Assalamualaikum....

Ni review aku selepas kali ketiga topup. Banyak desus desas yang tak best semenjak dua menjak ni berkaitan dengan celcom SKMM yang aku dengar.

Yang pertamanya celcom memang dah keluarkan warning pasal pek SKMM ni la.

Lepas tu desus desas ada menyatakan bahawasanya celcom SKMM dah bukan unlimited start 1 April hari tu. Dan ianya di'limit'kan menjadi 2GB, lepas tu faham2 jelah. Sejauh mana kebenarannya aku tak tahu. Tapi macam betul je.

Sebabnya aku boleh terasa celcom SKMM aku guna kelajuan dia macam dah throttle je ari tu. Dah macam pakai bil pulak kot ada F.U.P. (Fair Usage Policy). Bila dah cecah quota, throttle speed. Ntah-ntah belum cecah quota pun dah bersiput sedut. Throttle ke berapa kbps aku tak sure le pulak, tp memang slow le.

Malas nak calling2 Customer Service dia. Tunggu mood nak call datang time tu, tak datang2, boleh pulak macam tu ye.

Aku baru je topup sehari dua ni, kelajuan so far macam okey walaupun terasa macam dah sedikit terkurang laju banding sebelum ni. Tapi jangan dipuji, bila2 masa je boleh tetiba KO. Nak download apapun rasa was-was, cuba jadi baik setakat bukak facebook, blog, website2 penting.

Penilaian aku, simkad celcom SKMM ni daripada segi kualiti memang kureng, sebabnya simkad baru guna bape bulan dah ting tong tak dapat dibaca. Jenuh aku sumbat tisu kat broadband bagi ketat baru dapat baca. Nak kata casing simkad broadband tu yang loose, cuba masukkan simkad lain okey je. Simkad maxis aku yang dah berumur 7tahun ++ tu pun sihat lagi walaupun rupa dah buruk dan selalu tukar2 henpon. Aiyoyo.

***********************

Benda berbayar yang mahal pun buat hal, ni pulak yang murahkan.

Ramai yang dah berpaling tadah ke Maxis SKMM pulak kot sekarang. Walaupun limit tp boleh bypass limit buat masa sekarang (kena langgan VPN). Celcom sim memang disekat untuk bypass walaupun unlimited. Ehem banyak isu celcom ni, telco lain pun sama kot tapi rasa macam celcom lagi banyak isu.

So rasanya masih berbaloi ke nak guna celcom SKMM? Untuk yang baru bercita2 nak guna tu fikir2 dululah sebab nanti tak balik modal je. Dah la sim dia dah mahal sekarang. Aku punya balik je modal... Kira win2 situation la jugak masa tu. Ni pendapat aku je.

Guna je la apa yang ada dan selagi boleh guna....  Ni berdasarkan pengalaman aku, orang lain mungkin tak alami benda yang serupa.

Entry Berkaitan:
Celcom Broadband 1Malaysia
Cara Topup Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative