Posts

Showing posts from November, 2011

Cara Delete Akaun Facebook

Image
Assalamualaikum....

Ada yang berniat nak permanently delete akaun facebook tak? Kalau ada meh sini nak ajar cara delete akaun facebook bagi yang tak tahu lagi tu. Senang je cuma klik, klik, klik isi apa yang patut, bye2 Facebook.

Nak delete, mula-mula pastikan korang dah login dulu Facebook. Lepas tu bolehlah klik kat link ni : Permanently Delete Facebook Account.

Akan muncul pages macam kat bawah ni...

Lepas tu akan keluar tab macam ni, isilah password korang, masukkan word verification pastu tekan OK

Dan akan muncul tab seperti dibawah, tekan je OK.

Kalau ada rasa penyesalan selepas delete tu, cepat-cepat la login semula dalam masa 14 hari. Kalau tak, buat la Facebook baru je. Delete ni tak sama macam deactivated ye.

Delete facebook pun buat tutorial ke? Haha apa salahnyakan......selalu orang deactivated je akaun.

Nak deactivate akaun facebook tekan sini----->Cara Deactivate Facebook

Kalau nak delete akaun twitter lak tekan sini----->Cara Deactivate Twitter


******************…

Wordless Wednesday: Cat vs Rabbit

Image
Assalamualaikum...

First time buat WW.....

Minyak Kereta: Isi Penuh atau Over Penuh

Image
Assalamualaikum....

Korang kalau isi minyak kereta isi penuh ataupun over penuh ataupun tak penuh? Penuh maksudnya bila picu pam tu automatik stop. Over penuh bila picu dah stop tapi still tekan sikit2 sampai betul2 penuh. Aku over penuh tak pernah buat sendiri, pam attendant yang tolong buatkan. Dulu kakak aku over load tekan picu pam sampai melimpah minyak, trauma jugak la kelam kabut cari air nak cuci kesan minyak.

Ada pendapat yang kata isi over full tak elok, ada yang cakap elok. Mana satu nak follow tak tahu la. Tapi dari pengamatan aku, bila isi over load meter minyak macam lambat sikit nak deteck dan naik selepas isi tu. Mungkin dia pening kot nak membaca bahawa minyak penuh, terlampau penuh. Tapi kalau ngam2 penuh tu, cepat je dia deteck dan naik. Tapi cepatlah jugak minyak turun dan habis, tu yang tak syok.

Untuk yang pemalas macam kakak aku tu, memang suka la isi over penuh supaya tak perlu ke station minyak selalu. Kalau viva kakak aku tu, lepas auto picu pam stop, boleh l…

Budak Kecil Tak Perlulah Barang Kemas

Image
Assalamualaikum....

Sekarang ni macam-macam kes yang menggugat keamanan hidup kita. Kes ragut la, samun la, bunuh orang la, buang bayi la dan macam-macam lagi kes yang lain. Nak salahkan penjenayah, memang sah-sah dia tu penjenayah dan bersalah. Kadang-kadang diri sendiri yang menyebabkan diri menjadi mangsa jenayah.

Mana taknya, pakai gelang tangan sampai ke siku. Rantai pulak bergayut-gayut kat leher tu. Dengan gelang kaki lagi. Mahu tak geram penjenayah tengok. Yang haru pulak tu rupa2nya barang-barang kemas tu bukan emas tulen pun, saja je nak menunjuk-nunjuk sekadar aksesori aje.

Tu kat diri sendiri, ada ibu bapa yang ada anak perempuan tu, kecik2 lagi dah dipakaikan segala barang kemas. Kadang2 lengkap satu set. Kalau nak pakaikan anak-anak dengan barang kemas boleh, tapi pastikan anak anda bersama anda 24jam. Kalau tak, ada je la nanti insan yang mengambil kesempatan ke atas budak2 tu dengan mengambil barang2 kemas yang dipakai.

Dah hilang mulalah gelabah, cakap orang tu inilah…

Faedah Pengurangan Berat Badan

Image
Assalamualaikum...

Hari tu dah bagi tips menurunkan berat. Tapi kenapa berat perlu diturunkan ye? Menurut KKM, individu boleh mendapat faedah dengan mengurangkan berat badan. Antaranya ialah: Mengurangkan 10mmHg tekanan darah sistolik dan 20mmHg tekanan darah diastollik pengidap hipertensi.Mengurangkan 10% kandungan kolestrol darah, 15% kolestrol-LDL dan meningkatkan 8% kolestrol-HDL.Mengurangkan lebih 50% risiko untuk mendapat penyakit diabetis.Mengurangkan 59% risiko untuk mendapat penyakit osteoartritis (sakit sendi tulang), jika 2 kg/m2 atau lebih Indeks Jisim Tubuh dapat dikurangkan.Mengurangkan risiko kematian disebabkan penyakit kanser berkaitan obesiti sebanyak 40-50%. Sumber: KKM
Aku: Orang kurus pun berpenyakit gak.

Soya Rosakkan Kulit Bayi?

Image
Assalamualaikum....

Hari tu publish entry pasal soya merosakkan fungsi tiroid, kali ni soya rosakkan kulit bayi pulak dah. Ni apa kes ni.

Sebenarnya ada la seseorang yang mengadu dia minum soya masa preggy sebab nak baby dia kulit putih, halus, mulus dan gebu. Putih memang la putih (dah dia laki bini memang putih pun) tapi kulit baby cepat terjejas. Jadi macam menggelupas, melecet dan merah2 sebab kulit terlalu halus, mulus dan gebu. Panas sikit je merah, meggelupas, melecet. Sensitif gile kulit baby tu jadinya.

So pregnant next tu dia bertekad tak amalkan minum soya dah. Baby yang keluar tetap putih dan gebu. Dan yang penting kulit tak sensitif macam baby soya yang terdahulu tu.

Nasihat dia kat kawan-kawan, 'korang janganlah terlebih consume soya masa mengandung, nanti anak keluar jadi sensitif aje kulit'.

Aku: Angguk je la, dalam hati; hey den kahwin pun belum.

Entry lain yang berkaitan:
Kesan Soya terhadap Fungsi Tiroid

Hijrah ke Arah Lebih Baik

Image
Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah masuk tahun baru....mesti ada yang dah buat azam baru untuk tahun baru ni kan. Tahun baru je mesti azam baru, tapi azam yang lama tu dah tertunai ke?

Kalau orang tanya apa azam tahun baru aku, mesti aku terkebil-kebil sebentar sebab tak buat apa-apa azam pun tahun ni. Mungkin sebab azam tahun lepas masih belum terlaksana maka tahun ni berusaha mengusahakan agar tercapailah segala azam yang telah dibuat.

Kenapa mesti buat azam? Kalau tak buat tak boleh ke? Pendapat aku tu terpulang kat diri masing2. Tapi dengan azam tu kita ada hala tuju dalam kehidupan kita. Ada ke buat azam yang tak elok? Mesti ada tapi selalunya azam ni haruslah penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Fikir-fikirkanlah ye...... Salam Maal Hijrah untuk semua.

Aku: Biarlah rahsia apa azam tersebut yang masih belum selesai.:)

GSTT contract for service

Image
Assalamualaikum....

Ada antara kawan-kawan yang dalam dilema untuk memilih GSTT ataupun kerjaya yang sedang mereka lakukan sekarang. Di kalangan mereka ada yang berminat untuk menjadi seorang guru setelah bertahun-tahun mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT).

Tetapi sejak tahun 2011, tahun ni la GSTT ada yang tidak dipanggil semula untuk mengajar ataupun lambat dipanggil mengajar. Dalam tempoh tersebut ada yang berjaya mendapatkan  pekerjaan lain sehingga berstatus tetap dan gaji yang agak lumayan.

Tetapi beberapa bulan lepas pihak kementerian pendidikan mengeluarkan kenyataan bahawa GSTT akan diserap secara berperingkat dan surat panggilan dikeluarkan kepada yang layak. Tetapi yang menjadi dilemanya walaupun kemungkinan diserap tu 50-50 aje.

Kalau dilepaskan peluang mungkin takkan dapat peluang yang sama dan mungkin akan menyesal bila tengok ada yang diserap. Tetapi bila terima tawaran GSTT CFR, tiba-tiba takde peruntukan untuk serap, menyesal jugak sebab melepaskan jaw…

8 Langkah Memilih Taska untuk Anak Anda

Image
Assalamualaikum....

Sebagai seorang ibu atau bapa, mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh nak keselamatan anak-anak terjamin dan anak-anak membesar dalam environment yang positif. Untuk ibu yang berkerjaya, nak tak nak terpaksa meninggalkan anak dengan pengasuh atau mengahantar ke taska.

Tetapi sejauh manakah keselamatan anak anda terjamin jika dihantar ke taska? Sedikit tips bagaimana memilih taska yang sesuai untuk anak, antara kriteria yang perlu diambil tahu berkaitan taska:

Pilih taska yang berdaftar dgn Jabatan Kebajikan Masyarakat.Pastikan Sijil Perakuan Pendaftaran asal dipamerkan di TASKA.Pengasuh adalah warganegara Malaysia.Pengasuh-pengasuh telah mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak.Nisbah pengasuh kepada kanak-kanak adalah:            0-1tahun=1-3
            1-3tahun=1-5
            3-4tahun=1-10
Aktiviti di TASKA merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak di TASKA.Buaian tidak digunakan untuk menidurkan kanak-kanak di TASKA.Persekitaran TASKA adalah…

Tips menurunkan berat dengan cara selamat

Image
Assalamualaikum....
Anyone nak kurangkan berat? Berikut adalah tips atau garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya berat badan turun dengan cara yang selamat: Kurangkan berat badan secara perlahan.Kurangkan berat badan sebanyak 10% dalam masa 6 bulan.Makan ikut keperluan.Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.Lebih sayur, ulam dan buah.Gantikan minuman manis dengan air kosong.Tingkatkan aktiviti fizikal harian.Bersenam satu jam setiap hari.Jangan gunakan ubat untuk menurunkan berat badan tanpa nasihat doktor.Sumber: KKM
Aku: Tak pernah jumpa tips KKM untuk cara menaikkan berat. Ada ke tak gamaknya. Mungkin ada tapi pamplet tak pernah jumpa pun.

Peribahasa: Saudara Anjing

Image
Assalamualaikum....

Ada tak antara korang yang pernah dengar orang cakap, "saudara anjing rupanya". Chop jangan salah faham, saudara anjing ni sebenarnya salah satu peribahasa yang jarang orang guna. Bukan saudara mara kepada anjing-anjing tu taw. Jadi apa sebenarnya maksud saudara anjing ni?

Aku nak share la apa yang aku tahu, mak aku ni kira orang lama gak. So dia selalu la guna bahasa yang lama-lama juga kadang2 tu. Berbalik kepada perkataan saudara anjing ni, bunyinya agak kasar sedikit, maklumlah orang kita ni kalau sebut anjing je dah mula fikir nak kena samak la, anjing tu haramlah. Erm masing2 punya pemikirankan.

Tapi dalam peribahasa "saudara anjing" ianya membawa maksud , adik beradik satu ibu tetapi berlainan bapa. Contoh la mak kita berkahwin lain selepas ayah kita meninggal. Dengan suami baru, mak kita melahirkan dua orang anak iaitu adik kepada kitalah. Dua orang adik kita tu dengan kita satu mak tapi berlainan bapa dan orang-orang dulu istilahkan se…

6 Alasan Naikkan Berat

Image
Assalamualaikum...
Berat badan ni kadang-kala menjadi satu isu. Yang kurus nak gemuk cikit, yang gemuk nak kurus. Yang maintain tu duduk diam2 sudah. Tapi yang tak berapa cukup berat nak tambah berat apa salahnya kan... Layan ye la alasan nape nak naikkan berat ni: Boleh apply kerja beruniform. Biasa la kalau nak minta kerja dengan unit beruniform ni berat dan tinggi kena la seimbang. Selalu berat bawah 45kg tu mesti kena rejek awal-awal.
Tak nak dipanggil cicak kubing, sekeping macam papan lapis dan sama waktu denganya. Jahat mulut sesetengah manusia tu, melabelkan orang yang kurus seperti itu. Aku pun termasuk dalam manusia bermulut jahat tu kadang2...wahaha
Boleh pinjam baju orang lain yang lebih besar. Bila nak pinjam baju yang cantik tak boleh sebab terlalu longgar. Sudahnya berputih mata aje la. Huhuu. So pasni tak berputih mata dah le. Ye kot.
Chubby itu menggoda...Wek muntah aku. Ek ni tak semestinya la, kalau chubby tapi badan straight pun apa kes jugak ye dak.
Boleh merempit den…

Perempuan ke lelaki yang pelik?

Image
Assalamualaikum...

Adakah anda seorang yang pelik? Ehem jawaban simpan dalam hati sudah. Tapi manusia sekarang memang pelik pun.

Yang lelaki cakap perempuan pelik, yang perempuan pula cakap lelaki pelik. Mana satu yang pelik tak tahulah, kalau tanya aku jawaban aku dua-dua pun pelik. Ye la dua-dua manusia, ada keinginan nak mencuba melakukan sesuatu yang pelik serta lain daripada lain.

Sesuatu yang unik dan orang lain tak buat, sesuatu yang dapat membezakan diri sendiri dengan orang lain supaya akan diingati dengan mudah. Cepat sikit glame kot kalau buat kelainan ni, maklum mesti jadi perhatian orang punyalah.

Tapi isunya kat sini, kepelikan yang dibuat juga melampui adab budaya kita dan batas agama. Yang tu tak syok didengar tu. Berpada-padalah nak buat apapun, fikirkan kesan negatif dahulu sebelum nak buat kepelikan yang lain daripada orang lain tu.

Contoh kepelikan yang melampau, pakai tudung tapi pakai skirt pendek. Yang lelaki lak pakai songkok tapi pakai seluar pendek. Eh ada ke…

Reading list tak function

Image
Dah tak function pegi kat google reader lak....sama aje dua2nya. Dua2 tak showkan entry blog2 yang difollow. Demam kot mereka2 ini. 
Aku: Kang dengan tuan blog pun demam sekali.

Susahnya Nak dapat Umah Sewa

Image
Assalamualaikum....

Tengah pening-pening lalat ni mencari rumah sewa. Dah klik kat mudah.my tapi belum jumpa yang sesuai dengan harga yang dikehendaki. Susahnye nak cari sebijik rumah sewa yang betul2 sesuai.

Rumah sewa sekarang ni mahal la. Tuan rumah markup harga, harga syiling tu(macam barang kawalan le pulak), harga yang paling tertinggi so depa boleh untung lebih. Untung sungguh  sape yang ada rumah untuk disewakan tu. Katakanlah bayar bulan2 kat bank RM500, tapi letak letak sampai RM700, RM800. Tolak la yuran penyelenggaraan bangunan, bil indah water ngan cuti pintu pun still dapat untung lagi. Kalau sape yang takde hutang dengan bank dah tu, memang untung besar dah. Mok cik kaya...

Sebab tu ada yang kata, "daripada menyewa, baik beli je rumah sendiri sebab lebih untung bayar bulan2 kat bank daripada bayar kat tuan rumah".

Untuk yang dah tetap kerja tu memang la tak bermasalah sangat, tapi untuk yang belum bekerja, kejap keje kejap tak keje, status jawatan kontrak agak…

Siapa bapa kamu?

Image
Seorang budak lelaki berdiri di tepi lif dalam keadaan menangis teresak2. Seorang lelaki  kebetulan keluar daripada lif berkenaan  dan ternampak budak yang sedang menangis teresak2 tu.

Lelaki: Kenapa kamu menangis?

Budak lelaki: Ibu dan bapa saya sedang bergaduh.

Lelaki: Siapa bapa kamu?

Budak lelaki: dalam tangisan yang semakin kuat menjawab: sebab tulah mereka sedang bergaduh.

Aku: Kasihan....^_*

Menumpang...

Image
Assalamualaikum.....

Kalau nak diikutkan semua makhluk di dunia ni menumpang. Aku, kau dia semuanya menumpang hidup di dunia yang menjadi hak mutlakNya.

Tetapi nenumpang manusia lain tu lebih sukar dan banyak benda yang harus dipertimbangkan, dijaga dan difikirkan. Seelok-eloknya jangan menumpang sesiapa pun untuk hidup. Hidup di atas kaki sendiri tu lebih baik. Tapi amat mustahil untuk tidak langsung menumpang orang lain.

Antara saudara dan rakan-rakan, kadang2 lebih selesa menumpang rakan-rakan. Kalau menumpang saudara ni, berlaku apa2 nanti kita jugak segan dan kadang2 kes kecik pun boleh putus sedara. Bukan aku maksudkan dengan kawan-kawan ikut suka hati nak buat apapun, tapi lain situasinya. Korang bijak mesti fahamkan.

Tapi dengan saudara sendiri ni lebih secure sebab dia pun sayang kita dan nak yang terbaik untuk kita.

Kalau yang jenis tak kisah dan takde perasaan mungkin tak rasa apa-apa.

Aku: Terlalu memikirkan perasaan orang, terlalu menjaga hati orang buat diri 'makan …

RM400 sekilo...Pokai...

Image
Assalamualaikum....

Hari ni aktiviti dari pagi sampai petang kat PWTC. Maklumlah kat sana kan tengah berlangsung MISE, BN Youth Job Fair dan Pesta Makanan.

Sebenarnya aku follow kakak aku sebab dia bertugas kat salah satu booth kat MISE (Malaysia International Seafood Exposition). Kat MISE tu ada pameran yang tunjuk binatang ni:
Ni la Lobster ataupun bahasa melayunya Udang Karang. Mahal beb, tak layak aku makan kau kot lobster. Harga kat restoran boleh mencecah sehingga RM400 sekilo menurut sorang encik tu. (Kualiti picture memang hancur sebab guna hanset canggih sangat. Har3 kamera tak bawak sebab lupa nak cas bateri).

aku: pokai kalau tiap2 hari mengidam makan lobster ni.eh ada ke yang mengidam hari2 benda yang sama.

Berlaga Bontot

Image
Assalamualaikum....
Nak mengeluh tak boleh....benda dah nak jadi. Mujur la berlaga  bontot penuh romantis dan slow motion je. Kalau tak.....

Ni pehal dok cite pasal bontot lak ni. Macam nak melucah pulak dah. Haish mana ada, blog aku bukan blog lucah la. Aku dok story ni bontot kereta da, bukan bontot manusia. Tadi bontot si Viva baru kena debush dengan si Savvy. Walaupun berlainan darjat dan keturunan terlaga juga mereka.

Lagaan manja bontot sama bontot lak tu. Mujur takde calar or kemek macam kena ari tu. Penyelamatnya ialah viper belakang si Viva. Just macam tersentuh dalam gerakan slow

Al kisahnya owner Savvy ni tengah parking, benda dah nak jadi kot, reverse punya reverse dok betulkan parking berlaga la bontot si Viva dengan si Savvy (parking tu berbukit, parking tepi). Aku daripada jauh nampak apa lagi bergegas la tengok kecederaan si Viva. Alhamdulilah tak de apa pun. Owner Savvy pun minta maaf.

Aku: Kadang2 kita dah berhati2 tapi benda tu tetap terjadi. Tak kita terlanggar oran…

Banyak Kerja Dalam Satu Masa

Image
Assalamualaikum...

Sekarang tengah bersiaran Semanis Kurma kat TV 9. Dan yang peliknya aku boleh dok depan TV dengan laptop sambil tangan ligat menaip, telinga mendengar, sambil selang seli mengunyah cekedis.

Bapak terer dalam satu masa buat banyak aktiviti. Haha tipulah kalau dengar 100%, tapi dengar la daripada tak dengar. Yang penting tangan ligat menaip dan otak pun ligat berfikir nak menaip apa. Dan mulut sedap mengunyah.

Bercakap pasal buat banyak kerja dalam satu masa, ramai je yang buat macam tu. Terutama yang student2 tu. Buku kat tangan kiri, tangan kanan menaip mesej. Kat telinga lak sumbat MP3, MP4. Lebih dasyat dok depan laptop/PC melayan games. Tamak gila. Semua benda nak buat dalam satu masa je.

Yang dah bekerja lak, selang seli main games, berfesbuk dengan buat kerja bos bagi. Aiyak silap2 hari bulan tersalah taip, sampai kat bos naya je.

Tak kisah sebenarnya kalau orang tu memang jenis yang boleh terima dan buat banyak benda pada satu masa. Tapi yang tak berapa nak bo…

Family atau kawan?

Image
Assalamualaikum....

Baru lepas berYM dengan seorang sahabat. Tetiba teremosi bercerita itu ini dengan dia. Terima kasih buat sahabat yang dimaksudkan kerana sudi melayan emosi yang tak stabil ni. Oke la nak tanya korang ni antara family dan kawan, mana satu yang menjadi keutamaan korang?

Family, kawan, family, kawan...... Eh dua-dua la menjadi keutamaan. Dua-dua pun ada kepentingan tersendiri. Kalau aku pun akan memilih kedua-duanya sebab dua-duanya penting dalam hidup aku.

Tetapi akan sampai satu masa, satu saat di mana kita terpaksa membuat pilihan antara keduanya. Bila tiba saat tu kita dah tak boleh tamak memilih kedua-duanya. Kita harus memilih salah satu je sebagai priority.

Jika aku berada dalam situasi tersebut, sejujurnya aku akan serba salah. Tetapi pendirian aku tetap tak akan berubah iaitu family tetap menjadi priority di dalam kebersalahan tersebut. Family first oke.

Dalam keadaan tersebut satu je harapan kita (aku) sebagai seoarang kawan, semoga kawan-kawan memahami kepu…

Tak suka, takut dan benci tu berbeza

Image
Assalamualaikum....

Siapa suka kucing silalah angkat tangan. Siapa tak suka kucing silalah buat2 tak tahu. Siapa takut kucing silalah angkat kaki. Entry ni tentang kucing, siapa tak suka jangan baca.

Ada orang memang tak suka kucing. Ye la renyah nak jaga kucing tambah2 kalau kucing tu suka membuang merata2, suka panjat sana sini. Jadi tak suka la sebab rasa macam menyusahkan diri je nak jaga kucing. Ada je barang pecah nanti disebabkan kenakalan kucing.

Ada orang takut kucing. Bila nampak kucing, dia akan melarikan diri sejauh mungkin dari kucing tu. Cuba test bawa kucing kat orang yang takut dengan kucing. Harus dia menjerit sambil melarikan diri. Haha jangan try buat nanti kecoh pulak satu kampung.

Ada orang pula benci dengan kucing. Meluap-luap perasaan benci tu bila nampak kucing. Bila nampak najis kucing agaknya apa jadi? Lagilah berapi2 kebencian tu dan bertukar menjadi kemarahan. Hilang kewarasan sampai sanggup cederakan hatta mencabut nyawa makhluk bernama kucing tersebut. Pa…

Semakan online UPSR, mana nak sorok?

Image
Assalamualaikum.....

Esok, 17 November 2011 keputusan UPSR akan diumumkan. Eh apesal aku yang nyibuk ni? Takde la ada seorang blogger tulis berdebar menunggu keputusan UPSR anak dia. Tu pasal aku taw esok result UPSR diumumkan. Kalau tak, memang tak tahu. Hehee

Bercakap pasal result, sekarang semuanya kat hujung jari. Taip2, tekan dapat taw dah result, maklumlah boleh cek online je ataupun menerusi SMS. Fuyoo canggih tu. Zaman aku mana ada macam tu. Henpon pun baling anjing mati kot.

Result gempak ke, hancus ke sah2 la mak bapak akan dapat tahu walaupun anak tu tak hingin nak bagitahu. Mana nak sorok dah? Kalau dulu boleh la renyuk2 result tu, koyak2 ke takpun sorok la kat mana2 sebab tak nak mak bapak tahu. Jenuh haih mak bapak pegi sekolah tanya kat cikgu pulak.

Sekarang? Tak payah susah-susah, klik2 je dah tahu result anak masing2. Ha mana nak sorok dah?

Apa2 pun semoga semuanya mendapat result yang terbaik la. Kepada Kak Kamsiah yang berdebar2 menunggu result anak dia, semoga anak…

PTPTN Ujrah lagi..

Image
Assalamualaikum...

Aku antara peminjam yang tidak menukar perjanjian PTPTN ke ujrah. Ni angkara undecision punya pasal le, hati berbolak-balik nak sign ke tak. Nak tak nak. Padahal dah print out pun agreement baru tu. Tinggal nak isi dan sign pastu cari saksi serta beli setem hasil pastu poskan je ke pihak PTPTN.

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebab banyak komitmen lain yang lebih utama. Ye hutang tetap hutang tapi bila rasa tak berbaloi itulah yang jadi. Win win situation tidak berlaku dalam situasi aku sekarang. Win situation still goes to PTPTN in my cases.

Apa yang aku membebel ye? Sebenarnya aku dah berjumpa perunding PTPTN tapi masih tidak berjaya mengubah hati yang berbolak-balik tu sebab rundingan membuat aku lagi buntu. Ni pendapat peribadi aku je mengenai sistem ujrah setelah membuat sedikit research dan berbincang dengan rakan2 yang lain.

Bagi peminjam yang tak dapat nak bayar fix secara bulanan aku rasa macam tak menguntungkan. Sebabnya termaktub dalam clause no 8 p…

Kesan Soya terhadap Fungsi Tiroid

Image
Assalamualaikum....

Kelenjar Tiroid merupakan organ endokrin yang terletak dileher manusia yang berfungsi mengeluarkan hormon tiroid. Hormon2 ini terutamanya Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) berfungsi mengawal metabolisme badan manusia. Dah lama terbaca keburukan soya yang mana salah satunya ialah berkaitan dengan tiroid.

Mengikut penulisan tersebut soya mengandungi goitrogen yang mengakibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Daripada pengalaman peribadi yang memang peminum soya tegar dulu (sebab tak minum susu lain selain susu soya), pernah bermasalah dengan hormon tiroid. Dulu sangat rajin memproses kacang soya menjadi susu soya kerana fakta yang menyatakan soya mencantikkan kulit.

Akhirnya selepas terbaca artikel2 berkaitan keburukan soya, terus stop daripada mengambil susu soya. Dan diakui ada kesan positif terhadap kesihatan. Mungkin juga secara kebetulan je.

Ada di antara ibu2 mengandung …

Buffered Earnings vs Metered Earnings

Image
Assalamualaikum....

Sape yang berdaftar dengan Nuffnang tu mesti bercakap pasal BE (buffering earnings). Walaupun aku berdaftar dengan Nuffnang tapi aku tak peduli pun dengan segala istilah tu dulu. Sekarang baru nak memahamkan diri yang  tak faham ni amenda maksudnya semua tu.

Ni pemahaman syok sendiri aku. BE tu earnings yang sedang dipromosikan kat blog kita mengikut tempoh masa tertentu. Metered Earning tu menatang pe pulak dah? Apa yang aku faham metered earnings tu adalah buffered earnings yang dah tamat tempoh promosinya. Eh betol ke tak ni?

Kalau betol, selama ni aku pernah dapat BE la rupanya. Haha tapi aku tak tahu pun BE tu adalah BE. Tapi BE aku ada seciput ja. Maklumlah traffik aku bukannya kencang pun, berblog pun ala2 biskut chipsmore. Kat bawah ni adalah screenshoot buffered earnings yang dah jadi metered earning yang pernah daku dapat pada bulan julai sehingga september 2011:
Pastu memang tak dapat dah, dan baru cek (bila dapat tataw la) ada satu BE yang tersesat. Alham…

Kos Ketuk Kereta Kemek

Image
Assalamualaikum....

Ahad hari tu jumpa kawan masa belajar dulu. Cerita punya cerita terkeluar cerita hari tu ada orang terlanggar kereta kakak aku tu sampai kemek la tepi kereta tu. Kawan tu tanya berapa ko mintak kos ganti rugi. Aku jawab tak minta apapun.

Ye la sebenarnya aku dan kakak aku fail bab2 macam tu. Memang tak reti weh nak meletak2 harga kat orang ni dan punya baik hati mengamalkan konsep halal berhalal je la. Kawan aku tu cakap, 'Apasal ko tak minta sikit kos ganti rugi. Mahal weh nak ketuk balik pun walaupun sikit'.

Jawapan aku, kitaorang memang tak tahu pasal menda macam ni. Lagipun time tu malam, nampak macam tak berapa nak kemek pun. Patutlah encik tu macam bersyukur sangat bila kitaorang cakap tak pe la. Dia siap cakap, 'Takpe la ye. Ada rezeki kat lain nanti'.

Tak pe la benda dah lepas, semoga masin mulut encik tu ada la rezeki kat lain nanti.

info: ketika kejadian aku berada dalam kereta menunggu kakak dan mak solat kat surau petronas. bila masa en…

Kawan Sendiri pun Tak Jemput

Image
Assalamualaikum....

Sekarang ni dah bermula dah majlis kenduri kendara, maklumlah ramai yang memilih berkahwin time cuti sekolah ni. Banyak juga dapat undangan walimatulurus ni daripada kawan-kawan yang dikenali dan tak dikenali. Dan ada jugak yang tak undang pun ke majlis bahagia mereka.

Sebenarnya aku tak kisah pun kalau tak diundang ke majlis perkahwinan kawan-kawan. Ye la mungkin dalam ramai2 mungkin ada sorang dua tercicir nama menjadi tetamu undangan. Mungkin jugak dia tak tahu macam mana nak kontek akukan(fesbukkan ada, nombor fon pun sejak diploma tak tukar). Lagi pulak bukan kawan baik pun buat apa nak jemput akukan.

Tapi tetiba terasa hati bila orang yang tak dikenali dan tak pernah jumpapun, cuma kawan kepada kawan boleh pulak jemput kita. Kawan sendiri pun tak jemput. Pastu bila tengok nama kawan2 yang lain tersenarai sebagai undangan, bila ada kawan2 yang cakap kawan ni ada minta alamat nak hantar kad kahwin. Kat aku tak ada pun. Ye la aku tahu aku bukan kawan baik pun da…

Join Bloglist Blog Ni

Assalamualaikum....(ini post melekat, harap maklum)

Perasan tak kat sidebar tu bloglistnya belum terisi lagi mana-mana blog. Dah lama terbiar macam tu je. Kepada sahabat-sahabat follower kalau anda sudi blog anda berada dalam bloglist blog picisan aku ni, silalah tinggalkan komen kat entry ni.

Anda semua tak perlu buat entry pun untuk join bloglist blog ni. Simple je tinggalkan komen kat entry ni je. Cuma nak memudahkan aku silalah nyatakan nak masuk kat boboy ke gegurl dan URL blog korang. Pening nak tick satu2. Tolong ye..

Contoh:
Gegurl
arisyahjahirah.blogspot.com

Tu je... Terima kasih.

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Image
Assalamualaikum...
Menurut pengkaji yang telah membuat kajian mengenai warna kegemaran wanita, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Kat sini adalah tafsiran perwatakan wanita mengikut warna kegemarannya. Tetapi harus diingat jangan terlalu taksub dengan kajian ni, ianya tak harus salah dan tak semestinya betul.
MERAH Seorang yang berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. 
BIRU Seorang yang setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuannya, suka berterus-terang, jujur, cekap, pemaaf dan tegas.
HIJAU Dinyatakan wanita yang meminati warna ini suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian sehingga kelihatan agak kolot pada pandangan orang lain.
HITAM  Mereka yang menggemari warna ini seorang yang suka menyendiri, prihatin, kuat dalam menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, pemikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

Tak Geli Dah...

Image
Assalamualaikum...

Uit sape yang cakap geli tu?

Meh nak tunjuk lagi picture daripada geli menjadi tidak geli. Layan....


Adakah anda masih geli? Pasni mesti tak geli dah... ;)


Mereka ialah arnab belaan aku suatu ketika dulu. Tujuh ekor si Bonda Rab tu beranak. Aku la jadi baby sitternya. Bonda Rab bukan reti jaga baby2 dia pun. Nak bagi menyusu pun kedekut, jenuh kena pegang. Haish....Dah arwah kot mereka semua..:(

Manfaat Matahari

Image
Assalamualaikum..
Cantik dan indah bagaikan sinar sang suria yang menyinar. Unsur  yang istimewa ini pasti tidak dapat dipisahkan dengan alam semesta. Mizz Aiza ingin berkongsi sedikit info mengenai anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini.
Tahukah anda cahaya putih matahari terdiri daripada 7 warna asas iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, biru nila (indigo) dan ungu. Percampuran ketujuh-tujuh warna ini menghasilkan cahaya putih. Pemecahan cahaya putih akan menjadi spektrum (jalur warna). Spektrum semulajadi di alam semesta ialah pelangi yang terjadi selepas hujan. 

Semestinya semua makhluk bergantung hidup kepada sumber cahaya matahari. Mizz Aiza ingin kongsikan beberapa manfaat cahaya matahari: Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk proses membuat makanan sendiri (fotosintesis). Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D yang menyihatkan kulit manusia.Kedudukan matahari digunakan bagi penentuan waktu solat 5 waktu. Cahaya matahari merupakan agen semulajadi…

Geli ke?

Image
Assalamualaikum....

Geli ke dengan makhluk ni?

Komen-komen Facebook di'index' oleh Google

Image
Assalamualaikum....

Buat pengetahuan bersama, komen-komen anda di laman sosial facebook kini di'index' oleh labah2 google. Maksudnya kalau orang search apa yang berkaitan termasuk nama kita kat facebook tu menerusi google, akan muncullah segala komen2 yang berada dalam kategori public (umum).

Tadi sempat buat eksperimen sebab aku punya facebook profiles tak benarkan search enjin. Dan kebanyakan share dengan friends only. Try la taip nama kat google search dan hasilnya ada la sesat komen2 yang aku tulis kat page. Ye la page mestilah public kan. Macam tak best pulak rasanya.

Macam takde privacy le pulak bila google spider ni mula meng'index' segala komen2 yang tidak diprivatekan. So pasni kalau nak post status tu fikirlah berkali2 kalau privacy settingnya public sebabnya satu dunia boleh search nanti. Dan deletelah mana2 status yang tidak sepatutnya tu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ni, bolehlah baca kat sini:Facecrooks

Beza tomboy, lesbian dan pengkid

Image
Assalamualaikum....

Tomboy, lesbian dan pengkid apa perbezaannya? Kesemuanya adalah seorang wanita, seorang perempuan, seorang gadis juga pada asalnya. Cuma keadaan tertentu telah mengubah mereka dan ada yang memberi alasan itu naluri semulajadi mereka yang tidak dapat dielakkan. Oke la tak nak bincang pasal tu pun cuma nak bagi definisi antara tomboy, lesbian dan pengkid secara general je supaya dapat tengok perbezaan ketiga2nya.

Tomboy
Tomboy/tomboi ni daripada segi berpakaian memang sejibik (sebijik) macam lelaki. Nampak ganas semacam je kalau di tengok dari luaran. Tetapi sebenarnya hati mereka lembut dan masih seperti perempuan normal yang lain. Mereka2 ni masih berperasaan seperti perempuan normal yang lain dan masih tertarik kepada lawan sejenis mereka. Nampak je macam kasar tapi dalam hati ada taman (eh takde kaitan kot). Kebiasaannya bila sampai masanya, mereka akan berubah menjadi wanita sejati.

Lesbian
Yang ni bahaya sket sebab kadang2 tak dapat nak detect mereka2 ni lesbian…

Posisi Jerawat dan Petunjuk Kesihatan

Image
Assalamualaikum....

Kalau tengok cermin tak sah kalau tak belek2 muka, nampak jerawat mulalah sakit ati. Huhuu itu perkara biasa. Tapi tahukah korang posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat  tentang kesihatan kita walaupun bukanlah segala menyeluruh.

Kalau jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Kalau jerawat kat HIDUNG
Ni pulak kalau jerawat kat batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah.
Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Kalau jerawat ka…

Produk Kecantikan Penyelesaian Masalah Kulit?

Image
Assalamualaikum....

Tengok kulit orang licin macam kulit telur terasa kejelesan sedikit. Haha jeles cikit je sebab dulupun pernah merasa kulit licin gak. Tapi kini tak lagi dan makin menjadi2 masalah kulit. Produk kecantikan penyelesaian kepada masalah kulit, meh nak bagi komen sikit berdasarkan pengalaman orang yang rajin mencuba produk.

Masa sekolah dulu pernah try baby face sebab tengok kulit muka kawan marveles je. Harga boleh tahan jugak bagi seorang student pokai cam aku ni. Pastu tup2 baby face ada bahan berbahaya terus aku stop. Tahap menggelupas baby face memang tinggi dan ada kawan2 yang kulit sehingga kini tetap licin hasil produk baby face walaupun dah bertahun2 stop guna. Mungkin sesuai la dengan kulit diaorang kot.

Sebelum masuk U pernah join PKSN, balik dari kem tu muka teruk gila dengan burn dan jerawat dan bintik hitam. Mana taknya kena berkawad la, pastu denda lak kena amek selut paya buat mask muka. Tu la hasilnya. Masa balik umah kakak terkejut tengok muka. Stat da…