Assalamualaikum...

Dua benda ni sering mengasak minda terutamanya untuk adik-adik yang masih belajar. Yang mana satu akan menjadi priority jika terpaksa memilih antara keduanya? Kalau dulu aku akan pilih cita-cita, tapi sekarang akan kupilih kedua-duanya. Ewah2... Tamaknye....

Cinta.... Satu perasaan yang sangat luhur yang memang semua manusia normal akan merasainya. Cinta terhadap manusia, alam sekeliling dan cinta paling utama terhadap Allah SWT. Berbicara mengenai cinta terhadap manusia yang berlainan jantina, pastinya banyak hujah-hujah yang akan dilemparkan. Kebaikan serta keburukan semuanya akan terhujah.

Cita-cita.... Setiap manusia pasti memasang angan-angan yakni cita-cita untuk masa hadapan yang lebih sempurna. Manusia yang memiliki cita-cita selalunya pasti berusaha sedaya upaya untuk memastikan cita-citanya tercapai ataupun sekurang-kurangnya berusaha sedaya mungkin ke arah cita-citanya.

Pendapat peribadi aku, cinta dan cita-cita dua perkara yang berbeza. Tak salah bercinta dan dalam masa yang sama mengejar cita-cita.

Walaupun sesetengah orang mengutarakan bahawa cinta dan cita-cita tak boleh seiring seperti pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Cita-cita yang dikejar tak dapat, cinta yang dikendong pulak berciciran. Ataupun cinta yang dikejar tak dapat, cita-cita yang dikendong berciciran. Erm semua tu ada penjelasannya dan bergantung pada individu itu sendiri . Ada sahaja yang dikejar dapat dan yang dikendong tetap kemas malah bertambah utuh dikendongan.

Buktinya ramai yang sedia memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri malah sebagai ibu/bapa ketika masih mengejar cita-cita. Dan kebanyakan mereka lebih berjaya.

Sebabnya mereka sudah nampak apa yang mereka perjuangkan, mereka sudah lebih bertanggungjawab untuk keluarga dan mahu yang terbaik untuk keluarga. Mereka mahu cita-cita yang dikejar menjadi sesuatu yang berbaloi untuk cinta mereka, untuk diri mereka. Matlamat hidup mereka sudah lebih nyata.

Cinta dan cita-cita.....kena caranya maka seiring dan sejalanlah kedua-duanya tanpa sebarang kerumitan yang serius. Apapun setiap individu punyai penjelasan dan alasan berbeza. Kalau korang?

***************
Meminjam kata-kata pensyarah aku dulu. "Kalau anak-anak nak kahwin walaupun masih belajar bagi je lah. Kalau tak nanti mulalah buat kes;bawak perut la,tangkap khalwatlah. Tak pasal-pasal kena buang U. Budak-budak zaman sekarang makin halang makin buat perangai."


Aku: Kahwin muda macam orang-orang zaman dulu? Datuk aku kahwin masa umur 18 dengan opah aku yang masa tu umur 14 tahun.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative