Assalamualaikum....

Kome sedar ke tak bahawasanya tahun ni adalah tahun lompat? Apa kehalnya panggil tahun lompat ye... Ingat katak ke nak lompat-lompat.

Cilok ayat daripada wikipedia "Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.
Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac."
Sumber-----wikipedia

Yup tahun ni bulan februari ada 29 hari berbanding tahun2 biasa. Setiap empat tahun bulan februari akan ada 29 hari berbanding tahun2 biasa 28 hari sahaja. So tahun ni memang tahun melompat ye adik-adik.

Maka tahun ni bolehlah sesiapa yang menyambut hari lahir pada tanggal 29 Februari menyambut dengan jayanya. Maklumlah empat tahun sekali tu. Bukan macam yang lahir hari lain, tiap-tiap tahun dalam kalender ada.

*************

Menunggu 29 Februari sebab nak wish besday kat seorang kawan masa belajar dulu. Memang tak boleh lupalah besday dia sebab empat tahun sekali. Hehee

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative