Assalamualaikum....

Pernah block orang tak kat facebook? Aku ngaku dulu pernah la jugak block orang, tapi bersebab lah. Dah flirt orang lebih2 haruslah kena blockkan...setakat gaduh sikit-sikit pastu nak block orang melampau jugak tu.

Antara sebab yang kukuh nak block orang ialah:

  • Kawan facebook kita tu menggatal semacam je. Cakap merapu je. Kadang2 merapu sampai 18SX. So better la block aje, kang dia post apa-apa yang tak sepatutnya kat wall kita, kita gak yang haru biru.
  • Bekas pakwe/makwe. Heee kan orang kata, buang segala pemberian, mesej, gambar ex kita tu. So kalau kat facebook, setakat unfriend kang tetiba muncul lak kat tepi facebook suggest friend. So jalan terbaik block ajelah. Terus tak jumpa dah....
  • Orang yang tak dikenali dan nampak macam spammer je. So better block je.
  • Lain-lain sebab yang korang rasa patut dan perlu tindakan memblock orang.
**********************
Aku pernah diblock. Sebabnya orang tu pernah bagitahu aku ni terlalu berahsia, gambar pun takde, profile picture pun private. Padahal sebelum ni dia yang add aku sebagai friend. Cuma disebabkan aku buka akaun baru, dia tak puas hati. Sudahnya dua-dua akaun dia block (aku de satu je facebook, satu lagi dah delete...)

Aku boleh perasan dia block aku sebab link nama kat mesej dah jadi tak berlink. Pastu jumpa dia kat facebook kakak aku. Pelikkan bila lelaki rasa tak secured. Ehem2 takut terkantoi ke bang? Takut ada orang nyamar jadi your loved ke? Mula2 sakit hati, lama-lama geli hati. Hahaa senyum....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative