Assalamualaikum...

Ni kisah lawak aku dengan kain felt. Sebelum ni aku tak kenal pun kain felt. Memang selalu dengar craft daripada felt tapi kain felt aku tak pernah amek peduli macam mana rupanya.

Suatu hari tu aku pergi kedai dua ringgit nak cari kain microfiber buat lap meja, dapur. Maklumlah kain microfiber ni senang dicuci bila terkena kotoran.  Belek punya belek takde pun kain microfiber yang selalu berlambak tu, habis stok kot.

Tapi tempat selalu microfiber tu tergantung diganti dengan kain lain. Aku yang buta jenis kain ni, selamba jelah rembat kain tu buat pengganti microfiber. Dua ke tiga keping tah (tak ingat) RM2. Akhir tahun lepas peristiwa ni.

Aku pun guna la kain tu untuk lap macam2, termasuk kipas kat dalam bilik yang berhabuk dan hitam legam tu. Sejak Yui aktif berkraf aku perati kain yui guna tu macam pernah nampak je. Dok perati lagi rasa macam lain pulak dah.

Ignore jelah...sampai kakak aku pun cakap tu kain felt la. Hohoo orang buat craft aku buat lap kain tu. Lawak2.... Tapi kain felt ni nipis je...kualiti kureng kot. Kain felt pun mesti ada banyak jenis jugakkan.

Semalam kesengalan aku datang, mulalah mengarut pergi gunting kain felt tu, siap cari jarum benang mak aku lagi. Dah berkurun tak pegang jarum benang untuk menjahit, buang tebiat ke apa tah. Huhuu. Dok trial n error buat jahitan. Kalau jahit sembat biasa, sah2 la buruk.

Nak cari kat internet, lappy kakak aku tengah guna. So sesedap jari aku la mencucuk sambil dok bayang jahitan selalu orang dok buat. Dulu masa amek KHB ERT form 3 terer la jugak nama2 jahitan dan cara nak jahit ni. Lebih daripada sepuluh tahun lepas, memang aku dah tak ingat.

Aku sebenarnya dah lama cari tempat letak henpon (apa nama dia, aku ni sokmo hilang ingatan sekarang ni), henpon aku dah calar balar sebab selalu dok campak dalam beg dengan barang2 lain. Tapi bila pergi kedai aku rasa harga diaorang letak mahal sangat la, design biasa2 je kot. Kosong  nampak bodoh2 je. Yang ada hiasan lak nampak meriah sangat, harga for sure lagi mahal la.

Tara....benda ni la yang terhasil semalam...



Kosong, tak lawa, tapi aku sendiri yang buat....perasaan tu lain.


Tali kuning tu aku rembat tali (ye ke tali) paper bag majlis kenduri kahwin. Shyy diam2 sebab paper bag tu mak aku kumpul, dengan selamba aku rembat. Kih3

*************************

Nak craft felt yang lawa p usha n tempah kat Craft Yui ....hehee

Entry Berkaitan:
Broadband Casing Guna Felt

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative