Posts

Showing posts from December, 2011

Say Hai to ishoutmix, bye2 to shoutbox

Image
Assalamualaikum..

Dengan rasminya hari ini shoubox dibuang daripada blog. Semalam tak sempat nak buang, cuma sempat add shoutmix aje.

Nampaknya orang pertama yang rasmikan ishoutmix yang baru ialah saudara Farid...

Niat di hati nak daftar dengan chatbox aje kalau tak jumpa yang seakan-akan shoutbox. Jalan-jalan kat blog orang ada yang bagi testimoni pasal ishoutmix ni. Lagi pun tengok ramai jugak yang dah bertukar dan memilih ishoutmix berbanding chatbox.

Seperti yang sedia maklum, ramai blogger kurang senang dengan chatbox sebab function dia yang tak mesra. Setiap kali pergi blog orang nak tinggal jejak terpaksa taip nama, url, mesej. Memang leceh...

Tapi function ishoutmix ni lebih kurang shoutbox gak, nama dan url tu still ada selagi tak clear browsing. So itu memudahkan kita dan orang lain nak tinggal jejak. Sape2 nak daftar dengan ishoutmix tekan sini---ishoutmix

Aku: Biarlah ishoutmix ni kekal free tak macam shoutbox.

Cuti Panjang...*_*

Image
Assalamualaikum....

Selamat pagi semua. Semoga semuanya ceria di pagi hari, senyum hujung minggu ni cuti extra sehari lagi sempena hari natalkan. So mesti ada yang ambil kesempatan berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Aku pun akan bercuti panjang bersama family sehingga tahun depan. Cuti Christmas bersambung dengan cuti tahun baru. Tapi Selasa nanti baru start segala aktiviti. Sekarang ni berjalan la dekat-dekat sini dulu.

Sepatutnya hari ni balik kampung kalau ikut agendanya. Tetapi ada perkara penting yang perlu diuruskan so tundalah tarikh nak baliknya.

Takpe biar lambat asal selamat. Nak kuar gi jenjalan dulu, sebelum tu jenguk blog dulu. Kalau sempat BW kejap pun jadilah.

Salam berhujung minggu untuk semua.

Untuk Penggemar Kucing

Image
Assalamualaikum....

Dalam gambar kat atas tu kucing bapak saudara aku. Muka gengster gila mamat sekor ni. Haha agak gengster la jugak, tapi kadang-kadang berhati bunga-bunga dalam taman gak.
Rekod kejahatan paling hebat pernah menggigit kaki opah aku sampai opah aku tak boleh jalan berminggu-minggu (tapi opah aku tetap sayang dia). Kejahatan kecil-kecilan mencalar balarkan tangan aku, membenamkan gigi dia yang besar tu kat tangan aku. Pastu aku sekeh dia lari. Har3
Okey la, aku selalu la stalk kat blog-blog di bawah bila ada kelapangan dan bila rindu kat kucing. So kepada yang suka kucing jom jenguk blog-blog ni:

1) http://kucing2terbiar.blogspot.com/
Ni blog Papa Meow.. Ramai kucing-kucing Papa Meow ni. Kebanyakan kucing beliau bela adalah berasal daripada kucing jalanan/terbiar. Tapi dah gemuk dan comel dibawah jagaan PM ni...

2) http://kakimotong.blogspot.com/
Blog ni kepunyaan Papa Hero. PH la yang telah menjaga seekor kucing yang dipotong kedua-dua tangannya iaitu Hero ataupun I…

JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA

Image
Assalamualaikum...


Bila tengok ranking alexa aku, memang teruk rasanya. Aku pun tak berapa nak faham pasal alexa ni. Tak pe kita join dulu sambil-sambil memahamkan diri.
Sesiapa yang berminat nak join silalah klik banner di atas tu. Nak tahu lebih lanjut mengenai segmen ni pun silalah klik banner di atas. 
Tarikh tutup penyertaan 1 january 2012.

Renungan Bersama: Marilah Bertaubat

Image
Assalamualaikum...
Taubat merupakan jalan penyelesaian kepada kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Oleh itu kita hendaklah bertaubat segera kepada Allah atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.
Dan tidak diterima taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan sehingga apabila tiba ajalnya maka barulah dia berkta, "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang". Dan tidak diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah kami sediakan seksaan yang pedih.~Surah Al-Imran, ayat 18~

Allah maha pengampun dan penyayang, sentiasa menerima taubat hambanya yang menyedari dan menyesali kesalahan yang telah dilakukan.

Taubat yang diterima oleh Allah ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang disertakan dengan beberapa syarat iaitu:
Menyesal di atas kesalahan yang telah dilakukan.Mencemuh diri kerana melakukan kesalahan ituMemohon maaf daripada orang yang terlibat atau mengganti kerugiannya jika kesalahan itu berhubung dengan orang lain.Memohon keampu…

Terpaksa Hipokrit

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi...
I've learned ... .. To endure suffering, To hide pain and to laugh with tears in his eyes .... Only to show the other, that I'm "good" is and to make them happy ...
Aku: Kadang-kadang terpaksa bersikap hipokrit demi menjaga, memuaskan hati serta menggembirakan hati orang lain. Kadang-kadang terpaksa melukakan hati seseorang untuk menjaga hati orang lain.

Tips Memikat Hati Dengan Tiga Perkataan

Image
Assalamualaikum...

Dengan perkataan je orang boleh terpikat dengan si pemikat. Macam orang cakap, ayat mesti mau power. Power sangat sampai cair hati si pendengarnya.

Saya ada disini
Berada disisi orang yang disayangi disaat mereka memerlukan dan memberi kata-kata semangat adalah perkara yang penting. Sentiasa menyatakan serta mengingatkan mereka kita sentiasa ada bersama mereka tidak kira apa sekalipun yang berlaku.

Saya Rindu Awak
Dengan mengucapkan perkataan ini kemungkinan hubungan boleh diselamatkan dan diperkukuhkan sekiranya pasangan jujur dalam mengucapkan Saya Rindu Awak. Perkataan ini mampu membuatkan pasangan rasa mereka diperlukan dan disayangi.

Saya Hormati Awak
Menghormati adalah salah satu cara lain untuk menunjukkan kasih sayang dan rasa cinta. Rasa saling menghormati akan membuat pasangan bertambah yakin sesama sendiri dan rasa dipercayai.

Mungkin awak Betul
Perkataan ini sangat sesuai diucapkan ketika pergaduhan atau perselisihan pendapat. Dengan mengucapkan perkataan in…

Saya Sertai Bloglist Miss Nadya

Image
Assalamualaikum...

Semalam lagi nak join tapi tak free. So dah free ni terus buat entry ni. Berjaya gak menjoinkan diri-lama tak join benda-benda macam ni.

Kepada yang berminat nak join bolehlah klik banner kat atas tu. Jom join beramai-ramai jom...:)

Aku dengan ini meng'tag'  Dieya dan Cik Nurul...

p/s: Blog Nad memang dah ada dalam bloglist...;p

Bentuk Badan Wanita

Image
Assalamualaikum...

Bentuk badan wanita ada banyak jenis dan ianya pelbagai. Tetapi secara umum terdapat lima jenis bentuk badan yang selalu dipadankan dengan wanita. Ni bercakap pasal bentuk badan sukalah lelaki ye. Okeylah lima bentuk badan tersebut ialah:

Bentuk Jam Pasir (Hourglass) Ini dianggap sebagai bentuk badan yang sempurna. Ukuran dada dan pinggul adalah hampir sama dan ukuran dipinggang lebih kecil. Bentuk hourglass yang sempurna di mana perbezaan antara pinggang dan dada serta pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya 9". Ni macam bentuk duyung tu kot..

Bentuk Pear Jika terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara pinggul dan dada tetapi hampir tidak ada perbezaan di antara dada dan pinggang, itulah bentuk pear. Pinggul selalunya dua inci atau lebih besar daripada dada serta pinggang adalah kurang daripada 9.25" lebih kecil daripada dada. Ni lak macam kerengga kot, ke kerengga tu bentuk hourglass, konpius lak.

Bentuk Pembaris Hampir tidak ada perbezaan dari segi uk…

Semuanya Kerana Cinta

Image
Assalamualaikum...

Kata-kata Hikmah:

Jika kamu cintakan seseorang, biarkan dia pegi... Jika dia kembali kepada kamu, dia adalah milik kamu. Jika tidak, dia tidak ditakdirkan menjadi milikmu.Tak semua orang boleh terima hakikat cinta itu bukan miliknya. Ada yang separuh mati berusaha mendapatkan cinta yang sah-sah bukan miliknya. Ada yang sepanjang hayat hidup bersama kenangan cinta yang tidak akan menjadi miliknya.

Ada yang terus berharap cinta itu akan kembali kepadanya semula. Menunggu dan terus menunggu sesuatu yang tiada kepastian.

Ada orang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang tersayang, manakala ada orang yang tamak dan tidak mahu kehilangan orang yang tersayang sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal termasuk memaksa orang mencintai mereka walaupun secara paksa.

Aku: Kadang-kadang cinta kepada manusia membuatkan orang hilang arah. Semuanya kerana cinta....

Jaga-jaga...

Image
Assalamualaikum...
Jaga fikiran anda kerana ia mungkin menjadi kata-kata anda. 
Jaga kata-kata anda kerana ia mungkin menjadi tindakan anda. 
Jaga tindakan anda kerana ia mungkin menjadi tabiat anda. 
Jaga tabiat anda kerana ia mungkin menjadi watak anda. 
Jaga watak anda kerana ia mungkin menjadi kebiasaan anda.

Aku: Cuba jaga segalanya setakat yang termampu.

Celcom lagi.....

Image
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Ada sape-sape yang guna broandband celcom tak? Korang punya ada masalah macam aku ke tak? Semenjak dua menjak ni celcom kerap buat hal. Nak tukar broadband lain nanti terus tak dapat line lak, talian tetap lagilah tolak tepi buat masa ni.

Masalah utamanya slow gila broadband celcom sekarang ni. Dah la tu, menyakitkan hati betul bila pages dah cannot be display bila di refresh asyik keluar maklumat bil aje. Dalam hati sebuk ajelah haih. Macam orang tak bayar bil je. Nak back balik dah tak boleh lak tu. Grrr...



Slow pun slow la... Asal boleh jalan-jalan blog orang gak. Take time lebih sikit dari biasa pun takpe la.

Aku: Bukan blog walking dah tapi dah jadi blog rangkak..Hihi

Senyum Dapat Bonus

Image
Assalamualaikum....

Kakitangan kerajaan hari ni senyum meleret sampai telinga la, hari nikan gaji sekali dengan bonus. Gerenti penuh supermarket, hypermarket, kedai-kedai dengan orang hari ni, minggu ni.

Tapi biasalah duit, bagi le banyak mana pun kalau tak beringat memang cepat je susut. Duit ni kalau nak ikutkan memang tak pernah cukup. Ada je benda yang kena beli, ada je benda yang kena digantikan. Ada je yang rosak time-time gaji ni. Itu perkara biasalah kadang-kadang tu.

Ada yang amek kesemptan untuk belanja family makan, shopping beli apa-apa yang patut. Apapun  family tetap la menjadi keutamaan.

Tapi jangan lupa ye....simpan la duit bonus tu sikit buat simpanan di waktu terdesak kemudian hari. Belanja pun belanja gak tapi jangan la berhabis pulak. Ye dak...

Aku: Tumpang bonus orang aje... Haha

U Punya Kulit Hitamlah

Image
Assalamualaikum....

Hari ni sibuk keluar mencari rumah sewa lagi. Pagi-pagi dah keluar, lewat petang baru sampai rumah. Alang-alang keluar kira outing sekalilah dengan family. Balik singgah Tesco kejap.

Pergilah bahagian lotion, saje je belek-belek lotion kat situ. Tabiat suka membelek memang dah sebati nak buat macam manakan. Hajat kakak aku nak rembat satu lotion yang rasa berkenan. So aku belek ajelah kejenya.

Masa tengah belek lotion-lotion tu datang la seorang promoter ni, promote itu ini pasal lotion tu. Aku nak tak nak je dengar, aku bukan tak suka promoter tapi aku tak suka bila diganggu bila tak perlu. Rimas rasanya, pegang apa je mesti dia nak explain. Okey takpe biarlah dah kerja diakan.

Lagi dia membebel cakap lotion tu untuk hilangkan parut dan memutihkan dan apatah lagi. Dah lama-lama aku pun nak angkat kaki dari situ. Masa nak berlalu pergi tu, ayat dia buat aku terkesima.

"U punya kulit hitamlah"

Dalam hati aku minah ni nak cari gaduh ke apa. Spontan aku jawa…

Goreng Pisang ke Pisang Goreng

Image
Assalamualaikum....

Goreng pisang ke pisang goreng yang betul ni? Dua-dua pun betul tapi tengok kesesuaian ayat tu lah dengan apa yang kita maksudkan. Bukan apa kadang-kadang aku pun main cakap hentam kromo aje. Bila fikir balik, eh salahlah, teruknya Bahasa Melayu aku.

Ni berdasarkan kefahaman aku:
Goreng pisang-merujuk kepada perbuatan.
Contoh:Kak Mila sedang menggoreng pisang ketika saya pergi ke rumahnya. Pisang goreng-menunjukkan bahawa pisang tersebut telah siap digoreng
Contoh: Pisang goreng sedap dimakan ketika masih panas kerana ianya lebih rangup.
Aku: Eh layak tak jadi cikgu Bahasa Melayu? Hahaa

Cara buang navigation bar / navbar

Image
Aku nak berkongsi cara yang aku guna untuk sembunyikan navigation bar. Kiranya tutorial buang/sorok navigation/navbar la ni. Bukan apa nanti aku sendiri lupa apa aku buat. Kat Dashboard, klik Design, Pastu klik Edit HTMLSebagai langkah berjaga2 boleh Download Full Template dulu.Tick kat kotak Expand Widget Templates.Lepas tu tekan Ctrl+F untuk mencari kod  /* Variable definitionsDah jumpa kod kat atas silalah pastekan kod ini #navbar-iframe {display: none !important;} sebelum kod /* Variable definitionsPreview dulu dan kalau takde sebarang error, bolehlah tekan saveSebagai panduan boleh rujuk gambar di bawah:

Aku: Kalau perasan aku dah buang navigation bar kat blog. Kenapa buang ye? Sebab ada keburukan nagivation yang kita tak sedar. Antaranya ialah siapa-siapa yang follow menerusi follow button kat navigation bar tu, kadang2 ianya tak berfungsi pun. Aku dah pernah terkena dulu, beria cakap kat orang dah follow tapi rupa2nya tak follow pun lagi. Haish.... Antara sebab lain ada rakan bl…

Lirik Lagu Ombak Rindu

Image
Lirik lagu Ombak Rindu, nyanyian Hafiz dan Adira **Download mp3  Lagu Ombak Rindu-4shared
Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku Hanya ingat Kamu kala dukaku Namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku Untuk dirinya yang jauh dariku Agar dia tidak kesepian Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku Yang mengalir membasuh lukaku Agar dia tahu ku tersiksa Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terimaku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisiku

Aku: Best ke lagu ni? Simple sangat lagu ni pada pendapat aku. Mujur suara penyanyi sedap dan mantap kalau tak, tak best jugak rasanya.

Kalau Salah, Minta Maaf

Image
Assalamualaikum...

Lama rasanya tak dapat jenguk blog dan sahabat-sahabat semua. Saya sudah kembali... Tapi penat yang teramat dari pagi drive, rehat kejap petang sambung drive lagi semalam, malam baru sampai umah. Aku bukan superwoman, memang bukan pun.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang di kampung dan semestinya banyak ketinggalan mengenai perkembangan blog sahabat-sahabat. Tarik nafas sat baru BW ke blog-blog orang.

Asal balik sebab ada urusan dengan pejabat tanah. Mana taknya dah sampai ketua kampung cari, suruh balik secepat mungkin. Tapi apa yang berlaku, rupa-rupanya tak ada kaitan langsung pun. Tanah tu dah bertukar hak milik, tapi tak tahulah macam mana depa ni buat kerja, tetiba sampai surat suruh amek geran baru tapi masih bawah nama mak aku. Tanah tu dah pindah milik kat kakak aku sebenarnya bulan 10 hari tu.

Tak tahu hujung pangkal (surat kat ketua kampung), ingatkan tanah tapak rumah so baliklah. Rupa-rupanya bukan, nak kata sia-sia tak boleh juga sebab ada hikmah jug…

Balik Kampung Selesaikan Urusan Peribadi

Assalamualaikum....

Saat dan ketika ini aku dah selamat berada di kampung halaman. Tengah hari tadi sampainya. Kepenatan dan keseronokan dah tak tahu yang mana. Sape tak seronok balik kampung halaman kan, tempat dibesarkan.

Tak tahu lagi bila balik KL semula tapi kalau tak hari Rabu, hari Khamis la. Dan apa yang pasti kat kampung aku ni dapat EDGE (2.5) je paling tinggi kalau guna celcom la. Sape guna maxis rasanya 3G dapat sini.

Dan yang tak bestnya broadband register kat KL ni bila balik Perak dia selalu sangkut-sangkut dan susah teramat nak connect. Kalau sepupu aku punya broadband dia memang duduk area Perak gak, balik kampung boleh la guna gak dan laju jugaklah walaupun GPRS/EDGE.

Call customer careline celcom pun tak dapat selesaikan. Tak puas hati gak padahal dua-dua pun celcom, packages pun sama aje kalau tak salah aku.

Aku: Berjaya post entry ni pun dah hepy. Bukan senang nak connect broadband kat sini. Banyak benda kena selesaikan, rumah dah jadi rumah tinggal biasalah....#_…

Bahasa Budak Sekarang Memang tak Senonoh ke?

Image
Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang mengikuti kes blog budak gigi rabbit tu, yang gunakan identiti palsu untuk membuat blog tersebut dan kemudian membuat satu entry pendek yang menimbulkan kemarahan peminat-peminat fanatik k-pop?

Aku tak nak ulas pasal kes tu, ianya dah jadi kes polis pun dan aku percaya pihak berwajib dah ambil langkah dan tindakan sewajarnya. 
Aku cuma terasa sangat terkilan bila membaca komen-komen kat entry tersebut. Ada komen yang ditinggalkan diselit dengan unsur islamic, siap keluarkan hadis dan hukum bagai, TETAPI ternoda dengan perkataan yang tak sopan dan tak sepatutnya ditulis oleh adik-adik sekalian. (tak cek pulak betul ke tak fakta2 mereka tulis tu)
BABI, BODOH, SIAL, FUCK, MIDDLE FINGER dan apa lagi tah perkataan yang tak sedap didengar ataupun tak sedap mata nak baca. Adik-adik macam ni ke bahasa kamu semua? Bahasa yang kasar dan dah hilang nilai adab sopan.
Seelok-eloknya bahasa kita kenalah jaga adik-adik sekalian. Jangan jadikan bahasa kesat dan kasar s…

Sifat-sifat Sahabat yang Soleh

Image
Assalamualaikum....

Sahabat ketawa dan sahabat air mata kedua-duanya berbeza tetapi tetap sahabat kita. Tak semua sahabat kita jenis sahabat air mata yakni boleh merasa setiap penderitaan dan kesusahan yang kita alami.

Kata-kata Al-Qamah kepada anaknya.... Sifat-sifat seorang sahabat yang soleh ialah...

bila engkau berbakti padanya, dia akan melindungimubila engkau perlukan pertolongan, dia akan membantumubila engkau melakukan kebaikan, dia akan menerimanya dengan baikbila dia melihat kelemahanmu, dia akan menutupnyabila engkau meminta daripadanya, dia akan cuba mengusahakannyabila engkau berdiam diri ( malu untuk meminta ), dia akan bertanyakan kesusahanmubila datang suatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmujika engkau merancang sesuatu, dia akan membantumujika engkau berselisih faham, dia akan mudah mengalah demi menjaga kepentingan persahabatanAku: Tidak ada seorang manusiapun yang boleh menjadi sahabat yang sangat sempurna. Jangan mengjangka sesuatu yang tidak sepat…

Siput Sedut Lagi Laju

Assalamualaikum...

Ni kalau buat peraduan lari macam arnab dengan kura-kura pun best ni. Tapi kita ubah sikit Celcom Broadband punya speed vs Siput Sedut. Amacam mahu cuba jom kita buat case study sape lagi laju.

Dengan keadaan internet yang slow dan nyawa-nyawa ikan macam ni, yang nak masuk satu blog pun punya la azab nak tunggu dia loading habis, aku dengan ini mengumumkan pemenangnya ialah si siput sedut.

Ingatkan sebab nak masuk bil baru internet buat hal, tapi ari ni, 8hb dah bil baru pun makin teruk pulak speed dia. Ini sudah melampau wahai celcom. Kenapalah asyik buat hal je ni, penat taw.

Aku: Di hari Jumaat yang mulia ni, kena gigihkan hati supaya terus bersabar. Sabar....itu adalah ujian untuk diri.

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Image
Assalamualaikum...

Nak tahu apa rahsia disebalik warna kegemaran lelaki? Kat sini dihurai serba sedikit mengenai rahsia warna kegemaran lelaki. Macam biasa ianya tak harus salah dan tak semestinya betul.


Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.

Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning.Warna ini mel…

Muka je Sombong tapi Hati Baik

Image
Assalamualaikum....

Pepatah Bahasa Inggeris mengatakan Don't Judge a Book by Its Cover, pepatah Bahasa Melayu mengatakan Rambut Sama Hitam tapi Hati Lain-lain, Tak Kenal maka Tak Cinta. Ni kenapa tiba-tiba nak berpepatah pulak dah ni.  Haha maksud pepatah tu yang penting sebenarnya.

Ada orang mukanya memang jenis sombong, ada orang mukanya jenis manis, ada orang muka tak de perasaan.

Yang jenis muka sombong tu, terutama yang susah nak senyum sembarangan memang orang akan judge sebagai seorang yang sombong, sukar didekati dan ntah apa-apa lagi la.

Yang muka jenis manis tu, orang akan judge sebagai seorang yang happy go lucky, friendly, senang didekati dan yang baik-baik aje la.

Yang muka takde perasaan pulak orang akan judge dia ni jenis tak berkisah punya la. Buat je la apa kat dia mesti dia buka tak kisah dan tunjuk muka takde perasaan.

Tapi....itukan luaran semata-mata. Pinjam kata-kata Yui, senyum tak bermakna dia gembira, menangis tak bermakna dia sedih. Dalam keadaan tertent…

Mamat Arab Mana Sesat

Assalamualaikum...

Hari tu login akaun facebook, nampak ada yang add. Klik kat profile dia, rasa macam tak kenal je. So biarlah dulu, tak buat apa-apa pun. Baru2 ni tiba-tiba dapat mesej daripada individu tersebut.

Mesejnya berbunyi:
مساء الخير ممكن نتعرف
Yang aku faham : مساء الخير  yang membawa maksud selamat petang. Basic arabic pun aku dah ingat2 lupa weh, kantoi.

Kenapalah ada mamat Arab sesat, mujur ada google translate jadi translatekan aje  la guna google. Mengikut google translate ianya membawa maksud Good evening possible to be introduced. Bahasa google translate biasa la agak tunggang langgang tapi sekurang2nya boleh tangkap apa yang dia nak katakan.

Aku: Gelakkan diri sendiri, perkataan simple pun boleh lupa, tetiba boleh hilang ingatan. Padahal tu bahasa al-Quran. Betullah kata pujangga, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah.

Apa Kes Melintas Dalam Gelap

Image
Assalamualaikum....

Adoyai ada juga manusia yang buat kerja gila macam tu. Semalam on day way ke airport (LCCT) menerusi Putrajaya, adalah jalan yang gelap gelita tak nampak bayang. Kereta pulak semua berdesup laju nak ke destinasi masing-masing.

Nak dijadikan cerita, tetiba je terperasan seseorang sedang melintas jalan. Masyaallah menjerit aku dengan kakak aku terkejut dengan kehadiran manusia tu. Ye la gelap gelita, memang tak nampak pun objek apa  kat depan. Mujurlah manusia tu pakai baju warna oren, kalau pakai baju putih mahu pitam satu kereta kot. Tu pun betul-betul sebelah kereta baru perasan kelibat dia.

Mujur juga tak terbabas sebab terkejut dan mujur juga takde yang berpenyakit jantung. Apa kehalnye melintas jalan dalam gelap tataw la. At least bawalah lampu suluh ke, ni tak dengan slamber tak sayang nyawanya. Dah lampu sepanjang jalan tak menyala, bajet je orang nampak dia nak melintas.

Ni kalau kena langgar pun, memang akan dilanggar beramai-ramailah kot sebab orang bukan …

Bolehkah Arnab Mandi?

Image
Assalamualaikum...

Tersenyum-senyum bila baca keyword yang disearch oleh orang. Bolehkah arnab mandi? Ha sape nak jawab ni? Arnab boleh mandi ke idak sebenarnya.

Adik-adik sekalian arnab memang la tak mandi, sama macam meow2 jugak la, kita tuan dia lah yang akan tolong bagi mandi kalau arnab tu dah busuk or kotor.

Tapi jaga-jaga kuku arnab panjang woo, gigi dia pun tajam. Silap haribulan putus pulak jari kena gigit dengan rabbit. Kang tak pasal-pasal masuk paper muka depan lak dah.

Lagi satu kalau anak-anak rabbit yang masih kecil tu tak payah la nak mandikan diaorang, nanti mati kesejukan diaorang. Yang besar-besar tu pun kalau takde keperluan tak payah la susah-susah payah nak tolong mandikan diaorang. Kecuali diaorang dah kotor dan busuk gila.

Dah mandikan tu tolonglah keringkan diaorang sekali, diaorang ni bukan macam kucing kaki menjilat, cepat je kering bulu. So laplah dengan kain yang meresap air seperti tuala korang tu.

Tapi arnab import mungkin lebih sensitif, so jumpa la do…

Jom Lawan Orang Ketiga

Image
Assalamualaikum...

Entry ni sesuai untuk yang dah berkahwin atau bakal berkahwin. Ala kalau tak kahwin lagipun apa salahnya ambil tahukan. Ini pengetahuan umum yang wajib semua ambil tahu. Lepas ni tak payah dok main tarik2 rambut or tudung ye, jumpa je kat court.... Kelas kau... Huhuu

Seksyen 36-memujuk lari perempuan bersuami
Mana-mana individu yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakankan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Seksyen 37- menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
Mana-mana individu yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yan…

Tips mengatasi Selesema, Sakit Tekak dan Demam

Image
Assalamualaikum...

Sekarang ni kan musim hujan, jadinya memang senang la terkena sakit seperti demam, selesema, sakit tekak tu. Aku sendiri pun dah ada simptom sakit tekak dan selesema ni angkara asyik bersejuk dan terkena hujan je di luar sana.

Perit je tekak, hidung lak dah berair-air, kepala dah pening-pening lalat, badan dah suam-suam kuku.... Petanda boleh terkena demam kalau tak diambil langkah mencegah. Antara tips untuk mengatasi sakit tekak, selesema dan demam yang diamalkan sejak dulu dan menunjukkan perubahan positif ialah:

Bancuh secawan teh, kemudian masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis ke dalam teh. Selain menyedapkan rasa teh, kulit kayu manis berfungsi untuk memanaskan badan kita. Jadi selesema dapat dihindarkan bila badan dah panas. Jangan letak banyak pulak ye kulit kayu manis tu.Makan lebih banyak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren untuk menghindar terkena selesema. Aku tak gemar sangat buah oren, so sukalah gantikan dengan Scoot Emulsion…

Cinta Pertama Sukar Dilupakan

Image
Assalamualaikum...

Ada yang mengiyakan dan ada yang menggeleng kepala menidakkan tajuk entry ni. Sebab semua tu terpulang kepada empunya diri sebenarnya. Lain orang lainkan so tak payah nak bertekak soal betul dan salah.

Cinta pertama sukar dilupakan? Ramai yang cakap macam tu, dan setelah belajar memberi ruang kepada diri mencintai seseorang, aku mengiyakan juga. Tapi tak sepenuhnya sebab diri sendiri tak ada pengalaman cinta kedua dan seterusnya lagi. Cinta pertama pun dah lama berkubur begitu sahaja. Orang cakap, benda yang lepas jangan dikenang.

Tapi...kenangan itu automatik akan terkenang juga sebab si dia pernah bertakhta di hati. Cuma kenangan tersebut jangan dilayan dan sedarkan diri itu tinggal kenangan je. Kena berpijak di bumi yang nyata bukan hidup dengan kenangan. Walaupun dalam hati kadang2 masih berharap semoga cinta pertama tersebut menjadi cinta terakhir, tapi sedar diri itu tak mungkin terjadi.

Kesimpulannya, cinta pertama selagi tidak berakhir dengan hubungan yang s…

Banjir Kilat melanda Kajang

Image
Assalamualaikum...

Sangat penat setelah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Dari highway memasuki jalan Kajang - Semenyih sekitar pukul 7, terkejut tengok kereta yang banyak macam semut je. Semut bercahaya dari jauh.

Dalam hati kenapalah ni, takkan ada accident kot. Sebab selalu kalau jam mesti sebab ada accident ataupun kereta rosak. Tapi takde lah sampai seteruk tu jamnye. Ini memang tahap melampau, dua lorong bertukar menjadi lima lorong sebab ada kereta daripada susur termasuk aku di lorong ke empat.
Rasa sangat tak secure berhimpit-himpit macam tu, terutama bila sebelah kita lori. Nak lari jauh-jauh tak boleh, nak tak nak tawakal je la. Attitude sesetengah manusia yang pentingkan diri tanpa memikirkan keselamatan orang pun membuat hati geram. Bukan senang aku nak tekan hon., tapi hari ni terpaksa. Walaupun cuaca sejuk, mendidih juga.

Dari kejauhan nampak lampu spot light kelip2, hati mula tertanya2 eh ada accident teruk ke kat depan. Dah sampai ke depan …

Hujan di Putrajaya

Assalamualaikum....

Hujan kat Putrajaya dah renyai2. Daripada tadi lagi tak henti2 hujannya, hujan rahmat.... Sejuk sangat2, bahana tak cukup lemak, gigil kaki nak tekan pedal minyak pun. Melampaunya..... Haha. Sebenarnya tadi turun Kuala Lumpur, servis kereta.

Dari KL rushing ke Putrajaya sebab mak aku ada appointment dengan doktor kat Putrajaya pukul 3 petang. Bajet boleh sampai lewat cikit aje. Tapi sebaliknya pula yang berlaku, hujan lebat on da way dari KL tu. Bila hujan, maka traffik pun menjadi tak lancar. Temujanji di tunda ke hari lain sebab lewat sampai...Ngeh3...

Baru ingat nak drift sebab kereta baru servis, rasa best sikit berbanding sebelum servis. Nak drift apanya dah jem, kaki asyik tekan brek je la.  Hujan pula mengikut sampai Putrajaya. Drift dalam hujan=bahaya. Ala aku cakap je drift tapi takpun sebenarnya. Tak pernah lagi tekan minyak lebih daripada 130km/j.

Singgah Masjid Besi, wah musim orang nikah. Hari ni dengar2 lima pasangan bernikah kat masjid tu. Ye la Datu…

Cara Memakai Kondom

Image
Assalamualaikum...

Kenal tak kondom tu amenda? Kalau tak kenal pi search kat google (jangan search bukan2 ye). Aku setakat tengok kotak yang jual kat stesyen minyak or watson dan pernah la pegang kotak dia sebab dulu aku pernah kerja kat watson. Macam-macam la customer request.

Tak nak cerita experience kerja kat watson, nak story pasal kekecohan kelas Sains masa Tingkatan 3 dulu gara2 kondom ni la. Masa tu kat lab, belajar pasal cara mencegah kehamilan untuk lelaki dan wanita. Aha topik yang menjadi kesukaan sesetengah student sebab masa tu kan remaja lagi, jiwa nak tahu tu tinggi.

Apa yang kecohnya? Ada seorang classmate aku tanya kat cikgu Sains, macam mana nak pakai kondom lelaki tu? Oh no....soalan yang mencabar tu nak explain macam mana nak pakai kondom lak dah. Yang bertanya tu pula student perempuan, Chinese. Cikgu Sains kitaorang lelaki, Chinese gak.

Time tu terkawal lagi keadaan, jawapan cikgu sarungkan je la. Pastu soalan kedua lak keluar, nak sarung kat mana? After soalan …