Tuesday, January 17

Facebook Timeline-Tak Suka, Terpaksa Suka

Ramai ke yang dah bertukar kepada facebook timeline? Aku secara tak sengaja dah tertukar facebook timeline tahun lepas lagi. Dalam masa tujuh hari dia akan auto publish profile lama ke profile timeline suka atau tidak, nak atau tak nak.

So delete/hide la apa-apa yang patut tu sebelum diauto publishkan. Sebab susunan dia secara kronologi memudahkan orang nak godek-godek. 

Aku dulu gila main game, so setakat publish game tu lantaklah. Akulah antara manusia yang tak suka update status kat facebook, so tak perlu risau memang takde status pun orang boleh baca..hehehe.

Dengar rumors cakap facebook timeline ni akan diaplikasikan kat semua facebook user gak nanti. So get ready la sape-sape yang tak pernah terlintas nak tukar ke facebook timeline tu. Kemungkinan semua kena bertukar ke facebook timeline secara paksa suka tu ada.

Satu-satunya benda yang aku suka kat facebook timeline ni dia punya cover. Rasa macam header blog lak. Mulalah rasa nak design header untuk facebook lak.

Yang aku tak suka....serabut dan berterabur susunan segala-galanya kat timeline tu. Kadang-kadang sakit mata menengoknya. Dah cuba susun tapi aku rasa buang masa je. Baik aku berblog daripada hadap timeline facebook.
*************
Hai...timeline kat blog boleh ubah, timeline kat facebook tak boleh. Tapi dua-dua offer timeline. Dua-dua pun free...

16 comments:

Azlan Hasan said...

romurs mengatakan FB buat tindakan macam nie sebab nak bagi sesuatu yang baru sebab sekarang G+ dah start meluas pakai..kira nak saing ngan G+ laa..hehehe..

Regards,
-Strider-

Izan Ishak said...

yelah2...kak izan pun tak suka. situasi kita sama je aishah... ada zaman yg tgh gile main game... pastu dah slow. skrg ni rasa malas nak buka FB kecuali utk ping entry dgn iklan churp2 aje...

mR.aSLaN said...

a`a tak suka arr..semak je... baik cam biasa sudah..cool jer

Lia Irdelia said...

saya x suka timeline fb.. serabut..
setakat ni masih lagi yg lama..

Noh Kodiang said...

takbesh r fb timeline...serabut memanjang...

akoo pae said...

huu ea?akoo tak suke timeline tuu..
nnt die jadi jugak ea?

hmm..
tp btol lah.timeline tu bes utk stalk org.ngeh3

Pen Biru said...

sy pun tak suka.nasib baik tak tukar sbb sblm tukar dah riki2 kt wall friend yg dh tukar.memang serabut gila

nuyui a.k.a miss YUI said...

xsuka tgk..hbs citer lama leh tnjuk..aish..geram aje.

TuN TeJa said...

Ia adalah free itu jer yg saya suka,tapi kena byr unifi..hehehe..

Prettywrite said...

apakah itu timeline2 semua?yana dah lama tak on FB..tak tahu perkembangan dah..hehe..

♥AienNajwa♥ said...

fb bese sudey..kang drpd timeline nk change back to normal, dah xboley kan..(^___^)..

Miss Nadya said...

nadia tak suka jugak tapi dh tertukar..huhu..layan kan jerk..:)

Bui Junaidi said...

KAK BUI PUN TAK TUKAR LAGI..MMG JARANG BUKAK FB,LEBIH SERONOK BUKAK BLOG..HEHE

Teenager Housemaid said...

dah lama tak online facebook

MaryaYusof said...

Saya pun xsuke jugaklah... tak boleh ke stay je mcm biasa...pening kepala tgk timeline punya susunan tu...

Juliet_iRa~" said...

hee..ira pon dah tukar fb timeline..tp pon jrg2 update status..ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...