Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni sempat ke Ekspo Buku Islam yang bertempat Dewan Cempaka Sari di Presint 3 Putrajaya. Wow...memang menarik sebab pelbagai jenis bahan bacaan ilmiah ada kat ekspo ni. Pilih je mana yang berkenan.

Dan yang lebih menarik lagi kebanyakan gerai memberi diskaun untuk pembelian buku atau novel dibawah syarikat mereka.

Aku mencari gerai Karangkraf dan Alaf 21 je. Buku-buku bawah Alaf 21 ni diskaunnya 20% dan untuk majalah terbitan Karangkraf pulak diskaunnya 5%. Kat PTS lak diskaun 10%.. Lain2 tak pasti tapi mesti harga lebih rendah sikit daripada biasa la kan.

Memang berbaloi-baloi kalau nak borong buku time ekspo macam ni. Bagi aku buku terbitan Alaf 21 harganya lebih berpatutan dan mampu milik. Tapi masih beli juga buku terbitan syarikat lain pun kalau kandungannya bermanfaat dan menarik.

Tada.....ni la antara buku yang diborong pada hari ni....

So kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan datang tu, masih ada lagi peluang korang sebab ekspo ni berlangsung sampai 4Mac 2012, Ahad minggu depan nun.

Kalau nak jumpa Dr. HM Tuah, datanglah esok ye. Mengikut tentatif Alaf 21 esok Dr HM Tuah akan berada digerai Alaf 21 dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Nak jadual penuh penulis2 kesayangan korang....boleh rujuk kat bawah ye....mana taw ada jodoh dapat jumpa kan...:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative