Friday, February 24

Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?

Assalamualaikum....

Tu dia pagi tadi hangin betul dengan celcom. Dah tak dapat internet macam biasa, mulalah cari alternatif dengan call celcom careline kat 1111 tu. Ye la nak dapatkan penjelasan daripada pihak yang sepatutnya.

Hurm cik yang assist tu cakap celcom broadband 1Malaysia aku guna dah expired dah validity dia. Memula tak faham jugak apa yang dia maksudkan tu. Punyalah dok fikir pastu baru dapat tangkap yang dia nak cakap prepaid broadband ni validity dia macam simkad prepaid biasa tu.

Maksudnya kalau topup RM10 bertahanlah 7 hari, kalau topup RM30 bertahanlah sebulan. So topup RM10 dua kali dengan RM5 sekali  kalau ikut tarikh luput kredit aku memang 19 Februari 2012. Dah beberapa hari yang lepas, tapi aku ignored je sebab sampai mesej prepaid broadband tamat bulan 3 nanti.

Sebelum guna prepaid broadband ni sebenarnya aku pun buat jugak sedikit research. Bukan membuta tuli je beli dan guna. Daripada forum2 dan blog orang aku amek tahu cara nak register, nak topup dan sebagainya.

Cuma satu je aku terlepas nak amek tahu, prepaid broadband ni didaftarkan atas nama sape. Sebab masa call customer service tadi, nyaris terkantoi sebab memang bukan atas nama aku.

So berbalik kepada masalah dengan celcom broadband 1Malaysia, kalau ikut cik tu memang kena topup lah kalau nak surf internet (walaupun aku dah bagitahu dia aku dapat mesej berbunyi: Your service is now activated. Fee:RM25, expires on 14/03/2012 16:03). Tapi aku berat hati betul nak topup sebab daripada pembacaan kat forum RM25 tu memang untuk sebulan.

Benda yang buat aku confius kalaulah prepaid broadband ni sama macam prepaid biasa....

  1. Kalau topup RM30 memanglah valid untuk sebulan. Tapi fee untuk prepaid SKMM ni hanya RM25 je. So balance RM5 memang carry forward kata cik celcom tu la.
  2. Kalau balance RM5 tu carry forward, 5 kali topup cukuplah RM25 semula (kalau topup RM30 sebulanlah). Tapi yang tak logiknya kalaulah ikut validity prepaid biasa, walaupun balance dia terkumpul, tetap kena topup untuk aktifkan validity dia. Yang terkumpul tu still tak valid tempoh sahnya kalau ikut prepaid biasa sebab hanya terkumpul nilai bukan validity. Betol tak kalau ikut logik la...

Nampak tak apa yang aku nak bagitahu? Cekik darahnya celcom kalau betul macam tu. Baik tak payah guna celcom broadband 1Malaysia ni, tak mendatangkan kebaikan pun, menyusahkan ada lagi. Tak menjimatkan kalau macam tu. Prepaid ni data only pulak tu, tak boleh call, tak boleh nak share kredit(kalau tak salahlah). Rugi macam tu je kalau betul macam cik celcom tu cakap la. (Actually aku baru terfikir after dah habis cakap dengan dia. Kalau tak memang aku gasak habis-habisan).

So lepas pukul 9 pagi tu keluar la rumah jugak setelkan semua urusan yang sepatutnya. "Lantak kaulah prepaid 1Malaysia. Balik nanti aku setel masalah dengan kau.... Malas bawak kau sebab kau tengah bermasalah". Hahaa tu antara monolog dalam hati aku.

Petang balik try guna okey je... Tip top je lagi... Dalam hati....mujur aku tak topup macam cik celcom tu suruh buat. Cik celcom ni betul ke idak penjelasan dia tu, macam tak berapa nak tepat je. Tapi salute la dia confident gila meyakinkan aku itu penyebab broadband aku tak boleh connect UMTS/HSDPA.

Hurm.....pagi tadi memang line celcom mengong(bengong) kot... Sebabnya kak aku cakap dia nak request balance pun tak boleh. Tapi cik tu tak tanya pun kat kawasan mana aku dok macam yang selalu customer service lain akan tanya bila cakap internet buat hal...

Celcom customer service punya worker pun tak semua yang tahu pasal semua produk bawah celcom. Kadang2 diaorang ni pandai bercakap je lebih sedangkan info yang diaorang bagi bukan tepat pun. Huhuu sabar aje lah.

*************

Masih menilai celcom broadband 1Malaysia ni dari masa ke semasa....

Entry Berkaitan:
Celcom Broadband 1Malaysia
Cara Topup Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Celcom Broadband 1Malaysia(2)

16 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

baru cadang nak guna celcom ni gak..

postpone dulu la kalo cmni gayanya hehe

ZORA said...

giler,,sekali pikir balik..mmng cekik darah gler la...ermmm mmber zora ade gak pakai broadbnd gini..

Aishah Jahirah said...

jangan salah faham....xcekik drh pun sebenarnya...customer service tu je yg salah fakta.now okey mcm biasa je...heheee

Juliet_iRa~" said...

eh napa gtu?sbb ira guna ok je..
akk jgn topup y 10 sminggu tu...rugi..topup 25 terus utk sbulan..

customer service mmg kdg2 ckp ikut sedap dia pon..dia pon tak tahu apa y kita ckp..iskkkkk..

sblm ni akk private kan blog ke?ira nk msk xleh pon..huuuu

|| NaFiRaa || said...

terus kan update pasal broadband nih k~ tq..:)

HeNRieTTa JoSe said...

camne pe'el bb nieh skank? maseh buat hal lg kew? quota dia lak camne erk?

Ali ghafur said...

kalau guna celcom skmm or celcom 1malaysia boleh di unlimited kan..try tgk blog ni..http://unlimitedquata.blogspot.com/...

Ali ghafur said...

guna vpn boleh unlimited kan quata celcom skmm n celcom 1 malaysia..keterangan lanjut..layari blog ini..http://unlimitedquata.blogspot.com/

Anonymous said...

http://unlimitedquata.blogspot.com/...layari blog ini untk unlimited kan quata celcom skmm n 1malaysia

Cikgu Ayu said...

Kita punya SKMM ni dah tak boleh guna,
lebih setahun. huhu..

potcot kuat said...

tolongggg....... Broadband saya limit da habis apa ptut sya buat?

Raimi said...

cikgu ayu..BB SKMM 2 bkn xleh gune pas setahun..still bleh gune..cume Rm25 sebln 2 utk 12 bln je..pas setahun cm biase blik..dlm rm50..ikut mcm dlm celcom bb skrg nie..2 je..hehehe

Anonymous said...

celcom 1 Malaysia bleh buat mcj n call la... Celcom instanet n skmm yg x boleh... podah! ntah pape jew... org lain pkai ok jew... rm1 1000 mnit call... lol

Anonymous said...

Kak... yang ats 2 SKMM,bkn celcom 1 malaysia... mmg la c bleh call... guna celcom 1 malaysia yg btol2,jimat la...

Aishah Jahirah said...

@Anonymous
Saya tulis berdasarkan pengalaman peribadi saya yang tak mungkin sama dengan orang lain dan keadaan semasa sekarang. Setahun lebih dah entry ni dan saya pun dah tak guna simkad tersebut.apa yang saya tahu semasa saya guna tu simkad tersebut memang dikenali sebagai simkad SKMM @ 1Malaysia.sbb mmg bawah program SKMM masa tu. Dan memang tak boleh call pun sebab data only. rasanya ada salah faham di sini.diulangi entry ni dah setahun lebih ditulis, plan pun mungkin dah berubah dari semasa ke semasa.terima kasih...:)

mohd asri said...

Taip broadband vol hntr ke 22188

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...