Jodoh yang Sempurna

Assalamualaikum....

Seorang gadis bertanya kepada ibunya......

"ibu, bagaimana saya boleh tahu lelaki itu jodoh saya yang terbaik?"

Ibu gadis tersebut menjawab.....

"lupakan tentang mencari lelaki yang terbaik, tetapi fokuslah untuk menjadi seorang wanita yang terbaik"

Di dalam al-Quran juga ada menyebut......

"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"


********************************

Kita manusia yang tidak sempurna, ada kelemahan, kekurangan diri yang tidak sama bagi setiap insan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan kadang-kadang membawa kekecewaan yang berpanjangan kerana kesempurnaan yang diharapkan tetapi kekurangan yang nampak di mata.

Menerima diri orang lain seadanya bukan perkara yang mudah, tetapi belajar menerima seadanya bukan juga perkara yang mustahil.

Kita inginkan yang terbaik untuk diri sendiri tetapi diri sendiri bukan juga di kalangan yang terbaik. Kita inginkan orang itu begitu, begini tetapi kita sendiri tidak cuba berubah.

Mencari jodoh yang terlalu sempurna.....sampai bila pun tak akan jumpa. 

Comments

dwaty said…
PERINGATAN TUK DIRI SAYA SENDIRI...
MulutPayau said…
betul tu dik....kita terlalu mngharapkan ksmpurnaan tapi kita sndiri tak sempurna....
Kancil 8349 said…
bagus entri nie...peringatan untuk semua...
moga sy peroleh jodoh yg terbaik..
HeNRieTTa JoSe said…
yeap....btl tu.....selalu juga dengar orang berkata begitu....

"wanita yang baek adalah untuk lelaki yang baek"

ps....ooo bleh blk kepada yang lame erk? hehehe....rietta dah xbrani tukar dah....kecuali kalu terpksa nanti...
:)
kita kena mengubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik..:)
C'Jai said…
Terima seadanya pasangan masing2.. Perkahwinan itu bersifat saling melengkapi.... Saling menyempurnakan kekurangan kita atau dia dgn keberadaan masing2...
Semoga ketidaksempurnaan kita mampu menyempurnakan diri dia..dan begitulah sebaliknya...
Bui Junaidi said…
BETUL..MMG TAKDER JODOH YG SEMPURNA SBB TIADA MANUSIA PERFECT..SO KENA TERIMA KEKURANGAN PASANGAN SEADANYA..
Prettywrite said…
ahh..toink2 terkena batang hidung sendiri..hohoh..tepat sekali..

"lupakan tentang mencari lelaki yang terbaik, tetapi fokuslah untuk menjadi seorang wanita yang terbaik"

suka!
Juliet_iRa~" said…
btol2..:)

jom kita sm2 cuba jd perempuan y terbaik kak..

mudah2an kita dpt lelaki y paling baik!
nice one...
cuba jadi wanita yang terbaik :)
peringatan utk diri sy jg :)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing