Assalamualaikum....

Bila aku yang dah berumur ni dikatakan budak lepasan SPM, dalam hati, "da lama kot aku amek SPM".  Mula-mula kecik jugak hati.

Tapi bila fikirkan semula tergelak dalam hati pulak, ada rupa budak lepasan SPM ke? Erm budak-budak sekarang yang makin matang sebenarnya.

Mana taknya, daripada segi make up dan pakaian mereka memang advance. Umur baru 15 dah nampak mcam 20 an. Sudahnya aku yang tak advance ni pulak dikatakan budak-budak.

Pendapat peribadi aku, tak semua yang nampak matang secara fizikal tu matang sebenarnya daripada segi pemikiran atau psikologi. Yang tak nampak matang secara fizikal tu pun tak semestinya tak matang daripada segi pemikiran dan psikologi.

Senang cerita tengok luaran je matang tapi dalaman still childish (kebudak-budakan). Nampak childish tapi matang je sebenarnya pun ada.

Korang matang tak? Hehee

************
Masa karnival RTC Gopeng tu, daku sempat jalan-jalan mengumpul free gift, lalu depan booth salah satu IPTA...ada seorang kakitangan dia yang assist daku dan tanya, 'dik baru lepas SPM ye'. Daku menggeleng. Dia tanya lagi,  'tengah amek sijil ke diploma ye'. Daku  geleng lagi. Sambil tersenyum daku jawab dah lepas degree.

Lepas tu pergi booth lain orang tanya lepas SPM ye? Daku angguk je... Hahaa. Sesekali nak merasa jadi muda semula.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative