Assalamualaikum...

Aku percaya ramai yang ada pengalaman tersendiri kat tol. Meh kita baca antara pengalaman tak syok kat tol. Ni pengalaman sendiri dan orang sekeliling.

Peristiwa 1
Kad Touch n Go tak boleh detect. Meroyan touch berkali2 palang tak mau naik. Tekan intercom, tak berfungsi (intercom tu tinggal besi ja, bogel..huh). So dengan selamba keluar dari kereta ketuk tingkap jurutol kat lorong tunai. Bila dia tolong touch naik pulak palang tu. Hampeh je tapi balance tak kuar. T n G lane tu bengong kot. Bukan ke konsesi tol kaya? Takkan tak mampu selenggara kot...intercom bogel...apa da..

Peristiwa 2
Kereta kena hempap dengan palang kat lorong smart tag. Berkecai cermin beb. Tataw apa kes mesin imbas smart tag tu pun dah bengong kot.

Peristiwa 3
Pun kat lane smart tag. Masa tol transit okey je, lepas tu di trace sebagai tak lalu kat transit pertama, maknanya macam tetiba keluar dari celah longkang kot. Agak2 la kereta sebesar tu nak lari dari tol celah mana. So dia forfeit balance dalam kad RM50 padahal tol tak sampai RM2 pun. Memang boleh claim semula, tapi dah jadi keje kena jumpa CS. Refund pun next month bukan on time, so kena topup lain la.

Peristiwa 4
Tersalah masuk lorong T n G padahal nak masuk lorong tunai. Muahaha hat ni lawak sikit la. Pastu kena reverse semula, mujur kereta belakang tak marah. Sory encik salah lane..

Peristiwa 5
Terikut terbuat dua lorong untuk 1 tol. Kat tol mana ada garisankan, so jadi macam tu la terbuat garisan sendiri tanpa disedari. Memang kena hon dengan orang belakang, tapi encik saya tak sengaja pun. Tak hingin  dan tak kuasa nak potong Q. Kereta depan saya yang mengelirukan. Mintak maaf bebanyak la, tapi saya bagi signal elok2 encik bukan redah je.

Peristiwa 6
Nyaris terlanggar palang masa nak bayar tol sebab baru belajar bawa kereta , kereta pulak manual. Gelabah kot masa tu. Muahaha kesian kawan aku, mesti dia fobia nak bawa kereta.

**********************

Tu la antara peristiwa yang berlaku kat aku dan orang sekeliling aku. Peristiwa-peristiwa kat tol ni ada yang lawak bila fikir semula... Hehee. Korang pun mesti ada peristiwa tersendirikan....

**bertolak pagi esok, so sempat la jenjalan kat blog dulu....:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative