Assalamualaikum...

Ceh tajuk macam la kotor sangat blog aku ni. Nak kasi sapu dan buang la segala yang tak penting. Apa benda la yang aku dok merapu nak bersihkan ni ye.

Aku tetiba rasa serabut kepala plus pening lalat bila tengok entry yang melambak kat draft tu. Ada yang taip separuh idea hilang jadi tertangguh, ada yang dah siap semua tapi terlupa nak publish dah jadi outdated, ada yang tak berani nak publish sebab rasa macam isu sensitif, haish macam2 la sebab entry tu jadi pekasam je kat dalam draft.

So hari ni amek inisiatif nak buang la apa2 yang patut tu supaya takde serabut sangat bila tengok. Nak bersihkan blog daripada entry2 yang masam dan pekasam supaya mood pun ceria untuk berblog.

**********************

Aku BW secara random je sejak semalam. 

Heee suka lak rasa boleh pick picture untuk entry.....big smile.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative