Ramai yang bekerja sebagai promoter sales yang memerlukan mencari customer untuk mendapat gaji ataupun komisyen tambahan.

Tapi ada segelintir mereka ini yang tidak beretika. Pernah berbincang dengan seorang kawan. Ada antara mereka yang bekerja di bidang itu memang lakukan perkara yang tak sepatutnya untuk mencari pelanggan.

Setakat nak influence dan persuade dengan cara halus dan cakap elok-elok tu takpe lagi. Tapi bila orang menolak dengan cara baik, ada yang tak reti bahasa memaksa dan terus memaksa. Kadang-kadang sampai orang naik menyampah pulak.

Antara kata-kata kawan aku, "diaorang ni melampau la, dah la paksa orang pastu nak pegang-pegang dan cuit-cuit bahu orang pulak".

Ye memang betul ada antara promoter yang menunggu di tangga atau pintu masuk komplek membeli belah cuba menarik minat orang yang lalu lalang dengan mencuit bahu orang. Bagi aku tu tak sepatutnya, sesuka hati nak cuit-cuit bahu orang. Kes dengan promoter ni banyak termasuk la kes masa membelek losyen dulu.

Aku pernah hampir bergaduh dengan seorang promoter sales dulu. Takde niat memperkecilkan orang bekerja sebagai promoter sales ni sebab dulu pun aku pernah kerja sales juga. Tapi cara tu biarlah kena tempat.

***************

Cara terbaik untuk elak daripada promoter ialah buat je muka takde perasaan. Tapi selalunya kalau yang jenis cakap elok-elok aku layan je, siap ucap terima kasih lagi sebab diaorang dah explain something. Kita kena hargai dan hormati kerjaya mereka juga. Cuma yang jenis tak faham bahasa tu je buat meluat.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative