Henjut Ganas

Ada orang suka henjut perlahan, slow2 je. Macam berirama gitu. Tapi ada orang suka nak henjut dengan kasar, laju-laju lak tu. Henjut ganas la senang cite. Aku lak suka2 ati aku je tapi tak la melampau.

Tapi...kenalah fikirkan dan utamakan soal keselamatan. Suka ati je nak henjut buai baby laju2 ape ke halnye. Baby tu apalah yang diaorang tahu? Menangis aje la diaorang. Henjut slow2 dah la, sekurang2nya keselamatan lebih terjamin.

Ni henjut ganas sangat sampai tercampak baby keluar dari buai tu. Terjatuh dari buaian dan tercedera si baby tersebut. Dah banyak berlaku kes seumpama ni terutama kat rumah pengasuh. Kadang2 pengasuh ni dia suh anak2 dia yang tak berapa nak cerdik lagi tolong henjut buai baby. Budak seronok dok henjut buai baby macam main2 lak pi henjut la laju2, sudahnya tercampak baby yang tak tahu apa lagi tu.

Kalau setakat tergeliat or terluka sikit tu pun dah tak puas ati. Inikan pulak kalau patah riuk, lebam2, cedera parah baby yang masih kecik tu. Yang lebih sadis ada kes yang baby dia sampai ada pendarahan dalam otak. Baby tu dari seorang yang normal ketika dilahirkan tak pasal2 menjadi cacat seumur hidup. Ada yang sampai membawa kepada kematian baby tersebut.

Hati mak ayah mana yang tak sedih melihat anak sendiri yang lahir normal jadi begitu hanya disebabkan terjatuh dari buai yang dihenjut laju. Mungkin sudah ditakdirkan untuk dia menjadi begitu tetapi selagi termampu sentiasalah berhati2 supaya tidak berulang benda yang sama. Kalau berhati2 tapi terkena jugak tu, kita siapa untuk menolak takdir Allah SWT? Mungkin itu ujian yang diberi untuk menguji diri.

Apapun henjut buai janganlah ganas sangat dan laju, slow2 sudah.

******************************

Ada kawan bagitaw baby dia retak tulang kaki. Kejadian berlaku kat salah sebuah nursery kat Putrajaya. Bila dipersoalkan pihak nursery boleh cakap tak tahu menahu. Dah lama kes ni, sekarang dia hantar rumah orang dan tak hantar nursery dah.

Comments

Kunang-Kunang said…
Henjut kuat2 dan laju tu henjut tak ikhlas dan marah tanpa rasa kasih sayang.
Munnafendy said…
sebaiknya jgn ajar baby tido dlm buai...bahaya, takut otak baby bgegar kalau henjut2 pkai buai tu..nak2 yg jenis buai automatik..lagi bahaya
MulutPayau said…
anak2 akak semuanya tak pakai buai....
Memang menakutkan kalau anak jatuh dari buaian...
Abg Stalker said…
henjut laju2 bru puas..hahaha.ehem,lain plk bunyi nya :P

tp tuk keselamatan,x kesah la si baby atau bakal baby :P henjut slow2 la..biar slow asal slmt. ^_^V
Juliet_iRa~" said…
mcm2 jd sekarang ni y melibatkan baby n pngasuh..

pape pn parents kena hati2 pasni..:)
C'Jai said…
kesiannya..sedih baca cerita macam ni..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing