Assalamualaikum...

Ni bukan nak cerita pasal kekasih hati yang berkulit tak berapa nak cerah a.k.a gelap. Kekasih gelap yang dimaksudkan ialah hubungan percintaan yang sorok2 camtu sebab si kekasih hati dah ada komitmen dengan 'kekasih hati' dia sendiri tapi masih nak menggatal gaya ulat bulu.

Mesti ada antara sahabat-sahabat yang pernah mengalami keadaan berkasih dengan kekasih gelap ni. Takpun sedara mara ke, sahabat taulan ke yang pernah berkekasih gelap.

Bila dah sayang semuanya sanggupkan, kekasih orang, tunang orang, suami/isteri orang dah tak kisah. Jadi kekasih gelap pun tak mengapa asalkan masih berhubung, masih ada ayat2 cinta.

Yang tak bestnya berkekasih gelap ni, semuanya rahsia. Nak share dengan kawan-kawan rapat sendiri pun tak boleh sebab takut terkantoi. So apa2 hal memang sendiri2 jelah.

Payah weh nak menjaga rahsia macam tu. So hubungan pun tak ke mana...Alhamdulillah jugakkan, kalau tak dah jadi perampas hak orang lain pulak. Seeloknya elakkan dari berkekasih gelap ni.
**************
Aku nak kekasih yang cerah supaya clear segalanya. Cerah bukan bermaksud putih ye... Hehee

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative