Posts

Showing posts from October, 2011

Kisah Burung Gagak dan Arnab

Image
Assalamualaikum...

Mencari mood untuk menidurkan diri dan menghadapi hari esok yang mencabar. Meh kita story pasal burung gagapk dan arnab malam ni sebelum tido. Kisah ni ada pengajarannya  dan motivasinya yang tersendiri.

Begini ceritanya:

Seekor burung gagak bertenggek kat atas dahan sebatang pokok dengan tenangnya, maklumlah waktu bersantai la katakan. Seekor arnab yang comel tetiba muncul dan nampak si burung gagak yang sedang bersenang lenang me'relaks'kan diri.

Arnab comel bertanya, "Wahai burung gagak, bolehkah aku bersenang lenang dan rileks seperti yang kamu sedang lakukan?"

Burung gagak memberi jawaban, "Sudah tentu boleh wahai arnab, mengapa tidak."

Arnab comel pun duduklah kat atas tanah di bawah pohon yang burung gagak bertenggek tu. Tetapi, dengan tidak dijangka tiba-tiba muncul seekor musang yang sedang kelaparan, melompat ke arah arnab dan menjadikan arnab comel sebagai santapannya.

Sedih beb arnab comel dah mati. Dah ajal dia, cuma boleh a…

Harga insurans naik secara berperingkat

Image
Assalamualaikum....

Pagi2 hari menjenguk blog yang dah tertinggal. Ni jadi blogger bermusim semula ke. Oke la ni nak sambung bercerita pasal insurans.

Aku punya la takut kena tipu dengan ejen insurans tu sebab aku ni zero knowledge pasal insurans kereta ni. Aku takde kereta dan kereta yang aku uruskan insurans tu kereta kakak aku yang diguna bersama. Kira jadi harta bersamalah sebabnya aku second driver.

Sebelum release payment kat ejen tu, sempatlah survey kat ejen insurans tempat lain harga semasa insurans sekarang. Daripada jawaban mereka dapatlah disimpulkan bahawa harga insurans memang sedang naik secara berperingkat.

Dan cadangan daripada ejen insurans lain tu kalau nak murah bertukar la kepada etika sebab tahun ni etika tak naik harga lagi. Insurans lain tak sure le pulak. Tak de masa nak gi survey sebab yang jumpa takaful je. Dan tahun lepas pun kebetulan memang buat dengan Takaful Ikhlas. Menurut ejen tu lagi kenaikanTakaful Ikhlas mencecah sehingga 30% terutama kalau NCD tak…

Kerumitan Hidup Berjiran

Image
Assalamualaikum.....

Salam hari Sabtu semua. Apa aktiviti kalian hari ni? Aku baru lepas tolong kakak bersihkan kereta. Pastu nak kemas umah dan masak dah kemalasan. Apa punya anak dara le kan. Takpe la curi masa jenguk blog dulu.

Tajuk entry pasal jiran. Apa kes tu agaknya. Ada la kes cikit tapi nak bagitaw la hidup berjiran ni sebenarnya memerlukan kesabaran dan sikap toleransi yang tinggi. Kena peka dengan keperluan jiran kita, tak boleh pentingkan diri dan sebagainyalah. Kalau tak macam kera sumbanglah. Tapi disebabkan aku ni masih bujang, makanya aku shy2 cat la nak tegur jiran2 yang dah berkahwin ni terutama lelaki. Ye la kang dituduh mengorat laki orang pulak. Tak pasal2 pulak dah.

Bila berjiran terutama dikawasan perumahan, sah2 la rumah sebelah menyebelah. Ruang rumah tepipun menjadi hak bersama. Macam kat luar rumah tu, tepi2 dinding, pagar tepi dah jadi hak bersama. Tak bolehlah nak pentingkan diri konker semua. Kadang2 kita tak sedar hati jiran kita terguris sebab kita ni …

Cara Mandi yang Betul

Image
Assalamualaikum....

Salam Jumaat untuk semua. Eh korang dah mandi ke? Mesti la dah kan, ni dah petang dah ni. Takkan masih melekat kat tilam kot. Camne korang mandi ye (macam soklan menyibuk je)?

Tak payah la bagitaw, simpan story korang sendiri oke. Nak share cara mandi yang betol (untuk sape2 yang tak tahu lagi tu la). Sebabnya mesti dah ramai yang tahu kot terutama sape2 yang suka membaca buku2 penulisan HM Tuah.

Cara mandi yang betul ialah mulakan dengan membasahkan bahagian kaki dan ke atas. Kiranya jirus kaki dan kemudian jirusan naik ke atas hinggalah kepala. Pastu terpulanglah nak mandi camne, sambil menari rap ke apa ke.

Apa manfaatnya? Supaya badan especially jantung tak terkejut bila terkena air. Dari pengamatan aku, kalau kita mandi waktu tengah hari yang panas tu, rasa macam haba terbebas daripada kepala bila amalkan mandi dengan cara begini.

Benda yang bermanfaat apa salahnya dijadikan amalan seharian. Tak susah pun kan?

Harga Insurans pun naik ke

Assalamualaikum...

Ada sape2 tak yang tahu mengenai insurans? Hujung bulan ni insurans+road tax kereta dah nak tamat. Agen insurans tu letak harga mahal daripada tahun sebelumnya.

Mengikut pengalaman aku yang sangat cetek ni harga insurans sepatutnya makin berkurangan setiap tahun bukannya makin meningkat. Kecualilah kalau pernah claim untuk kerosakan akibat kemalangan dan sebagainya.

Ni claim pun tak pernah, apa ke halnye rega (harga) makin naik. Mulalah protes dengan agen tu sebab rasa cam tertipu je. Ni balasan SMS dia: "Kita ikut harga market, last year buat bawah market.kena ikut aturan Bank Negara coz nanti bila claim payah n masalah pula".

Tahun lepas bayar tak sampai seribu pun, tahun ni seribu lebih. Untuk kereta Viva auto 1.0. Persoalannya sekarang betol ke harga insurans memang dah naik? Aku tak tahu lak nak tanya sape benda alah ni. Nak percaya bulat2 je ke. Nak cari agen lain dah kira last minit dah ni, kot2 betol pulak harga insurans memang dah naik.

Biasalah …

Blog yang Kelam Kabut

Assalamualaikum.....

Tak tahu camne nak kemaskan blog aku ni. Bersepah2 je rasa, tak terkemas lak. Ingat nak mengubahsuai tapi separuh jalan je.

Yang sempat tukar header baru, tu pun ada yang tegur loading blog lambat. Jadi dalam keterpaksaan curi masa edit semula header dan compress kepada saiz yang paling minimun. Kalau perasan nampak tak sekata kaler kat header tu sebab low quality. Takpe la asal tak berat loading.

Bloglist pun tak sempat nak update. Bila nak masukkan URL aku pening nak tick, sudahnya aku remove. Pening lak bila tengok bloglist tu terbengkalai camtu je.

Ni dah ada sedikit masa la nak blogwalking dan jenguk blog kawan2. Internet pun agak sengal tapi semangat nak berblog punya pasal, lambat pun lambat la.

Korang rasa blog yang kelam kabut tu macam mana? Macam blog aku ke? Heehe. Sebenarnya lain orang lain perasaan dan pemikirannya. Mungkin tak serabut di mata dia, serabut di mata kita. Vise versa (dan sebaliknya). Tapi sekurang2nya biarlah sedap mata memandang untuk …

Apakah itu Charlie?

Image
Assalamualaikum....

Ni pengalaman aku sendiri masa blaja kat Perlis dolu. Pergh first time kena penangan si Charlie, memang marvelous la. Sebelum ni nama Charlie daku hanya ingat nama orang je. Owh glame kamu ye serangga bernama Charlie. Kenapa la nama kamu Charlie? Dulu kamu geget orang nama Charlie ek.

Oke berbalik kepada cite asal, aku perasan sometime wrong somewhere kat kulit bahagian dada pada suatu hari tu. Pastu rasa macam pedih je, rasa nak garu2 aje, rasa panas kat bahagian kulit yang dah nampak melecet merah tu. Dan kebetulan roomate aku pun kena jugak kat bahu.

So kitaorang yang kerisauan ni, pegi la klinik jumpa dokte. Nak tak nak buat muka tak tahu malu je sebab dokte tu lelaki, aisey sogan den tapi xpe la. Dokte tu senyum je sambil cakap ni keje Charlie ni. Huh aku yang tak pernah taw pasal Charlie terpinga2 je pandang dokte tu. Dengan muka kudus tanya Charlie tu apa?

Dokte pun explain la charlie tu sejenis serangga yang sebenarnya tak gigit pun tapi dia mengeluarkan as…

Apa dan macam mana rupa Ovellete / ovalette / ovalet

Image
Assalamualaikum.....

Hujung minggu lepas konon2 nak menerai resepi, nak try la buat apam. Dalam resepi yang aku dapat tu ada la menda alah ni ovellete. So masa pegi pasar raya melilau la kat bahagian kek tu mencari benda alah  bernama ovelette.

Tetapi malangnya setelah ditelek satu2 tak ada benda alah yang bernama ovelette. Nak tanya orang den sogan, nak nyebut pun den tak reti. Sudahnya buat2 pandai je la membelek pastu tak jumpa den putuih asa je la. Teruih balik umah selepas membeli belah barang keperluan yang lain.

Balik rumah bersemangat search la kat tenet macam mana rope (rupa) si ovelette tu dan menatang penama ovelette tu sebenarnya. Lor rupa2nya ovelette tu juga dikenali sebagai sponge cake stabiliser. Cheh melambak kot kat pasar raya tu pelbagai jenama.

Haha nampak sangat aku ni tak biasa memasak kek2 dan sebagainya tu...Kuang3.

Jadual Waktu SPM 2011

Image
Assalamualaikum....

Sekarang ni dah bulan 10, calon2 SPM mesti berdebar je sebab pertengahan bulan 11 mereka dah mula menduduki peperiksaan penting untuk menentukan hala tuju hidup mereka selepas ni.

Aku pun ada anak sedara yang akan menduduki SPM tahun ni. Semoga dia sukses la dan aku tahu dia tengah mencuba melakukan yang terbaik untuk mengharungi peperiksaan tersebut.

Apapun sempat mengusha jadual waktu peperiksaan SPM 2011.... Peperiksaan bermula pada 14 November 2011 dan penutupnya pada 14 Disember 2011. Wuhuu sebulan tu...tu pun terpulang kepada subjek apa yang diambil oleh calonlah. Nak tahu jadualnya boleh rujuk disini - Jadual Waktu SPM 2011.

Oke kepada candidates SPM semoga kalian semua sudah bersedia untuk peperiksaan bulan 11 nanti. Selamat maju jaya. Ececeh tetiba je skema..

Tak puas hati dengan cikgu?

Image
Assalamualaikum....

Aku percaya ramai di kalangan sahabat blogger merupakan seorang cikgu ataupun bakal bergelar cikgu. Tak pun mesti ada dalam family seorang cikgu. Ataupun bekas seorang cikgu mungkin.

Kawan2 aku sendiri pun ramai yang menjadi seorang cikgu. Ada yang masih menuntut di institut perguruan, ada yang dah mengajar, ada yang masih menjadi GSTT biasa, ada yang sedang ikut GSTT KDC, ada yang menunggu intebiu untuk tetap jawatan dan ada yang masih menunggu posting pun ada.

Kebelakangan ni ramai yang seakan2 mempertikaikan kerjaya cikgu sebagai kerjaya yang mudah berbanding kerjaya lain. Sehingga ada cadangan supaya waktu bekerja cikgu seharusnya sama dengan waktu bekerja kakitangan kerajaan yang lain iaitu cukup 8jam bekerja.

Wah bab ni tak boleh komen lebih2 nanti ada yang terasa. Apapun kerjaya sebagai seorang cikgu sekarang ni dah tak sama macam dulu (mengikut kata kawan2 yang bergelar cikgu). Kalau dilihat pun memang sukar sebab zaman sekarang, cikgu terpukul cikit pun m…

Sangap@gila seks-muka penuh bernafsu

Image
Assalamualaikum...

Dalam kehidupan seharian kita ni, tak sah kalau tak terjumpa dengan orang yang pelik-pelik perangai dia. Yang tak boleh blah kalau terjumpa lelaki yang sangap@gila seks.

Pengalaman satu bas dengan lelaki yang sangap ni, gerun haih. Ada la sorang mamat ni, dari awal aku dah nampak kepelikan dia iaitu peramah semacam dan yang lagi pelik dia tak duduk sebelah penumpang lelaki tapi memilih duduk sebelah sorang budak pompuan ni. Aku... memang tak bagi ruang kat orang. Heheh.

Aku tengok dia rajin betol membelek paper (tak baca pun rasanya) tapi ruang dia menyelak paper tu luas sangat sampai tersentuh budak pompuan sebelah dia tu. Tapi sekadar pemerhati jelah dan dalam hati berkata2 buruknya perangai mamat ni baca paper sampai camtu sekali.

Bila bas dah mula bergerak, aku tengok mamat tu dok beramah mesra apa tah dengan budak pompuan tu. Budak pompuan tu layan camtu2 je la, takde la beria pun aku tengok. Budak pompuan tu macam tak selesa sebab lelaki tu duduk agak makan s…

Berhak ke menilai orang?

Image
Assalamualaikum...

Kadang2 bila baca status kat facebook orang terfikir bahawasanya betapa islamicnya dia ni. Baiknya nak menegakkan agama dan mengingatkan semua orang supaya jangan ikut perkara yang tak elok.

Tapi bila tengok kat album picture dia terfikir pulak dia ni kalau nak bagi nasihat kemain lagi pandai tapi sendiri buat maksiat tak malu pulak. Mana taknya bergambar rapat2, pegang anak dara orang tak ke maksiat tu? Erm...kat sekolah dulupun subjek pendidikan Islam ada diajar bahawa dua orang yang berlainan jantina tidak boleh bersentuhan jika bukan mahram. Dan hukumnya ialah HARAM.

Eh aku bukanlah anti kepada yang berkapel dan berpegangan tangan or berpelukan tu. Tapi bila status dia dah macam alim sangat rasa macam tak patut pulak sedangkan dia bukanlah sebaik tu (mungkin istilah yang betul ialah meluat).

Macam seorang hamba Allah ni, dia kalau bercakap pasal agama dan hukum kemain lagi. Kiranya dia jelah betul. Macam orang lain tu salah je. Yang buat orang meluat ialah dia s…

Nilaikan dengan mata hati

Image
Assalamualaikum....

Sila baca situasi berikut dan nilaikan dengan mata hati anda.

Situasi pertama:
Seorang perempuan sedang berjalan dan terjumpa kawan2 lama.
Kawan: Eh kau maintain, tetap kurus. Apa rahsia?
Perempuan hanya tersenyum sahaja. Hakikatnya, dia menghidapi penyakit yang menyebabkan metabolisme tinggi dan susah nak gemuk. Tak seindah yang orang sangkakan.
Situasi kedua:
Seorang lelaki sedang membeli barang2 di pasar raya.
Sekumpulan perempuan melihat dan bergosip, gemuknya lelaki tu. Ni mesti kuat makan, siang malam mesti makan je kejenya.
Hakikatnya, lelaki tersebut menghidapi penyakit yang menyebabkan metabolismenya rendah, walaupun tidak makan berat beliau tetap akan naik dan sukar untuk turun.
Situasi ketiga:
Seorang pompuan yang agak berusia dipimpin oleh seorang budak. Sekumpulan manusia yang melihat bercakap2 mengenainya:
Manusia 1: Eh untungnya tua2 ada cucu yang jaga, tolong pimpinkan.
Manusia 2: Ko tahu itu bukan cucu dia tapi anak dia. Tu lah dulu lambat kawen, tengok …

Sakit hati dengan ibu, anak jadi mangsa

Image
Assalamualaikum....

Di zaman serba canggih, teknologi dihujung hujung jari ni pun, masih ramai rupanya yang mengamalkan ilmu2 yang tak sihat dan dilarang agama ni. Kali ni teknologi memakan diri sendiri sebab teknologi menyebabkan semakin mudah ilmu hitam ni mengenai diri.

Begini ceritanya, ada seorang kawan kepada kawan yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kita namakan kawan kepada kawan ni Mrs A. Mrs A ni seorang yang cantik, lemah lembut dan ramai lelaki yang minat nak lebih dari kawan sejak belajar lagi.

Tapi dah jodoh Mrs A ni berkahwin dengan kenalan ketika sekolah. Lelaki ni pun bukan calang2, ada asas agama yang kukuh. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung yang comel dan sihat. Tetapi itu tidak berpanjangan apabila anak mereka tiba2 menghidapi penyakit sawan. Penyakit sawan tersebut pada awalnya dianggap biasa kerana kanak2 memang sering mendapat sawan. Tetapi semakin lama penyakit tersebut semakin teruk dan kerap sehingga terpaksa diruju…

Blogger bermusim

Image
Assalamualaikum

Apakah maksudnya blogger bermusim? Adakah anda termasuk dalam kategori tersebut wahai sahabat-sahabat blogger sekalian. Ce cermin blog anda boleh tercalon ke tak sebagai blogger bermusim.

Haha just kidding. Sebenarnya tuan empunya blog ni sendiri yang dah jadi blogger bermusim. Ala macam biskut chipsmore tu la, kejap ada, kejap xde. Maen aci2 le pulok. Hoho.

Sebab2 utama terpaksa menjadi blogger bermusim:

1) Takde laptop or internet sendiri

2) Internet bermasalah sokmo deh, masalah problem aje la sonang cito

3) Kesibukan dengan kehidupan seharian

4) Menguruskan hal yang diluar jangkaan

5) Mood atau idea dah lari pecut meninggalkan dunia blog

6) Sebab2 lain

Eh macam bagi alasan je tu. Nilaikan sendiri setiap benda berlaku ada sebabnyakan. Tapi nombor lima tu tak relevan sangat. Idea insyaallah tetap ada sebab banyak berlaku dalam hidup yang nak di entrykan, tapi masa dan keperluan tu kadang2 tak ada. Mood sengal tu biasa le.

Kalau  boleh tak nak jadi blogger bermusim, …