Assalamualaikum....

Ada orang cakap nak dapat BE kena rajin update, trafik kena tinggi dan stabil. Macam2 la kalau bercakap pasal BE ni.

Cara nak dapatkan BE, mesti ramai yang join Nuffnang nak tahu. Aku dapatlah juga BE walaupun BE aku tak masyuk macam blogger lain. Dan ada juga antara blogger yang langsung tak pernah merasa BE lagi.

Paling rendah BE yang dah jadi ME yang aku pernah dapat RM0.02, bukan 20 sen ye tapi 2 sen. Bila aku bagitahu BE aku 2 sen orang pun tak percaya, sebabnya orang cakap BE ni selalu paling sikit pun ringgit2.

Silalah percaya dah banyak tu yang aku pernah dapat. Seciput sesuai la dengan tahap trafik blog... Hihi

Ciri2 sebuah blog akan dapat BE, secara nyatanya kita pun tak tahu dan tak dapat nak tentukan.

Aku dah lama tak update profile, sejak broaband buat hal blog ditinggal2 tanpa entry, trafik pun seciput. Tapi Alhamdulillah 3 BE tengah running dan walaupun nilainya rendah, tetap BE dan tetap rezekikan....:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative