Monday, March 19

Celcom Broadband 1Malaysia(1)

Assalamualaikum...

Sekarang dah masuk bulan ketiga guna prepaid broadband SKMM. Sebulan guna secara percuma, ni dah kali kedua topup prepaid broadband ni.

Nak buat sedikit review la lepas dah sebulan guna lepas topup buat kali pertama. So far okey kecuali masalah  salah faham dan penerangan cik celcom careline yang tak tepat tu.

Masa mula-mula topup tu benda macam kat bawah ni yang asyik keluar masa mula-mula connect tu.

Tapi bagi aku tak mengganggu pun, sebab kalau jadi macam tu cuma disconnect je dan connect  balik, selalunya okey je.  (Lepas topup kali kedua ni tak pernah keluar lagi la macam kali pertama dulu). Kalau dibandingkan dengan masa pakai bil dulu, ada masa lebih kronik sebab langsung tak boleh connect langsung.

Quota dia, ni tak tepat sangatlah. Tapi masa mula2 topup bulan lepas tu aku sempat download Vanilla Coklat sampai Episod 5. Pastu aku stop download sebab takde masa. Setakat bulan lepas tu loading dia kira stabil la. Nak main games kat facebook pun boleh. Cuma nak tengok video memang semput la loading dia.

Siapa guna bil mesti tahu azabnye kalau dah capai limit tu, tetambah kalau tengah bulan. Speed slow teramat dan nak masuk blog pun kadang2 tak lepas terutama kalau blog tu sarat dengan widget. Nak main games kat facebook pun belum tentu lepas. Nak berkomen-komen kat facebook pun asyik ketinggalan.

Kalau orang tanya antara bil dengan prepaid ni mana yang okey, buat masa sekarang aku akan pilih prepaid SKMM ni sebab jimat dan tahap dia sama (lebih baik) daripada pakai bil. Ke depan tak tahu la mungkin ada masalah yang kita tak jangka.

Next topup bulan depan. Validity dia akan tamat pada 13/04/2012 jam 9.32 malam. Jangan tak caya ngam2 je pukul 9.32 tu nanti memang dah tak boleh connect. Memang punctual la.
So next month Insyaallah aku review lagi. Kiranya time tu nanti cukup la dua bulan guna secara bertopup.

***********************************

BE dah terbang.... Banyak hari tak online blog ni. Hujung minggu langsung tak hadap. Ish3..

Sabtu hari tu pergi kenduri kahwin. Sakit perut daku akibat makan kenduri. Mujur tak kena CB, setakat sakit je. Moral of story, pergi kenduri jangan mencekik macam aku buat. Hahaa

Sedih tak sempat pergi pesta belon, takde rezeki..... Insyaallah next year ada lagi kita pergi ye (pujuk hati sendiri).

Entry Berkaitan:

17 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

okies,berupdate pasal ni..

t nak tunggu entry seterusnya pula..

Juliet_iRa~" said...

hee..good..

ira pn sm mcm akk..

rs lbih jimat dan xterbeban sgt nak byr bil broadband lagi2 tak dapat gaji ni..wuuuu

ira pn xdpt g pesta belom pdhal dkt je..wuuu..

MulutPayau said...

akak guna bil...mmng azab ...hehehe...

Teenager Housemaid said...

saya pun dah jarang2 online ni..huhuhu

ZORA said...

biasa la 2...huhuhuhu...

Prettywrite said...

teringinnya nak pakai jugak..tp tade laptop pn..pc kat umah pn dah hancuss..tu online kt ofis jerlah..hehe

Bui Junaidi said...

KAK BUI GUNA MAXIS..PAKAI BIL..MMG BETUL KALAU TGH BULAN SPEED AKAN JADI LAMBAT..SABAR AJERLAH

ummiross said...

ummi pun teringin nak pergi pesta belon..tapi takde rezeki tahun ni.

Warna Warni Kehidupan said...

oo.. my sis pun ada beli benda ni, tapi x bole guna, katanya kena register ngan celcom dulu, tapi gi centre dia dia suh gi cawangan lain, gi cawangan lain dia suh gi tempat lain pulak..haish birokrasi betul..sampai skrg x leh guna lagi

Juliet_iRa~" said...

heee..alhamdulillah line dah ok..risau gak ms akk ckp akk call customer srvice tu dia explain lain..wuu

:D

rmai org email ira kak psl skmm ni..tp skang xda stok..harga pon mahal dah tau..untunglah kita y dah guna ni..hee

Juliet_iRa~" said...

kak..update cpt..ngeee ;p

biasala kitorang..haha..bab bgamba mmg sakan..ngee..rmai2 gtu xla malu sgt..hee

:D

L said...

L beli skmm jugak.. ni kali pertama topup.. tiber2 dia mesej sebulan 50... terkejut L.. L pun wat tak tahu.. L topup 25... tgk2 expired dlm 15hr... mknanya betul la 50 sebulan.. teruknyaaaaaa... apa jadi cmni...

jom tambah ilmu..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

Izan Ishak said...

cam menarik bband 1M tu ye..

hehe.. cam tulah kalau gi kenduri, kalau makan tak beringat ada jelah yg jadi. sblm ni k.izan pernah kena jg. sampai gatal2 satu badan. entah apa yg termakan pun tahu..

HeNRieTTa JoSe said...

oooo...cam gitu erk....next month review lg yea....

ps....limit dia brp bytes yea?

Kancil 8349 said...

kancil dah tukar pada maxis...dulu celcom...dah ramai pakai tu yang macam tu

biela bell said...

buat pesta belon sendiri la kak.hehehe ;p

Naziman said...

Saya baru sekali top up ni. ok la juga. puas hati bagi light user macam saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...