Friday, March 16

Jangan Berprasangka Buruk

Assalamualaikum....

Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain apatah lagi pencipta kita. Kadang-kadang apa yang kita 'sangka' tak seperti yang kita 'sangka'kan. Mendalam maksudnya.

Dengan manusia pun kita disarankan berprasangka yang elok-elok sahaja. Jangan membuat penilaian berdasarkan satu kekurangan yang kita nampak. Contohnya la, tengah jalan-jalan tiba-tiba terserempak orang gila. Mulalah kita membuat andaian yang pelbagai. Mungkin antaranya; orang ni mesti banyak dosa, orang ni mesti keturunan gila, ni mesti pembalasan dari Tuhan.

Hati kecil kita kadang-kadang cepat membuat telahan yang belum tentu lagi kebenarannya. Kadang-kadang hati kecil bersifat penghasut menghasut, orang tu mesti tak suka kat kau. kau jangan kawan dengan dia. dia berpura-pura je tu baik. 

Tak kira di dunia nyata mahupun maya, kadang-kadang kita suka berprasangka buruk. Aku sendiri pun tak terkecuali sebagai manusia biasa, tapi cepat2 tepis perasaan negatif tu. Tak mendatangkan kebaikan buat apa dilayan, bersorak girang la si syaitan durjana.

Salam Jumaat, sama2 kita buangkan perasaan buruk sangka. Bersangka yang elok2 je. Pinjam kata2 Ustazah Siti Nor Bahyah, "Anda buat, anda dapat".

23 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga2..aminn..

xelok perangai cam tu kan..sy minta maaf lau ada wat camtu pd akk ya.

puteri kasih said...

sentiasa perlu bersangka baik :)

|| NaFiRaa || said...

betol tuh~ x baik berprasangka buruk.. sy pon kadang2 terikut jugak dengan hasutan syaitan durjana tuh.. :)

C'Jai said...

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih..
:-))

Qhaifa Nur said...

bila hati tenang, jiwa kita pun tenang...
biarlah mereka buat pada kita...

MulutPayau said...

akak pun kadang2 ada jugak perasaan buruk sangka trhadap orang...mmng kena cepat2 tepis perasaan tersebut....

HeNRieTTa JoSe said...

btl 2....ramai juga yang suka salah sangka...rietta pown kadang2...

Ros said...

Salam Aishah,

ya betoi tu Aishah... jangan dok perasangka buruk kat orang sebelum kita tau apa kebenarannya kan....

Daddylicious said...

betul tu sangka yg baik2 jer...

Arpiiz said...

hmm, nampaknya nak kena ubah ni..

Bui Junaidi said...

BERPRASANGKA BAIK ITU OK,MENYANGKA SEMUA ORG BAIK ITU TIDAK OK..*_*

C`ayob.com said...

sebagai manusia tak lari dengan perkara tu.....kan!

Juliet_iRa~" said...

btol2..

kdg2 ira pnh terdetik nape org ni jd camni..tp cpt2 tersedar..tak baik...kita ni blm tentu lagi..huu

kak thankss..akk dkt ngan ptrajaya ke?hee..tu la ira konvo hari kerja..tp sbb kami cuti sekolah kan..:)

Gen2Merah said...

berprasangka buruk sentiasa menghitamkan hati.. jauhi sifat tercela sebegini.. sama2 kita tanamkan minda yang positif sesama insan..

salam ukhuwah salam persahabatan.. Fllwed 612 (",)

alya_sygs said...

btol. jgn prejudis dgn orang lain.. xbaek :)

O CIKTEDDY said...

insyaAllah..sentiasa brusaha ke arah itu =D

Ann Ishak said...

sentiasa thing positive, insyaAllah jiwa kita jadi tenang

Prettywrite said...

tak terkecuali lah yana pun berprasangka kat orang..ya lah kita tengok jer kita msti dah nilai org tu macamana..tp bila dah kenal baru kita tahu ramalanku salah belaka..hehe..first impression kata org..asal jgn buruk2 kan org sudah lah..

nazirah said...

betul tu kalau bole think positive kan..

Totie@Tomy said...

syaitan selalu memikirkan jalan untuk menyesatkan manusia..

Teenager Housemaid said...

betul..
kita kena sentiasa berfikiran positif and baik2..

Sam Banjamin said...

tak baik berprejudis ni.. rosakkan hati... setan tepuk tangan..

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/gila-kuasa.html

Izan Ishak said...

setuju sangat2 tu. kadang2 kita ni nmpak apa2 pun dah timbul prasangka buruk. mudah2an kita akan beringat selalu... takmau terus prasangka buruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...