Memaafkan dan Melupakan

Assalamualaikum....

Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Memaafkan...semudah ucapan, "saya minta maaf" ataupun bahasa lagi mudah, "sorry ye".

Tapi orang yang telah disakiti, dimalukan dan sewaktu dengannya tu bukan semua berhati kristal, sentiasa memaafkan segala perbuatan orang lain terhadap diri.

Walaupun sudah dimaafkan...tapi bolehkah apa yang berlaku dilupakan? Mungkin boleh....tapi bukan seratus peratus. Mulut je cakap, "takpe.saya dah lupakan.anggap je tak pernah berlaku".

Tapi....jauh disudut hati, jauh di minda paling hujung, selagi tak hilang ingatan memang takkan lupa.

Sikap pemaaf tu memang sikap terpuji. Manusia mana yang begitu sempurna hingga tak berhak dimaafkan. Kata-kata manusia yang selalu didengari, "sedangkan Nabi maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia"

Kata-kata balasan yang selalu didengari, "aku bukan Nabi yang begitu mulia nak maafkan orang semudah tu je"

Erm... Setiap orang ada kisah tersendiri yang mungkin tak sama tahap penerimaannya dengan orang lain. Kadang-kadang bila kita maafkan orang, terasa lepas beban yang begitu berat. Urusan dengan manusia ni membingungkan, dosa dengan manusia ni membebankan. Apatah lagi dosa denganNya...
*************
Terima kasih kepada yang sudi singgah dalam dua tiga hari ni walaupun aku tak aktif. Aku tak berapa sihat, punya amalkan segala tips mengelak daripada jatuh sakit, tapi bila dah nak sakit tu tetap terkena. Sakit tu lumrah kehidupan manusiakan.

Comments

Yatie Awang said…
memaafkan seseorang bukan perkara mudah, apalagi kalau benar2 terasa...tapi InsyaAllah kita cuba yang terbaik
Ujie said…
ada perkara yg kita mmg dah maafkan tapi tak boleh nak lupakan. semoga masa boleh membuat kita lupa perkara itu..

*sakit..Allah syg kamu!
tatau nak komen apa..
-_-'
Juliet_iRa~" said…
get well soon kak..:)

memaafkan org lain mmg susah bl hati da dilukai..tp cuba utk memaafkan..

btw, nak mnta maaf pon susah tau kak..heee ;p
MaryaYusof said…
Betul tu, sukar sgt nak memaafkan sbnrnye kalau hati dah terguris... Tp klau dpt memaafkan alangkah indahnye dunia ini kan.. :)
MaryaYusof said…
Take care dear...get well soon~

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing