Assalamualaikum....

Lama rasanya tak online blog. Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tak berblog ni. Sebenarnya sibuk berpindah rumah. Banyak benda kena uruskan. Angkut barang pun bertrip-trip. Sampaikan charger laptop pun tak tahu kat mana sumbat.

Dah masuk rumah sewa baru, bawak mak balik kampung dulu. Selesaikan apa urusan yang sempat diselesaikan kat kampung lak. Kena jadi superwoman je rasa tapi aku hanyalah wanita biasa. Huhuuu

Balik kampung sekejap je sebab barang2 kat rumah sewa tak habis kemas lagi dan rumah sewa ni bermasalah. Bayangkan bila buka je mana2 paip, semua paip akan terbuka. Tak pun tengah dok relaks2 tetiba bunyi air mencurah2. Tak boleh stopkan pulak tu, kena bergegas tutup kat meter dia. Tekanan air dia memang problem.

Tadi dah mengadu ke pihak pengurusan, diaorang dah hantar maintenance. Pun tak selesai....diaorang suggest tukar paip shower dan sinki dalam toilet tu. Malas berfikiran tak elok kat tuan rumah. Sebab dia cakap tak pernah duduk rumah ni, terus sewakan. Mungkin penyewa sebelum ni tak peka ataupun tak kisah macam aku ni yang ala-ala perfectionist.

Masih berhutang entry pasal broandband 1Malaysia dan memang tak BW kat blog orang langsung sepanjang tak berblog ni. Insyaallah ada kelapangan rumah anda akan diterjah...:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative