Thursday, April 26

Hapuskan Kebencian

Assalamualaikum...

Seorang guru menyuruh setiap murid di dalam kelasnya membawa beg pastik yang berisi kentang. Bilangan kentang di dalam beg plastik pula bergantung kepada bilangan orang yang dibenci setiap murid. Setiap kentang itu akan dinamakan berdasarkan nama orang yang dibenci.

Apabila tiba harinya, masing2 membawa kentang di dalam plastik yang bertanda nama orang yang mereka benci. Ada yang bawa dua kentang, ada yang bawak tiga malah yang bawa lima kentang pun ada.

Guru menetapkan kepada murid2nya untuk membawa kentang di dalam beg plastik tu ke mana sahaja mereka pergi termasuklah jika mereka mahu ke tandas selama seminggu.

Sehari demi sehari berlalu, murid2 mula mengadu akibat bau yang kurang menyenangkan yang terhasil daripada kentang yang membusuk di dalam beg plastik. Di samping itu, murid yang mempunyai lima kentang terpaksa membawa beg yang berat daripada biasa.

Selepas genap seminggu, semua murid lega kerana tempoh seminggu telah tamat akhirnya.

Cikgu pun bertanya kepada muridnya semua, "Apa perasaan anda semua bila membawa kentang bersama ke mana sahaja selama seminggu?"

Murid masing2 meluahkan apa yang mereka rasakan dan mula mengadu mengenai kesusahan yang terpaksa mereka harungi sepanjang membawa kentang yang berat dan berbau busuk ke mana sahaja mereka pergi.

Kemudian guru menjelaskan kepada murid2nya makna yang tersirat di sebalik semua itu. Terang guru tersebut, "Begitulah keadaannya apabila kamu membawa kebencian terhadap orang lain di dalam hati kamu"

*********************************

Bau busuk kebencian akan mencemari hati kita dan kita akan membawa bersama-sama kita ke mana sahaja kita pergi. Jika kita tidak boleh bertolak ansur dengan bau kentang busuk hanya untuk seminggu, cubalah kita bayangkan apa rasanya bila membawa bau busuk kebencian itu selama-lamanya.

Hapuskan kebencian yang keterlaluan terhadap orang lain. Takde untung pun kebencian keterlaluan selain merugikan diri sendiri.

10 comments:

Adylia Qarissa said...

Mendalam betul tunjuk ajar cikgu.

Ujie said...

beberapa thn lalu, saya dh berjaya hapuskan benci & dendam pd seseorang. saya mulakan salam & mohon maaf..rasa lega dan tenang!

itulah org pertama yg saya terlalu benci..dan moga itu yg terakhir.

Yaya Azura aka Naz Azra said...

pandai cikgu tu bagi contoh..
ye la..buat penat perasaan jer nak benci membenci ni..

adan said...

thanks share cerita ni.. sgt menarik..

nuyui a.k.a miss YUI said...

xelok ada rasa benci kan..

Tihara said...

masa akan mnegubat segala kebencian... :)

Munnafendy said...

pandainya cikgu tu...mesti budak2 tu akan ingat smpai bila2

Nens Collection said...

batul2..alangkah indahnye jika kita dapat buang rs benci kt org dlm ms yg singkat..emmm..

Juliet_iRa~" said...

heee suka entri ni..:)

moralnya jgn benci org..heee..pastu jgn pendam dlm hati...

ira dah la suka memendam..tak bagus kan..

C'Jai said...

kisah yang cukup meninggalkan kesan... Jangan Ada Benci...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...