Thursday, January 19

Tips Memilih Jeans Mengikut Bentuk Tubuh

Assalamualaikum

Lama tak bagi tips dah kan. Haha bajet macam banyak je tips dah bagi. Kali ni nak share sedikit tips untuk memilih jeans mengikut bentuk tubuh.

Pinggang Besar

  • Untuk orang yang memiliki bentuk pinggang yang agak lebar, bolehlah memilih potongan jeans  yang agak besar di bahagian bawahnya (wide-leg-cut)
  • Elakkan daripada memilih jeans yang berpotongan tinggi, ketat dan 'baggy'.


Bertubuh Montok

  • Untuk yang bertubuh begini, korang memang bertuah sebab tak banyak masalah dalam memilih potongan jeans yang sesuai.
  • Untuk kelihatan lebih langsing, korang bolehlah memilih jeans berpotongan lurus (straight cut).
  • Kalau nak pakai jeans bercorak, pilihlah jeans bercorak seperti garisan menegak kerana ia akan menampakkan bentuk badan korang yang lebih langsing.


Bertubuh Atlet

  • Pilihlah potongan jeans yang lebar di bahagian bawah (boot-leg-cut) dan berpinggang rendah (low-waisted). Korang juga boleh memilih jeans yang berpotongan lurus (straight-cut).
  • Sebaliknya korang harus mengelak daripada memakai jeans yang berpotongan longgar.


Berpunggung Besar

  • Poket jeans dan jahitan ketara di bahagian punggung seluar jeans boleh membantu memperlihatkan punggung supaya kelihatan lebih kecil.
  • Sebaiknya pilihlah jeans yang bergaris di bahagian pinggul (low-rise-cut) dan berpotongan lebar di bahagian bawah agar tubuh kamu nampak lebih ramping.


Peha Besar

  • Seeloknya pilihlah jeans yang berpotongan lurus dan longgar. Elakkan daripada memakai jeans yang berpotongan 'baggy' atau jeans yang mempunyai garisan lurus dan ketat.
  • Korang juga boleh memakai jeans yang berpotongan 'boot-leg'. 
  • Untuk mengalihkan pandangan pada bahagian peha, bolehlah memakai aksesori di bahagian pinggang atau memilih seluar yang mempunyai sedikit corak di bahagian bawah.

**************
Pasni pakat-pakat beli jeans baru lak...Hehee

25 comments:

Bui Junaidi said...

KAK BUI SUKA JEANS JENIS BOOT LEG..MAYB SEBAB MMG JENIS PAHA BESAR KOT..HUHU

Pen Biru said...

sy ni punggung besar, paha pun besar..so how?hheheh

imie shukor said...

yargh semestinya strait cut.. peha tembam cam farah fauzana..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

hhu,berguna ni..

Onitsuka_hana said...

hana rendah.mak hana kata beli seluar jeans yang bawah kecik. skinny ka tu?

Run Away said...

sy suka pakai yg tak longar sgt...;d....tips bagus ni...;d

Teenager Housemaid said...

dah lama tak beli seluar jeans..
kalau beli pun, main pakai hentam je..hehehe

Mohd Izzar said...

tak ske pki suar jeans :))

ZORA said...

mane2 je la..jnji boleh dipakai..hehehee

Cik Yuyu said...

alamkkk..kite kurusssss..cemnaaa..xde tips punn. :)

Kancil 8349 said...

kancil ndak biasa pakai jeans...

Lia Irdelia said...

susah betul nak cari yg betui2 sesuai..

hehe..
kdg pinggang longgar la..

almaklumlah..
keding sangat,,
heheh

Daddylicious said...

faham2...hehe

YAYA AZURA said...

Susah nk cari seluar sesuai...jeans kebanyakannya size omputih....labuh2..sure kena potong bawah...

Bobo said...

good sharing psal benda ni.. :)

qaseh johanna said...

bagus info ni..tp konpius nk pilih mna satu..semua ciri dia atas ada pd sy kecuali bertubuh atlet!..hahaha

Yatie Awang said...

akak kategeri mana satu ek hahhaa

dwaty said...

susah nak dapat jeans yang betul2 sesuai... paha dah muat, pinggang plak longgar... tu belum panjang lagi... kena plak potong... huhuhu

هانيم إرشاد said...

hehe. tips yang berguna :)

Ros said...

Salam Aishah,

Tq kongsi info yang baik ni...

Juliet_iRa~" said...

hee..sll ira beli straight cut je..ngee ;p

a.samad jaafar said...

yg punggung beso, peha beso..semue beso..pakai track suit je.. ok tak?

Sue Unnie.. said...

kite main rembat jew. asal nmpak mcm jeans bole la. hahaha..

neway gud info. tenkiu for sharing.. ;)

tamlegend said...

hehehe...sy tak pakai jeans sgt.


sy ada je cik aisha...alhamdulillah sihat

MaryaYusof said...

Saya ni kategori mane ek... punggung kecik je... pinggang pun sedang2 je...tp suke pkai jeans yg carrot cut... nampak rock sikit..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...