Rahsia Diri Berdasarkan cara Tanggalkan Baju

Jom bersuka ria dengan menengok cara tanggalkan baju dan rahsia diri. Ni suka2 je ye... Tepat tak tepat, betul tak betul jangan taksub sangat nak percaya.

Apa lagi silalah nilaikan diri anda dan orang sekeliling anda.... Hehee

Suka Sepahkan Pakaian
Campak je sesuka hati pakaian tu. Ish2....
  • Seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
  • Jenis yang gemar berhibur dengan teman-teman tidak kira apa jua aktiviti yang dilakukan.
  • Daripada segi pemikiran, seorang yang bebas mengeluarkan pendapat sendiri tanpa memperdulikan tanggapan orang lain terhadap pendapat peribadi sendiri.
Lakukan dengan Teliti
Setiap kali selepas tanggalkan pakaian, dengan penuh hati2 akan letakkan ia di tempat yang sepatutnya.
  • Seorang yang serius dan gemarkan kehidupan yang aman dan tenteram.
  • Seorang yang tak suka 'cari pasal' dengan orang lain.
  • Selesa mengikut rutin harian yang telah biasa dilakukan.
  • Berpegang pada prinsip bahawa cara terbaik untuk berhadapan dengan sebarang masalah adalah dengan mengelaknya daripada berlaku.
Tanggalkan Barang Perhiasan
Perkara pertama yang dilakukan sebelum menanggalkan pakaian ialah menanggalkan segala aksesori daripada tubuh seperti cincin, gelang, rantai, jam, dan sebagainya.
  • Dikatakan sebagai seorang yang mudah mesra dengan orang lain dan beringat2.
  • Agak sensitif orangnya dan disebabkan itu teman2 perlu berhati2 bila bergurau senda dengan orang jenis ni.
  • Dalam percintaan, dikatakan seorang yang romantis.
Pantas
Laju je bukak pakaian macam super sonic tuh...
  • Seorang yang mengambil berat tentang perihal orang lain terutama yang menjadi kesayangan kamu.
  • Seorang yang sangat mengambil berat tentang keperluan diri sendiri
  • Amat mementingkan keluarga dan gemar sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Kalau tak dia rasa hidup ini membosankan.
Perlahan-lahan
Berbeza dengan sikap di atas,  mungkin menanggalkan baju/tudung/kain terlebih dahulu dan dalam masa yang sama kamu mungkin sibuk ke sana ke mari atau sekadar berbaring merehatkan badan di atas katil. Beberapa minit kemudian barulah menanggalkan pakaian yang selebihnya.
  • Kelihatan seperti suka berlengah-lengah, tetapi dikatakan seorang yang punya keyakinan diri yang tinggi dan bijak.
  • Gemar berfikir secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan.
  • Gemar menghabiskan masa lapang untuk diri sendiri dan tak kisah jika berkurung di dalam bilik seorang diri sehari suntuk atau sekadar bersiar2 keseorangan.
Berubah-ubah
Tidak pernah tetap dan sering berubah-ubah, ada ketikanya menanggalkan pakaian dalam keadaan tergopoh-gapah dan nak cepat hingga pakaian berteraburan dan dalam masa yang lain penuh berhati2 dan ambil masa untuk bertukar pakaian.
  • Dikatakan  seorang yang penuh dengan rasa curiga dan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara apatah lagi perkara yang dianggap asing bagi kamu.
  • Juga seorang yang berpenampilan menarik, gemar melakukan pelbagai aktiviti yang mampu mencabar keupayaan diri serta sanggup menanggung risiko.

Sumber: Majalah remaja (zaman aku muda remaja dulu)

**************

Tadaa tamat sudah....itulah Rahsia Diri Berdasarkan cara Tanggalkan Baju, so apa rahsia diri korang... Diam2 suda dan jangan dok skodeng orang tanggalkan baju pulak pasni...Hehehee

Comments

yui lbh suka teliti..cpt tp biar kemas..hihi.
Dieya said…
tetibe tringat zaman diploma dulu hahaha
Tihara said…
yg suka sepah tu mcm betul je eks..kah3 :D
J.Syazwana said…
okey dah tau. macam betul jek. kekekeke
puteri kasih said…
wah cara tanggal baju pun ada rahsia identiti eh :)
Arpiiz said…
hmm, semua betul ni, nak percaya ke tidak ye..hehe
C'Jai said…
nampak macam ada logik juga ye...hehe..kreatif n3 cik aisha...
Koding said…
Tanggalkan pakaian anda dgn tertib di tempat yg tiada orang melihat anda...
Marya Yusof said…
As salam Aisyah,

Mcm agak tepat! Mcm psikologi dirilah ni... suka sepah, mmg jenis org yg xkisah tp kalau jenis suka susun cantik2 elok2...mmg jenis yg sgt prihatin & sensitif ler tu...hik3... apa2 pun akak mmg xsuka tgk menda sepah, ponind dibuatnyeee.heehehe ;p
Munnafendy said…
sy yg no 2... yoyo'o jek...kih3
Prettywrite said…
urm..urm..hok mana ni..yana rasa macam campur2 jer..haha..kadang2 kalo nak cepat main sepah jer kat katil..balik tu baru kemas..kadang2 memang landing2 dulu..kadang2 memang nak kemas2 masuk bakul elok2..hehe..so semuanya boleh jadi..kui3..
Izan Ishak said…
kalau anak2 k.izan ni asyiklah sepah2 aje. kalau diri sendiri lebih suka masuk terus dlm baju kotor...
Mr.Clive said…
hahha yang suka sepahkan pakaian tu kenalaa dengan saya...kehkehkehhh ouch!

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing