bila dibiar lama...itu tandanya xori...xsure lak...
Ujie said…
Mmg susah nk kenalpasti yg asli. sbb madu ada byk jenis. jd ciri2 tak mesti sama. so, skrg saya stop madu. ganti pati delima Iran.
Pen Biru said…
oo...cm tu ye..bagus2.tip yg bagus
dwaty said…
nice info... hari tu pegi CH... beli madu... masa balik... nak ambik barang dari bonet... ada benda jatuh... rupanya botol madu yang pecah... huhuhu... tak leh diselamatkan coz dah bercampur ngan kaca...
Munnafendy said…
satu lg madu yg betul2 asli xde expired... =)
madu banyak khasiat..tp kak yaya tak suka makan madu..rugi sungguh la...
Juliet_iRa~" said…
ira sll beli y kat pasaraya tu je..wuu

sll msti ada cmpuran kan..
C'Jai said…
satu lagi..kalu madu tu asli bila letak dalam peti dia tak akn keras atau beku..betui tak..pernah dengar org ckp cam tu..
oh,mcm itu ea..thnx shre kak.
Izan Ishak said…
kak izan baru tau petua2 nak tau madu asli ni. thanks share ye...
saya suka makan madu.. tapi susahnya nak cari madu yang berkualiti and bagus
'
Koding said…
Thanks...
Info yg berguna...

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing