Assalamualaikum....

Pejam celik, pejam celik dah sebulan lebih daku guna prepaid broadband 1Malaysia yang bawah SKMM punya tu. Ingat nak guna lama cikit baru bagi testi pasal broadband 1Malaysia ni. Ye la guna sekejap je tak berani la nak cerita lebih-lebih.

Dah cukup sebulan ni, nak share la experience menggunakan prepaid broadband ni. Kelajuan dia sama je dengan pakai bil. Kadang-kadang aku rasa macam lebih okey daripada pakai bil. Biasalah bila pakai bil, hujung bulan bila dah cecah limit usage, speed dia akan teramat slow. Tapi prepaid SKMM ni sebulan pertama aku guna memang tak sedar pun dah cukup sebulan (bulan seterusnya tak tahu la pulakkan).

Kelebihan lain ialah memang menjimatkan. Sebelum ni daku pakai bil celcom yang RM68 sebulan tu. Tapi dengan prepaid broadband SKMM ni sebulan baru RM25. Meh kita main calculation.... RM68-RM25=RM43. Save RM43 sebulan. Kalau dua bulan baru RM50. Jimat tu bagi aku....

Nak topup pun tak ada masalah sebab boleh topup macam nombor celcom biasa. So beli topup kat kedai runcit pun boleh, tak ada masalah. Yang bermasalah ialah tak boleh nak topup online bila prepaid dah tamat tempoh sebab tak boleh online dah. Tu je....tapi bagi aku masalah kecik je tu. Banyak lagi cara lain nak topupkan.

Keburukan setakat ni daku tak nampak dan alami lagi.....mungkin bulan-bulan ke depan sape taw kan. Setakat ni Alhamdulillah okey.... Broadband line memang tak fix...perkara biasa kalau tetiba lost connection sekali sekala tu.

Benda alah ni daku beli kat kawan Ira... Ira la yang jadi orang tengah deal. Terima kasih ye Cikgu Ira. Sape berminat boleh la usha kat website ni.... http://broadband1malaysia.blogspot.com/ (ni blog kawan ira tu ye-aku pun tak sure stok dia ada ke tak,dia jual lagi ke tak.apa2 boleh emel tanya la dulu). Sebab dulu aku beli memang Ira jadi perantara...:)

Entry Berkaitan:
Cara Topup Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Celcom Broadband 1Malaysia(2)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative