Bila Geraham Bongsu nak Tumbuh

Assalamualaikum....

Kebanyakan orang yang melepasi umur 25 tahun dah tumbuh semua gigi geraham bongsu. Tapi ada juga segelintir yang gigi geraham bongsunya lambat tumbuh. Hingga hampir mencecah 40 an pun masih ada tapi jarang-jarang la. Ada yang umur  akhir belasan pun dah tumbuh semua gigi geraham bongsu. Terpulang kat individu dan faktor pemakanan mungkin juga mempengaruhi.

Bercerita pasal gigi geraham bongsu nak tumbuh ni.... Macam-macam cerita boleh keluar. Ada yang demam, ada yang tak boleh nak makan, ada yang rasa nak lempang orang pun ada dan macam-macam lagilah pengalaman yang berbeza-beza.

Kebanyakan orang pernah merasa kesakitan bila gigi tu nak munculkan, bila daging kat geraham ditolak oleh gigi. Sentuh dengan lidah boleh terasa ada daging yang menonjol. Derdenyut-denyut rasa nak penampar orang pun ada. Rasa macam dah senget je sebelah pipi, bengkak. Macam nak demam je. Tido malam pun tak lena, kejap2 terjaga dek penangan denyutan si geraham bongsu ni.

Sedikit tips untuk kurangkan kesakitan masa proses gigi tu nak tumbuh sepenuhnya:

  • Jagalah kesihatan mulut secara maksimum. Berus gigi setiap kali lepas makan or at least berkumur-kumur dengan listerine (takkan nak bawa berus gigi ke opis or kolej lakkan). Malam dan pagi wajib berus gigi dengan cara yang betul. 
  • Untuk yang alah dengan listerine macam aku ni, boleh berkumur-kumur dengan air garam. Tak pun nak berus gigi, letak sedikit garam atas berus gigi dan berus macam biasa.
  • Pergilah jumpa dentist untuk dapatkan nasihat. Kalau sakit dia akan bagi ubat tahan sakit dan ubat kumur. Dan dentist akan cek mana tahu gigi geraham bongsu tu memang bermasalah. Kadang-kadang dia tumbuh menyongsang, takpun rahang tak cukup lebar so memang gigi tu tak ada ruang nak tumbuh dengan sempurna.
Apa yang aku tahu, gigi geraham bongsu ni sebenarnya takde fungsi sangat pun. Dia merupakan gigi paling hujung yang tumbuh kat geraham. Kebanyakan kes, gigi geraham bongsu tu terlindung dan susah untuk diberus sehingga mengumpulkan sisa makanan dan menyebabkan gigi berlubang. Sebab tu kalau bermasalah memang dentist suggest suruh remove je kalau takde apa2 komplikasi lainlah. 

************
Gigi geraham bongsu sebelah bawah kanan tengah nak tumbuh ni. Sakit wooo....dah dua tiga ari tak lena nak tido pun. Nak buat apapun serba tak kena.

Entry lain yang berkaitan:
Gigi Geraham Bongsu Berlubang (2013-berlubang gigi bongsu akhirnya)
Surgery Geraham Bongsu (September 2013-minor surgery untuk remove geraham bongsu)

Comments

mcm tak tumbuh lg aje ni..hihi.
ieda said…
tapi demam tuu dah sinonim sebenarnya .. ;)
Kancil 8349 said…
memang sakit tapi ia baik juga sebenarnya
MulutPayau said…
memang sakit...akak dulu sampai demam....
Ujie said…
akak kena masa umur 31. sakitnya teramat sgt, berdenyut..satu bdn rasa lemah. lps tu akak kumur listerine- kerap & byk.

jumpa doc dia soh buat pembedahan kecil buang gigi tu..takmo sbb takut! just mkn pil tahan sakit.
lastly slps hampir 1minggu terseksa..sakit tu berenti. smpai skrg dah 2thn okey je.
nazirah said…
eh eh kte pun da.. ari tu saket kan kan kan..sbr ye.. hee ;)
O CIKTEDDY said…
haih,bru nk tumbuh?huhu
Kancil 8349 said…
datang singgah ke blog kamu...selamat pagi
HeNRieTTa JoSe said…
huhuhu....semua orang bilang sakit....ader yang sampai kena operate....blom tumbuh lagi.....xnak tumbuh....xyah tumbuh....skang ada 28 batang gg pown makan kenyang jew...huhuhu....
ZORA said…
mmng sakit la...
Azlan Hasan said…
paling tak suka time gigi nak tumbuh...hehehe

Regards,
-Strider-
Lia Irdelia said…
eh,,eh..
saya belum tumbuh lagi..
hehehe
Prettywrite said…
belum tumbuh jugak lagi geraham bongsu..hehe..kalau sakit tak tumbuh pun takper lah..kui3..

tahniah!
http://prettywrite.blogspot.com/2012/02/keputusan-lucky-draw-prettywrite-7.html
MaryaYusof said…
Akak smp skrg kdg kala sakit dekat geraham bongsu tu... dulu doc suruh buat minor operation buang, tp bile dtg balik doc ckp xperlu pulak...ntah, biar jelah...cuma, bila mkn tu kena hati2 lah takut tercedera & sakitnye tuhan je yg tahu kan...
ILA HonEyBuNNy said…
ila tak tumbuh2 lagi...adehhh takootnya..kang dia tumbuh mst sakit..huwawa
Anonymous said…
tgh menanggung sakit dah 2 hari...gigi tak habis tumbuh lg dah 6 thn..sabar2 je...kalau sakit tu dtg,at least 1 week la tahan..
YunaFeyka Lee said…
Uhhh! mmg sakit!! memandangkan bln puase skrg, mmg skrg ni sdg mnanggung ksakitan tumbuh gigi bongsu di sblah kanan nk kne tggu semggu gak la ni huhu. Semggu yg lps sblah kiri yg sakit, skg da ok. Betol2, kerap kumur2 dgn air garam mmg dpt mgurangkan bengkak. :)
hm :( i baru nak tumboh,otw katanya. denyut2 rasa.makan pon kena sopan,tak boleh dah nak rakus2.makan makanan yg keras pon tak boleh.terasa isi gusi tertonjol,bila guna lidah. brape lame mase dia nak tumboh ye?
ruzimah zimah said…
Saya pun ada . Smpi tak blh nak sklh . Malu nak tunjuk muka ngan member coz muka bengkak .
ruzimah zimah said…
Saya pun ada . Smpi tak blh nak sklh . Malu nak tunjuk muka ngan member coz muka bengkak .

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing