Putus cinta boleh menyebabkan seseorang mengalami kedukaan. Lebih teruk kalau orang tersebut tidak cekap mengubati kedukaan yang dialaminya. Macam-macam perkara negatif yang boleh berlaku.

Sedikit tips yang boleh diikuti ketika sedang berduka....
  • Luangkan masa untuk diri sendiri. Tak perlu menjaga penampilan diri, kunci diri dalam bilik dan duduk bersendirian. Menangislah jika rasa nak menangis kerana ia akan memberi kelegaan pada diri dan membantu diri lebih tenang.
  • Pergilah ke gelanggang gusti ataupun gimnasium. Cari punch bag dan tendang sekuat hati seolah2 itu ialah bekas kekasih kita.
  • Bergaya daripada hari biasa supaya menampakkan kita berbeza daripada hari2 sebelumnya supaya dapat menaikkan keyakinan diri. Pergi ke tempat yang sesuai untuk dilawati dan habiskan masa seharian di situ. Lupakan segala yang pernah berlaku.
  • Jangan khuatir kerana patah hati Menurut seorang pakar psikologi, Profesor Petruscka Clarkson, "semakin sakit perasaan kita disaat putus cinta, semakin kuat cinta terhadap bekas kekasih". Moral of story, jangan terlalu sakit hati sangat.
  • Ucap berkali2 kata2 yang boleh menaikkan semangat. Contohnya "saya boleh hidup tanpa kamu" atau "saya tak perlukan lelaki/perempuan seperti kamu dalam hidup saya". Lebih mujarab kalau ianya diucapkan masa kita bangun pagi.
  • Cari buku2 psikologi yang berupaya membantu menyelesaikan masalah dan mengembalikan ketenangan jiwa.
  • Kucing antara haiwan yang dikatakan amat memahami perasaan kita terutama ketika kita bersedih. Sifat kucing yang jinak dan manja dapat memberi ketenangan jiwa dan menimbulkan mood yang ceria. Siapa suka kucing tu bolehlah 'bermanja' dengan kucing.
  • Buang segala barangan yang berkaitan dengan bekas kekasih walupun hanya sekeping gambar. Tak usah menyimpannya kerana takut luka berdarah kembali jika terimbau detik2 bersama. Block facebook bekas kekasih kita...:)
  • Yang paling penting percayalah pada TAKDIR. Tak semua yang kita rancang akan berakhir seperti yang kita ingini. Ada masa kita perlu pasrah dengan ketentuanNya kerana hanya Dia yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Hadapinya dengan tabah dan berlapang dada dan insyaallah kita akan menjumpai hikmah disebaliknya.
**************

Kadang-kadang rasa biarlah terluka di luaran yang nampak parutnya daripada terluka di hati yang tak nampak parutnya. Apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Aku bagi tips macam ni tak bermakna aku putus cinta hokey.....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative