Assalamualaikum....

Setiap perempuan mesti mendambakan lelaki yang terbaik hadir dalam hidupnya. Selain agama yang sudah semestinya menjadi kriteria utama semasa memilih pasangan hidup, kriteria lain pun kenalah ambil kira juga. Nak berkongsi la kriteria 4 C yang seorang opah pesan kat aku untuk cari lelaki idaman. Pergh ayat tak boleh blah.

Okeylah, C yang pertama opah tu sebut ialah career, C kedua car, C yang ketiga credit card dan C terakhir celebration. Jom huraikan...

Career
Carilah yang berkerjaya dan kalau boleh biarlah kukuh kerjaya tu. Kenapa opah tu bagi ni C yang pertama, sebabnya dengan kerjaya la dapat gaji nak bagi nafkah kat anak bini nanti. Memang tak dinafikan rezeki Allah yang tentukan tapi bila kerjaya terjamin rasa secure hidup. So kerjaya yang kukuh tu penting ye lelaki2 semua menurut opah.

Car
Tak kisahlah beb kereta besar ke kecik, first hand ke second hand. Yang penting memudahkan nak bergerak bila dah berkeluarga nanti. Ye la takkan nak naik bas je pergi mana pun. Takde anak lagi bolehlah merempit sama2, nanti dah beranak pinak takkan nak naik motor beramai2 pulak dah. Sebab tu opah tu letak Car nombor 2 kot.

Credit Card
Aisey opah ni advance la, credit card tu. Yang ni aku tak tahu apa motif. Mungkin masa emergency boleh guna untuk cairkan menjadi wang segera kot. Apapun pandangan peribadi aku, credit card bukan tool yang selamat untuk digunakan. Tersalah guna seumur hidup tak terhabis bayar hutang credit card je.

Celebration
Opah memang memahami....yang ni memang aku sokong. Opah tu pun siap explain lagi. Lelaki tu kalau sukakan kita kenalah tunjukkan keikhlasan dia. Kenalah celebrate kita dan tak kedekut dengan kita. Ni awal2 dah kedekut, dah kahwin nanti pun berkira. Bukanlah nak suruh celebrate sampai membazir tu, tapi hanya ingat apa yang perlu sahaja dan seadanya pun dah mencukupi.


*********************************

Itulah kriteria yang opah sebut untuk memilih pasangan hidup (lelaki).

Setiap orang mesti ada kriteria tersendiri sebagai penanda aras dalam memilih pasangan hidupkan. Tapi tak semua kriteria yang kita nak mesti dan harus menepati apa yang diingini. Itulah jodoh namanya...saling melengkapi dan menerima seadanya. Rezeki Allah yang bagi, susah dahulu tak semestinya kemudianpun susah. Harta sama2 boleh cari.

Opah yang pesan ni dah umur 80 an macam tulah, jumpa masa majlis KEMAS ari tu. Ni namanya opah zaman moden. Suka la dengan opah tu sebab talkative. Tetiba je, "opah takde cucu single ke". Kih3..

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative