Friday, March 9

Jangan Pergi Genting

Assalamualaikum...

Genting Highland? Mesti ramai yang dah pernah pergi sanakan. Apa yang bestnye kat Genting tu sampai ramai yang suka bertandang ke sana. Apa yang menarik minat semua ke sana?

Kat sana tempat bersuka ria. Dapat main games puas-puas. Ada theme park yang menarik. Itu antara alasan untuk menjejak kaki ke Genting, alasan aku tu.

Sudah terang lagi bersuluh Genting tu satu-satunya tempat kat Malaysia ni yang membenarkan aktiviti Kasino secara sah. Aktiviti gambling ataupun perjudian ni memang punca pendapatan Genting yang terbesar.

Dan ramai juga kapel-kapel yang suka dating kat Genting ni. Pergi berdua, duduk sebilik lagi. Ehem no komen la, tak jadi apa-apa kot duduk sebilik.

Aku tak pernah sampai kat puncak Genting pun, setakat skyway kat bawah tu je pernah sampai, kat Gohtong Raya. Tu pun sebab ada kursus. Huhuu sebenarnya dalam hati ada niat jugak nak pergi naik Genting tu.

Tapi.....sekarang tetiba teringat kata-kata ustazah aku masa Diploma dulu. Beliau amat bertegas supaya jangan pergi ke Genting, elakkan pergi Genting. Antara hujah ustazah yang masih melekat kat ingatan dan hati aku, Genting tu tempat tak elok, tempat berjudi, tempat bersuka ria, tempat memabukkan diri. Apa yang dapat hanya keseronakan dunia.

Masa tu aku muda remaja lagi, dalam hati membantah jugak, ala pergi untuk main games je pastu baliklah tak payah tidur sana pun takpe. Takpun nanti dah kahwin boleh ajak hubby pergi Genting sama-sama. Takkan la tupun tak boleh kot.

Tapi kata-kata ustazah yang buat aku berfikir dan terus berfikir sampai sekarang ialah, 'kalau ditakdirkan kamu meninggal masa kat Genting, kat tempat yang banyak berlaku maksiat, rugi.sedangkan banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi dan lebih elok.'

Mati memang kita tak tahu bila dan kat mana dan macam mana cara kita mati. Ada kebenarannya juga kalaulah kita meninggal kat tempat macam tu sedangkan itu pilihan kita sendiri yang nak pergi. Lainlah kalau ada urusan kerja yang kita terpaksa tu.

Motif tulis entry ni bukan nak halang sape2 pergi Genting (aku pun masih ada niat nak pergi, cuma asyik terhalang). Cuma nak sama-sama berfikir sebab sejak kes kemalangan bas kat genting yang melibatkan pelancong dari negara India 5 mac yang lepas, tiba-tiba teringat balik kata-kata ustazah.

Wallahualam....

24 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh p..

Tihara said...

saya pn dah lama nak g tp aik terhalang jugakk..kdg2 sbb masa..kdg2 sbb bajet..sy tkmo g tpt main tu, saya nk g tpt baru yg ada stoberi tu..Insya Allah..
selalu lah berdoa lepas solat..allahumma inni husnul qhatimah..Insya Allah..sama2 la kita :)

Ujie said...

Betul kata ustazah tu, tmpt maksiat perlu dihindari. Kalau kena bala, kita yg kat situ pun tak terkecuali. Tentu nmpk tak elok kalau meninggal kat genting, pawagam..

Akak pun tak penah ingin nk ke sana. Cameron lg best..damai.

Mohd Izzar said...

ouhh..okay..uhu

Izan Ishak said...

k.izan pun tak pernah terfikir nak pergi genting wpun ramai yg kata best dpt main itu ini... lagi satu sbb en hubby mmg tak berminat langsung nak ke sana...

Kancil 8349 said...

kancil ndak pernah pergi...huhuhu

Azlan Strider said...

dah lama giler tak pergi genting..hehe..pening kepala laa naik keta pusing2..hehehe

Regards,
-Strider-

MulutPayau said...

last akak pergi tahun lepas....anak2 yg seronok sebab dapat main macam2...

memang betul kata ustazah tu....

ILA HonEyBuNNy said...

takooot jugak..kena ingat pesan ustazah awak..;)

Mr.Clive said...

bergantung jugak la... :)
sebab kalau kite xde niat nak buat apa apa yang tak elok,xde la kite buat...

selalu g sana untuk merasa angin sejuk,makan makan pastu turun balik...ehehehe

ZORA said...

same la..tak penah sampai pon kat sini....

alya_sygs said...

mak xkasi pegi genting..

Totie@Tomy said...

hubby saya pernah ajak pi genting tapi tak pi2..mak saya cakap tak pi pun tak apa..

Anonymous said...

lebih baik kita pegi cameron dapat makan stoberi! :D

Anonymous said...

lebih baik kita pegi cameron dapat makan stoberi! :D

biela bell said...

dulu selalu gak nak ke sana..sebab nak main kete kabel. roller coaster..nak rasa kesejukannya..tapi skrg dah takde kot..skrg psg angan2 nak ke lgkawi naik kete kabel tertinggi di dunia..roller coaster pun dah ada times square..sejuk2 pulak boleh dpt kat cameron.hehehe

O CIKTEDDY said...

pengakuan berani..cik x penah pi genting.haha
x kesah pon..huhu

EmpayarUtama said...

Alammmaaaaakkkk... Kat Singapura ada satu Kasino tapi Singapura besar bukan semua tempat kasino takkan tak buleh pergi (sebab aku kat JB kalau outstation kena ambik flight ikut Singapura)... Sedih siapa yang memang duduk atau cari makan halal kat Genting bila dengar ustazah cakap atau baca tulisan ni diorang kena pindah ke? Satu tempat kat Genting keseluruhan Genting busuk tak elok le cakap camtu... kannnnnnn

Prettywrite said...

owhh..teringin nak g genting sebab nak g main2 tuh..tp lebih teringin nak g cameron sbb rasa tnang jer..apa2 pun 2,2 tak penah sampai..hehe

Bui Junaidi said...

BUI PERNAH PERGI SEKALI DGN HUBBY DAN ADIK..PERGI PUN SEKEJAP JER..

dwaty said...

tempat pelancongan yang banyak kes kemalangan ialah genting... hanya ALLAH yang tahu kenapa... tapi kalau pikir logik... betul juga kata ustazah tu...

cikji said...

nsb baik cikji xpenah trpkir nk g sana sbb jns xminat games2 smua.sejuk tuh mmg best tp better g cameron,leh gak petik2 bunga

Ann Ishak said...

dah lama jugak tak naik genting, ada keinginan jugak nak naik lagi...tapi cahaya kesedaran terpancar sudah, thanks for perkongsian nasihat tu...cukup berkesan untuk difikirkan semula

Juliet_iRa~" said...

dl ira pnh g ngan kakak n jiran..

tp blk hari je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...