Friday, February 17

Karnival RTC Gopeng Perak

Assalamualaikum....

Moh ramai-ramai pergi RTC Gopeng... terdapat pelbagai pameran yang diatur sempena perasmian RTC berkaitan agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan akan dijalankan oleh pelbagai agensi. . Aku tak sempat explore pun lagi.

Tadi pergi sekejap aje hantar kakak aku bertugas pastu balik umah kawan aku semula. Aku memfollow kakak aku outstation, kebetulan ada kawan dok area dekat sini, tumpang rumah dia sekali. Dah lama tak jumpa pun.

Walaupun aku orang Perak, tapi tak pernah lagi menjejak kaki ke daerah belah Gopeng, Batu Gajah ni. Kira first time la ni. Mengikut kata kawan aku, dulu tempat tu dikenali dengan nama lain (tak ingat le pulak nama apa), kini dah jadi RTC.

Tadi tengok macam luas jugak kawasan RTC Gopeng tu. Memang sesuai sangat nak anjur pelbagai pameran dan event lain. Parking tak tahu ada masalah ke tak sebab daku tak parking pun tadi. Haha petang nanti amek semula kakak aku.

Kemuncak event ni nanti ialah perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Feb. Time tu confirm sesak punyalah, mesti ramai yang menghadirkan diri.

Nak cari RTC ni pun senang je, kalau aku dari Kuala Lumpur exit ikut persimpangan Gopeng, after tol ada trafik light amek ke kanan. Terus je akan jumpa RTC tu di sebelah kanan. Daripada jauh dah nampak tulis RTC kat bangunan dia.

Apa lagi sape yang dekat tu datanglah, yang jauh pun boleh datang.
************
Line internet kat rumah kawan aku ni dapat UMTS/HSDPA tapi line takde bar pun dan selalu tetiba merah Haish sabar-sabar.

18 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

dh byk kali tukar nama kak tmpt tu..

hihi..

p ke t??

biela bell said...

Gopeng?? haiyakkk~~

Miss Nadya said...

ala..nad nk g..:)

tenet lmbp mmg tensen kan.huhu..sabo je lah..

p/s :: jom ikut nad..:D

Ujie said...

oh..ni yg dok heboh2 kat radio.
tapi apa fungsi RTC tu sendiri ek?

Mr.Clive said...

heeee~ dulu mase belajar kat kolej matrikulasi perak,slalu g pekan gopeng...heeheee...rindu pulak tempat tu....:D

Qhaifa Nur said...

kalau duduk kat sanun nak pergi tengok apa yang ada...

man said...

tak berkesempatan.. kerja.

Mishter Izwän said...

baru tahu perak ade daerah gopeng. hehehe, nsib bek jauh. lau tak da pegi da RTC tuh sbb ade peluang kerjaya yg menarik ar tuh

Ati Masrif said...

kak ati ada ke gopeng last yr
itu 1st time dtg sana..pastu
singgah gua tempurung :)

Teenager Housemaid said...

hoho..
jauh untuk saya pergi..hehehe

ILA HonEyBuNNy said...

peluang kerjaya tu la ila nak dengar neh....jobless mcm ila ne..hehehhe

MulutPayau said...

Jauhnya......tak pernah lagi sampai di Gopeng...

Juliet_iRa~" said...

jauhhhhhhhhhh...huuu

Munnafendy said...

nmpaknya boleh lalu je lah....ada hajat ke tmpt lain =)

diana said...

bukan cuti sekolah panjang rasa malas nak bejalan jauh.>:)

Anonymous said...

send la tiket flight..


hehehe..~

Lia Irdelia said...

teringin jugak nak pergi aritu..
tapi x kesampaian.. huhu

Cik Elyn said...

pegi keh? saye ade wat persembahan koir time perasmian tu.. ade tgk x? hehehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...