tak ikhlas...setitik je air mata?
Gadis 1: Wow.... Bia betul, gila ko buat macam tu...
Gadis 2: Tak la aku mereng je tapi tak gila lagi. 

Gadis 1: Bapak pemalasnye korang ni wei...
Gadis 2: Mana ada...kurang kerajinan je la weh.

Gadis 1: Bijak betoi la ampa ni, awat tak habaq awai2...
Gadis 2: Tak dak pasai haih nak habaq kat ang awai2, buat spoil rencana aku ja.

Gadis 1: Ya Allah....awat ampa ni cerdik sangat?
Gadis 2: Dah tu ampa tu awat tak berapa cerdik macam kami ni?

Gadis 1: Huduh sepang aku tengok ko...
Gadis 2: At least dulu aku pernah cantik.. So wat?

Gadis 1: Gediknye aku  tengok pompuan tu.
Gadis 2: Segedik2 pompuan tu gedik lagi ko rasanye.

Motif? Takde motif pun. Otak tuan blog tengah ting tong lama sangat tak aktif. Nak bw, nak jejak balik, uwaa menangis den sebab intenet yang tak laju. Uwaaa...meh pura2 nanges. Celcom2...
Assalamualaikum....

Pagi semalam mak aku terjumpa seekor burung yang tidak berdaya untuk terbang dekat kebun tepi perumahan ni. Aku tak kenal spesies burung, so tak tahu la tu burung apa. Mak aku pun tak pasti tapi mungkin burung pekaka kot mak aku cakap.

Kalau tak amek takut kena baham dengan kucing or anjing yang berkeliaran kat perumahan ni pulak. Amek tak taw plak apa nak buat.

Setelah dibelek bawah kepak dia ada kesan luka. Ubat yang aku jumpa hanyalah minyak gamat, jadi sapulah kat tempat terluka tu. Aku rasa dia kelaparan dan kehausan. Tapi dia tak nak makan dan tak nak minum. Keadaan dia semakin lemah.

Aku tak tahu nak bagi dia makan macam mana, sebab kalau tengok paruh dia yang panjang tu pemakan ikan burung ni. Aku tataw nak buat apa.

Mungkin dia ketakutan kot. Pernah dengar tak, kadang2 ketakutan yang menyebabkan kematian bukannya kecederaan. Mungkin metabolisme dia dah makin naik hingga memudaratkan diri dia. I just want to help you...bird. Tapi dia faham ke apa aku cakap. Psikologi seekor burung yang ketakutan..:(
Ni la rupa si burung yang dimaksudkan. Warna sayap dia sangat cantik. Indahnya ciptaan Allah SWT.
Update: Burung tu dah mati, setakat tu kehidupan dia kat dunia ni. Uwaaaa
Assalamualaikum....

Pengalaman di hospital, aku dah tertinggi suara dan terkurang ajar dengan seorang cleaner. Sebabnya aku rasa dia kurang ajar. Memang terlampau cleaner sorang ni.

Begini kisahnya, ada seorang cleaner datang bertanya kat mak aku (tapi lebih kepada menuduh). Dia cakap mak aku buang pampers kat tempat tak sepatutnya. Mak aku berkali2 menafikan tapi satu ayat dia yang buat aku sakit ati, mak cik jangan tipu. Eh2 mak aku bukan jenis macam tulah.

Bila orang berkasar, aku memang hot la, so aku sound kat dia balik, "mak saya tak pernah pakai pampers pun, macam mana nak buang? Memang tak ada n bla3 aku membebel kat dia".

Dengan nada kasar dia jawab dia tak habis cakap lagi aku dah potong. Eh sory ye ramai saksi kejadian yang dengar dia tuduh mak aku macam tu.

Sepatutnya aku suruh dia minta maaf balik kat mak aku. Mak aku biasalah dia bukan macam aku yang mulut takde insuran ni. Dia redha je.

Moral of story kadang2 kita kena berlagak dengan orang2 yang tak reti "berbahasa" ni.

Lembut kita bukan untuk dibuli, tegas kita bukan untuk membuli. 
Assalamualaikum....

Lama sudah tak berblog... Balik kampung lagilah tak dapat berblog, sibuk berjalan sana sini dan internet tak oke sangat. Setakat nak login fesbuk tu lepas la. Konon2 nak post entry sebelum balik raya, tapi apakan daya lain yang dirancang lain pulak yang jadi.

Semalam (6 September 2011) baru balik ke Kuala Lumpur semula. Plan asal nak balik pagi tapi banyak pulak benda yang kena disetelkan, jadinya dekat pukul satu baru bertolak balik ke ibu kota. Ada hikmah rupanya terlambat bertolak, kat berita malam tu tengok ada lori terbabas kat Tol Duta. Agaknya kalau bertolak pagi kemungkinan besar memang terperangkap kat situ. Sampai Kuala Lumpur pun dah dekat pukul 5 petang, Alhamdulillah takde la jem sangat2.

Banyak yang dah ketinggalan sepanjang tempoh ni. Antaranya sahabat baik dan juga seorang blogger iaitu Dieya telah selamat melahirkan putera sulungnya. Tahniah untuk beliau dan suami. Sangat comel baby kamu, macam muka mummy dia. Baru ari ni menjenguk fesbuk dia, memang ketinggalan sedangkan dia da bersalin 1 or 2 september lagi (tak pasti lak tarikh dia,nanti la bertanya semula). Semoga Ikhwan Hafeez menjadi anak yang soleh. Amin.

Bak kata anak buah aku, mak su rayakan sebulan, so tak terlambat lagilahkan nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua SAHABAT BLOGGER dan PEMBACA. Segala kesilapan dan keterlanjuran menulis di alam maya ini, sejuta kemaafan dipinta. Yang tidak baik itu kekhilafan tuan blog sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative