Assalamualaikum....

Internet masih slow teramat selepas last entry. Kalau berjaya masuk blog pun selalunya setakat boleh approve komen2. Nak lawat blog orang pun 2 x 5 le jugak. Tapi ni angin baik kot, dapatlah masuk kat new post untuk menaip sesuka hati aku. Lepas geram tak dapat berblog dengan suksesnya.

Tunggu 13hb untuk renew subscription SKMM. Ye la mungkin aku dah over guna internet awal2 hari tu. Nanti la buat entry lain pasal celcom SKMM ni, banyak benda baru tetiba jadi.

Rasa macam nak curang dengan celcom je bila jadi macam ni. Tapi tak nak sebarang komitmen bil dah kalau boleh. Teruskan bersabar dan tengok apa altenatif lain yang boleh diguna pakai nanti.

So far teruskan dengan yang ada je.... Konsep bersyukur seadanya kena dipraktikkan. Huhuu.

Ada yang bertanya dah ok ke internet? Huhuu masih KO, janganlah terus KO. Apapun terima kasih kepada yang masih terus sudi singgah kat blog.

Akan cuba BW kalau lepas la....kalau takde tu maknanya tak lepas ataupun BW separuh jalan sebab menyampah nak tunggu loading yang mengalahkan siput sedut.


Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative