Assalamualaikum...

Ingat orang berebut kekasih je ke? Parking pun orang selalu berebut taw. Tempat yang orang selalu berebut parking kat pasar malam, kat hospital, maklumlah parking terhad dan masing2 nak cepat.

Cara berebut parking ada banyak, antaranya nampak orang nak keluar sanggup reverse kereta walaupun jauh  untuk kejar tempat kosong tersebut walaupun dah ada orang lain yang tunggu kat situ. Bagi dia sape cepat dia dapat. Bahaya akak2 dan abang2 oi dok main reverse laju2 macam tu. Silap2 terlanggar kereta lain pulak dah.

Satu lagi tanya orang yang tengah jalan menuju ke parking kat mana dia letak kereta dia. Suruh orang tu lengah2kan supaya sempat sampai dan kira macam book la untuk ganti orang yang nak keluar tu. Sedangkan ramai lagi yang sedang menunggu dengan sabar. Cara ni sopan sikit daripada cara kat atas tu. Siap tu ada yang minta maaf elok2.

Memang la sape cepat dia dapat, sape paling dekat dia yang dapat, tapi kalau cara macam tu cepat dan dekat sangat la.

Memang agresif la sesape yang dok berebut parking ni. Cepat, tangkas je gayanya. Kadang2 geram jugak sebab kita menunggu punyalah lama, dia yang masuk dulu parking tu tanpa rasa bersalah. Muka bangga dan takde perasaan bersalah pulak tu.

Orang lain yang menunggu betul2 dekat pun dia buat2 tak nampak je. Buta mata hati ke apa tak tahulah. Tapi berfikiran baik, ada hal urgent la tu memerlukan dia bertindak agresif.

Kadang2 rasa nak buat macam tu je....tapi rasanya belum sampai terdesak lagi nak buat macam tu. Takpe tunggu je dengan sabar, Insyaallah dapat jugak parkingnya. Lantaklah nak berebut sangat, ambillah bukan parking aku pun.

***************************

Akan bercuti sampai hari pekerja nanti. Hari ni pun online sekejap je sebabnya petang or malam nanti dah bertolak ke destinasi yang nak ditujui. Hari macam mendung je, sahabat2 doakan perjalanan saya berjalan lancar dan selamat tiba ke destinasi yang ditujui. Risau jugak ni kalau bertolak malam. Kalau hujan lagilah risau.

#dah set auto publish post sampai 30hb nanti...ye la nanti belum tentu dapat online.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative