Assalamualaikum....

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan atau dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dan menjauhi kemurkaan Allah sepanjang menjaga mereka ini nescaya dia akan beroleh syurga.” Riwayat al-Tirmizi. (sumber----Wanita Islam)

Sesiapa yang ada anak perempuan, saudara perempuan jagalah mereka sebaiknya. Besar ganjaran yang korang akan dapat kat dunia lagi satu.

Tapi...sekarang ramai yang tak ambil peduli, kadang-kadang mata mereka buta tak nampak ganjaran yang abadi, yang mereka nampak hanyalah beban duniawi.

Adik perempuan dua orang yang sepatutnya di bawah tanggungjawab mereka selepas bapa meninggal dunia tak diambil peduli. Susah senang mereka sendiri yang rasa. 

Kalau tak mampu daripada segi harta, mungkin boleh bertanya khabar dan memberi sokongan moral semampu yang boleh. Asalkan saudara perempuan tersebut rasa diri disayangi dan rasa masih ada yang sudi ambil peduli. Bukan wang ringgit semata-mata menjadi keutamaan.

Dan yang lebih pelik, orang lain yang tak berkaitan berlumba-lumba membantu dan mencari pahala. Alhamdulillah walaupun bukan saudara sendiri, tapi mungkin menagih simpati orang lebih mudah daripada saudara sendiri...

Kepada sahabat semua...terutama lelaki jalankan tanggungjawab korang. Jangan lupa korang pemimpin, jangan sia-siakan apa yang telah dipertanggungjawabkan.  Sekadar peringatan dan cetusan rasa.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative